Sunday, 27 May 2012

Tiga Jenis Cinta


Berkata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, cinta itu ada 3 jenis. Kadangkala ia seperti singa dan pedang. Kadangkala ia menjadi bencana besar. Kadangkala ia juga menjadi arak yang memabukkan.

Singa dan pedang

Tatkala cinta menjadi singa dan pedang, ia membawa : pengecut jadi pemberani, bakhil jadi pemurah, bodoh jadi pintar, gagap jadi fasih. Pengarang jadi tajam penanya, lemah jadi kuat, kesedihan jadi kegembiraan.

Tatkala tepat siapa yang patut dicintai. Tepat matlamat cinta. Tepat pengurusan cinta. Cinta ini jadi kemuliaan dunia dan akhirat. Inilah cinta Allah, Rasul dan jihad ke jalan-Nya. Begitu juga cintakan sesuatu seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak dan harta hanya kerana-Nya.

Bencana Besar

Tatkala cinta menjadi bencana besar, ia membawa : pemimpin besar jadi hina, orang terkenal jadi papa kedana. Tatkala cinta disalur bukan pada tempatnya yang terhormat. Sebaliknya, diumbar sewenang-wenang dengan jalan zina dan maksiat. Cinta ini menjadi kehinaan di dunia dan di akhirat.

Arak yang memabukkan

Tatkala cinta menjadi arak yang memabukkan, ia membawa : telinga tuli daripada nasihat, mata hanya mencari peluang untuk bermaksiat. Hati abaikan ingatan Tuhan pemberi nikmat.

Tatkala itu, cinta dirasakan ada manfaat, padahal mudaratnya besar. Apa yang dikatakan ‘cinta’ sepatutnya mulia, tapi kini dekat dengan nafsu umbaran syahwat dan penzinaan. Inilah cinta yang dimainkan oleh orang yang konsep diri dan konsep hidupnya tidak jelas. Lalu, tidak meletakkan cinta kena pada tempatnya.

Bagaikan peminum arak, bagilah seguni nasihat sekalipun sudah tidak berguna lagi. Akalnya tidak waras menilai mana palsu mana hakiki..

Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga
Sekali wanita tergoda, berdekah-dekahlah syaitan ajak ke neraka..
Yang kotor itu dosa, bukan diri kita
Cepat! Sucikan dengan taubat, jangan sampai terlambat
Dirimu tetap mawar syurga!

Friday, 25 May 2012

Terima Kasih Cinta



Di hatiku ada dua cinta yang bergolak dan berbolak balik.
Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Jika kau tanyakan aku, “Adakah DIA di hatimu?”

Aku hanya mampu menjawab, “Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA ada di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA, tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA.”

- Pahrol Mohd Juoi ( Di Mana DIA di Hatiku? )

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaan hidup ini..
Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil'alamin

Sunday, 20 May 2012

Pemalu



Malu-malu anak Nabi Syuaib a.s ketika berjalan kembali menemui Nabi Musa a.s. bukan untuk lebih lanjut berkenalan, tetapi kerana menyampaikan jemputan dari ayahnya kepada pemuda gagah lagi beriman tersebut.

Telah terakam kisah tersebut di dalam al-Quran yang bermaksud :

“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata : Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk member balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) member minum (ternak) kami”. Ketika Musa mendatangi ayahnya (syu’aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syuaib) berkata, “Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim”.Surah al-Qasas: ayat 25

Teruja dengan sifat ‘malu-malu’ anak perempuan nabi Syuaib a.s. Yang ‘malu-malu’ inilah mahal, tetapi yang mahal inilah semakin kurang benihnya dalam diri wanita muslimah. Malu itu memang perlu bertempat kerana itu letaknya maksud adil, Allah meletakkan sifat malu wanita itu sebenarnya untuk menjaga dirinya, maruahnya dan jasadnya dari direnggut mata dan nafsu liar manusia.

Daripada ayat di atas ada pengajaran yang kita boleh pelajari untuk bekal perhubungan wanita semasa bekerja dengan yang berlainan jantina iaitu ‘kata-kata yang ringkas dan jelas’

Ringkas dan Jelas

Lihatlah anak perempuan Nabi Syuaib apabila menjemput Nabi Musa as, dia datang dengan perhiasan sifat malu sambil menyampaikan jemputan ayahnya dengan ucapan yang ringkas, jelas dan mudah difahami.

“Dia berkata : Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikanmu) memberi minum (ternak) kami”. al-Qasas:25

Tidak pula dia meleret-leret sambil berkata : “Terima kasih ye tolong kami tadi. Awak ni memang baik hati dan gagah. Awak tinggal kat mana ye. Emm, sebenarnya ayah saya jemput awak datang ke rumah, entahlah kenapa..bla bla bla..”.

Dan melihat pula peribadi Nabi Musa pula, dia tidaklah mengambil kesempatan tersebut untuk berdua-duaan serta berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Terus berjalan menuju ke rumah nabi Syuaib as untuk memenuhi jemputan.

Itulah adab muslimin dan muslimah yang sepatutnya apabila perlu bermuamalah. Mungkin perbuatan di atas tanpa disedari pernah dilakukan oleh kita. Meleret-leret bermula dari pertolongan kepada tujuan untuk berkenal-kenalan, bergurau- senda, lalu terbuka jalan untuk bertemu sambil bertukar-tukar cerita.

