Sunday 30 September 2012

Damba Kasih

Tuesday 25 September 2012

Mujahadah Cinta



Pada zaman Rasulullah SAW adalah perkara biasa jika terdapat seorang ayah di pihak tentera Islam dan anaknya pula dipihak musuh Islam. Di peperangan Badar misalnya, Saidina Abu Bakar r.a berada di pihak tentera Islam tetapi anaknya yang belum Islam berada di pihak musuh. Sewaktu perang berkecamuk, anaknya selalu mengelakkan diri daripada bertembung dengan bapanya . Tidak tega hati si anak sekiranya terjadi pertaruhan satu sama satu antara anak dengan bapa.

Setelah bertahun-tahun lamanya perang Badar berlalu. Anak Abu Bakar telah memeluk Islam dan meluahkan rasa hatinya, “Ayah, dalam peperangan Badar dahulu anakanda selalu megelakkan diri dari bertarung dengan ayah. Anakanda sangat sayangkan ayah walaupun kita berbeza keyakinan.”

Sebaliknya apa jawab Abu bakar? Beliau berkata, “Demi Allah sekiranya ayah bertemu dengan kamu nescaya ayah tidak akan teragak-agak lagi untuk memancung kepalamu!” itulah jiwa Abu Bakar. Cintanya kepada Allah mengatasi cintanya kepada anaknya sendiri.

Sepertimana Allah berfirman dalam Al Mujadalah,22,
“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.”

Saturday 15 September 2012

Qasidah Buat Muhammad



Salam bagimu Ya Rasulullah
Izinkan aku menziarahi pusaramu yang suci
Aku ingin menangis dan meyapamu di sudut makammu yang hening
Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu

Salam bagimu Ya Rasulullah
Izinkan aku bertemu denganmu
Walau sedetik Cuma

Rindu kami padamu Ya Rasul
Rindu tiada terperi
Berabad jarak darimu Ya Rasul
Seakan dikau di sini
Cinta ikhlasmu pada manusia
Bagai cahaya syurga
Dapatkah kami membalas
Cintamu secara bersahaja..

Friday 7 September 2012

Aku Bukan Sumayyahmu



Suamiku,
Bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulutku kelu untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Yang kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan langkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya..bukan aku
Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum
Ketika kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat

-GentaRasa-

Saturday 1 September 2012

Alam Dewasa



 Awal Dewasa (22-34tahun)
       Individu akan cuba meneroka persahabatan  intim dengan rakan yang berlainan jantina
       Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan  mendidik anak-anak
       Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup

Pertengahan Dewasa (34-60tahun)
       Individu akan menjadi ketua dalam  pejabat atau  mahir dalam  pekerjaan.
       Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat
       Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta

Akhir Dewasa (60-70tahun)
       Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar
       Individu akan mengubah tenaga ke arah  lain setelah bersara, seperti beribadat dalam kerja amal
       Mereka berpuashati dan bersyukur

"Dan setelah dia menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan baginya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang suka melakukan kebajikan“
Surah al-Qasas: (28:14)

Sunber : Kuliah Psikologi Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...