Wednesday, 30 March 2011

Doktor Cinta Bertanya?


Cinta kerana Allah,
Allah jaga hati kita.
Tidak dibenarkan syaitan masuk campur.
Pantang nak terfikirkan yang bukan-bukan tentang si dia,
Allah alihkan hati supaya memikirkan yang baik-baik.

Cinta kerana nafsu,
Asal kita terbayangkan si dia,
Asyik terbayangkan yang bukan-bukan.
Nafsu syahwat sering mengeledak.

Cinta kerana Allah,
Kita sering tenang,
Memikirkan si dia sentiasa senang dan bahagia.
Bila saja kita tahu dia dalam kesusahan,
Yang membuatkan dia tidak tenang dan bahagia,
Kita terus teringatkan Allah,
Kita ingat untuk berdoa kepada Allah,
Agar dia sentiasa damai dan sejahtera,
Agar dia diberi ketenangan jiwa.

Cinta kerana nafsu,
Kita acap kali resah,
Dan kita sering membayangkan dia juga resah tanpa kita,
Macam-macam menerpa ke dalam fikiran,
Kita selalu inginkan dia bersama kita,
Bernafsu betul.

Cinta kerana Allah,
Setiap kali kita teringatkan dia,
Kita juga teringatkan keluarganya.
Demi kebahagian kita dan dia,
Kita doakan dia sentiasa bahagia di samping keluarga,

Cinta kerana nafsu,
Hanya si dia di fikiran,
Kita sering terlintas dia hanya bahagia bersama kita,
Tanpa kita sedari bahawa keluarganya ada di sisi dia.

Cinta kerana Allah,
Berjauhan tidak mengapa,
Mungkin sesekali kita ingin menatap wajah si dia,
Namun, memandang gambar si dia dah mencukupi,
Meskipun gambar dia bersama kawan-kawannya.
Sebab cinta tu kerana Allah,
Kita rasa sayang nak pandang dia,
Usahkan lama-lama, kejap pun rasa segan,
Takut di masa depan,
Dah tiada apa nak dipandang.

Cinta kerana nafsu,
Jika berjauhan, rasa ingin dekat,
Jika dekat, rasa ingin tatap,
Tatap saja tak jadi, ingin sentuh.
Selalu ingin bersama dia sahaja,
Tak ingin ada gangguan.
Mungkin kita terlintas,
Kita tak buat apa-apa,
Bukan buat maksiat,
Tapi, tak sah kalau tak sentuh,
Kalau tak pegang dia.

Cinta kerana Allah,
Bila kita mesej si dia,
Dan dia tak balas mesej kita,
Kita ingat dia mungkin tengah susah hati.
Kita cuba bagi semangat kat si dia,
Insya-Allah, Allah mesti tolong.
Kadang-kadang, dia buntu,
Tak tahu nak buat apa.
Allah Maha Mengetahui,
Terus kita teringat Allah,
Kita doa semoga dia sentiasa diberkati selalu,
Berharap semoga dia tenang selalu.

Cinta kerana nafsu,
Bila si dia tak balas mesej kita,
Kita merajuk, kononnya.
Kadang-kadang kita mengungkit,
Kita kata, asyik kita je yang mesej dia dulu,
Dia tak pernah mesej dia.
Bila dia tak mesej dengan kita,
Mula la,
Dia dah tak sayang kita la,
Dia dah lupa kita la.

Cinta kerana Allah,
Kalau kita dapat mesej dengan dia,
Atau dapat jumpa dia,
Kita sangat sensitif,
Setiap reaksi si dia amat penting bagi kita.
Kita akan sentiasa beringat,
Kalau-kalau kita tersinggung hati dia,
Kita tak nak sebab kita, dia jadi tak senang,
Apa lagi kita mengganggu dia masa dia sakit.

Cinta kerana nafsu,
Kita memang sensitif,
Asal si dia tak ikut kata kita je,
Kita merajuk.
Minta dia pujuk.
Selalu juga kita ganggu dia,
Masa dia tidur,
Masa dia sakit,
Ada kita kisah?
Nafsu nakkan dia punya pasal,
Kita tak fikir pasal dia.

Cinta kerana Allah,
Kita hormati privasi si dia.
Kadang-kadang mood dia tak baik,
Dan dia ingin bersendirian,
Kita hormati permintaan dia,
Kita biarkan dia bersendirian seketika.
Bukan kita tak nak pujuk,
Kita cuba juga pujuk,
Tapi kita yakin, Allah kan ada.
Kita kan terus berdoa,
Semoga Allah kan selalu membantu dia,
Memberi ketenangan dan kesenangan kepada dia.

Cinta kerana nafsu,
Mana boleh biar je dia sorang-sorang,
Mesti ada kita.
Orang lain mana boleh tenangkan dia,
Kita jer...
Kan kita dan dia saling sayang-menyayangi...

Cinta kerana Allah,
Kita sedar hidup ini bukan selalu bahagia,
Kadang-kadang, kita ada buat silap,
Secara sengaja mahupun tak sengaja,
Yang membuat si dia terguris,
Kita minta maaf daripada dia,
Kita mohon ampun daripada Allah swt.
Kesilapan yang kita buat,
Mungkin bukan kesalahan besar.
Tapi, kita sedar,
Yang kita telah menyakiti hati seorang hamba Allah,
Sebab tu kita pohon keampunan Allah,
Selain minta maaf daripada si dia,

Cinta kerana nafsu,
Bila dia merajuk,
Kita tak rasa dia merajuk sebab kita.
Tapi, kita pujuk juga,
Sebab kita nak dia selalu di samping kita,
Untuk buat kita gembira,
Kita rasa, kalau dia terus sedih,
Siapa nak hiburkan kita lagi...
Tapi, kalau dia terus merajuk,
Kita tak pujuk dah...
Lantak dia la...
Sebab kita rasa kita boleh cari yang lain.
Yang lebih baik dari dia.
Macam tu ke makna sayangkan si dia?

Sekiranya kita percaya dan yakin cinta kita itu cinta kerana Allah,
Kita akan rela melepaskan dia pergi,
Kita juga sanggup berpisah dengan dia,
Buat sementara.
Kerana kita yakin,
Selagi Allah bersama kita,
Juga bersama dia,
Rindu kita kan terubat.
Kita dan dia kan bahagia.
Di bawah redha Allah Yang Esa.

Namun,
Sekiranya cinta kita adalah cinta kerana nafsu,
Kita takkan merasa senang untuk berjauhan dengan dia,
Walaupun seketika.
Kerana kita selalu inginkan dia.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika telah tiba waktunya ku bertemu jodohku dari-Mu, berilah petunjuk-Mu kepada ku. Berkatilah aku dan dia serta panjangkanlah jodoh antara kami berdua supaya kami dapat bahagia di bawah redha-Mu. InsyaAllah, kan ku jaga dia dengan baik.

Hadis Isteri Solehah




Rasulullah s.a.w bersabda :

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

”Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya. Padahal suaminya tidak senang.” (Hadith riwayat Hakim)

”Hak suami terhadap isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun semasa berada di atas punggung unta tidak berpuasa walaupun sehari kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya.
Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya kembali dan bertaubat, sekalipun suaminya itu adalah orang yang alim.” (Hadith riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)

”sesungguhnya setiap isteri yang meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.” (hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

”Tidak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya.”
(maksud hadith)

"seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah Taala sehingga ia telah menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.” (Maksud hadith)

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).


"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

“Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

“Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (al-Nisa’: 34)

“Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).


Sunday, 27 March 2011

Terbaru Tips Kecantikan Wanita


Untuk membentuk bibir yang menawan,
ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah,
carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah,
mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda,
anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,
bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya,
tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Friday, 25 March 2011

Anugerah Terindah


Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu
Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

Sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,..  
Ingatlah perjuangan ibu yang antara hidup dan mati saat melahirkanmu

Sahabatku.......

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu
Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

Sebelum engkau bertengkar karena rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai,..
Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu
Ingatlah akan para pengangguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain
Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu
Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada RABB mu karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah terindah dari Allah..Maka nikmatilah ia sebaiknya..
Sentiasalah bersyukur dan bersujud kepadaNya..Syukran Ya Rabbi..

Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tdk akan dapat menghitungnya
( Qs. Ibrahim :34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah di anugerahkan kepada kita. Dunia ini beserta apa yang ada di dalamnya telah di ciptakan Allah untuk kita, tetapi kita tidak pernah menyadarinya; 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Qs. Ar-Rahman:13) 

Ya Rabb... Anugerahilah kepada kami Hati yang sentiasa bersyukur, Sabar dan ikhas menerima kenyataan hidup, Anugerahilah ketenangan hati bagi kami. Wahai Allah Yang Maha Menggenggam Roh dan Maha Membolak balikkan hati,, Tetapkanlah hati kami pada jalanMU yang lurus...

Amiin Ya Rabbal'alamin..
~ ℒℴѵУỚυ ~

Wednesday, 23 March 2011

16 Tanda Kematian Yang Mulia


Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?   Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah...:   

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)  

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)  

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:  "Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)  

 4. Mati syahid di dalam medan perang.   

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.    Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.   Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."   Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"  Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)  

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)  

7. Mati kerana tenggelam.  

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)  

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.  

10. Mati terbakar.  

11. Mati kerana penyakit busung perut.   Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)  

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).   Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)  

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)  

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."   

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."  

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
Wallahu'alam... 

Tuesday, 22 March 2011

Di Atas Sejadah Cinta




Bismillahirrahmanirrahim..
Diatas Sejadah cintaku malam ini,
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahasia mu Ya ALLAH atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,
istikharah mencari jawapan tuk menggapai redhaMu..

dalam doa kubersimpuh pasrah,
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah..

bila jawapan itu masih tergantung di dada langit,
maka turunkanlah..
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,
maka keluarkanlah,
bila jawapan itu sulit untuk kuraih,
maka mudahkanlah,
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah..

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha Cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya
aku di sini, bersimpuh tuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilih kan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman,
memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga..
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Ya Allah, jika masanya telah tiba,
jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,
terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. 

Hanya padaMu saja tempat ku memohon petunjuk..
Berikanlah apa yang terbaik untukku di dunia dan akhirat,
Dan berikanlah hambaMu ini KEBAHAGIAAN yang Berpanjangan..
Amin ya Rahman..Amin ya Rahim..Amin ya Rabbal Alamin..

*********************************************************************

Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insane

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMuAku hina tanpa RahmatMu
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...