Wanita Muslimah apabila berjalan

Dari sudut lain, ayat di atas juga terkandung gambaran sifat malu wanita yang perlu diikuti oleh wanita muslimah bagi menjaga akhlaknya, memelihara dirinya dan melindungi maruahnya iaitu ‘malu ketika berjalan’.

Ahli tafsir menjelaskan tentang keadaan anak perempuan nabi Syuaib as berjalan dengan malu-malu adalah ketika menjemput nabi Musa dan ketika pulang bersama menuju ke rumah Nabi Syuaib.

Imam Alusi ketika menafsirkan ayat (عَلَى اسْتِحْيَاء) berkata : “Anak perempuan Nabi Syuaib a.s berjalan sambil malu-malu ketika berjalan menemui(Nabi Musa a.s) dan ketika pulang..”(Ruhul ma’ani, 10/273)

Sayyid Qutb pula menambah : “Wanita yang suci, baik, mempunyai maruah apabila dia berjalan dan bertemu dengan golongan lelaki, dia berjalan ((dengan malu-malu)) tanpa dibuat-buat, tanpa berhias berlebih-lebihan dan tidak menggoda..” (Fi zilal al-Quran, 5/2686).

Ringkasnya wanita mukminah apabila berjalan merentasi kaum lelaki hendaklah dia berjalan dengan :
1- Hiasi dengan sifat malu
2- Tidak bertabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan
3- Menutup aurat
4- Tidak dibuat-buat
5- Cara jalan yang tidak menggoda

Malu dan Wanita kini

Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan sekarang, amat menyedihkan sekali apabila kaum wanita secara tidak sedar telah dipergunakan sebagai sumber keuntungan melariskan barangan dan produk kecantikan. Sabun, syampu, model kosmetik malah model untuk kereta pun wanita yang menjadi pelarisnya.

Allah.. bagaimanakah lagi sifat malu yang menjadi fitrah wanita itu boleh menutup dan menjaga diri serta maruah wanita dari direnggut manusia yang berkepentingan dunia.

Kecantikan itu anugerah, dan Allah menciptakannya dengan sifatnya yang Maha Adil. Dia meletakkan kecantikan dan perhiasan wanita itu pada permulaannya hanya untuk ditatap oleh yang hak sahaja. Tetapi apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya, maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri.

Bila berjalan di pinggiran jalan, memerah muka menahan malu melihat ada gadis-gadis malah yang sudah menjadi ibu berpakaian dengan pakaian yang ‘tidak cukup meter’.

Teringat Prof Dr Muhaya berkata : kita melihat kesalahan orang supaya kita tak jadi seperti mereka. Jangan pula sibuk mencari kesilapan orang dan dipanjang-panjangkan cerita itu sehingga lupa hendak cari silap sendiri..

Justeru bukanlah tujuan menceritakan ‘sakit-sakit mata’ dan ‘merah-merah muka menahan malu’ ketika berjalan dipinggir jalan dan di dalam LRT melihatkan wanita yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dengan megah. Namun sebenarnya di sebalik tulisan ini mengharap dan mengingatkan kembali diri kita yang terlupa akibat keindahan dunia dan pujian manusia ini agar sentiasa ingat bahawa diri kita secara fitrahnya dikurniakan sifat malu oleh Allah SWT. Tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita, tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.

Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga, tidak senang ditatap mesra.

Wanita, perhiasannya malu. Andai hilang malu takutlah wahai muslimah. Petanda awal bahawa akhlakmu akan diganggu gugat syaitan dan nafsu.

Mudah-mudah dipelihara Allah swt selalu.

Ingatan buat diri sendiri sebenanrnya dan sekembalinya.
Salam kasih kerana Allah~
Allahu a’lam..

Rujukan: kitab Inayah al-Quran wa as-sunnah bi masya’ir al mar’ah

Thursday, 10 May 2012

Surat Dari Ibu & Ayah



Anakku...
ketika aku semakin tua
aku berharap kamu memahami dan memiliki kesabaran untukku

suatu ketika aku memecahkan piring
atau menumpahkan sup diatas meja, kerana penglihatanku berkurang
aku harap kamu tidak memarahiku
orang tua itu sensitif,
selalu merasa bersalah saat kamu berteriak

Ketika pendengaranku semakin memburuk
dan aku tidak bisa mendengar apa yang kamu katakan
aku harap kamu tidak memanggilku "Tuli!"
mohon ulangi apa yang kamu katakan atau menuliskannya
Maaf, anakku.. aku semakin tua

Ketika lututku mulai lemah
aku harap kamu memiliki kesabaran untuk membantuku bangun
seperti bagaimana aku selalu membantu kamu saat kamu masih kecil, untuk belajar berjalan
aku mohon, jangan bosan denganku

Ketika aku terus mengulangi apa yang ku katakan
seperti kaset rosak
aku harap kamu terus mendengarkan aku
tolong jangan mengejekku, atau bosan mendengarkanku
apakah kamu ingat ketika kamu masih kecil
dan kamu ingin sebuah balon?
kamu mengulangi apa yang kamu mau berulang-ulang
sampai kamu mendapatkan apa yang kamu inginkan.

Maafkan juga bauku…
tercium seperti orang yang sudah tua
aku mohon jangan memaksaku untuk mandi
tubuhku lemah..
Orang tua mudah sakit kerana mereka rentan terhadap dingin
aku harap aku tidak terlihat kotor bagimu
apakah kamu ingat ketika kamu masih kecil?
aku selalu mengejar-ngejar kamu, kerana kamu tidak ingin mandi
Aku harap kamu bisa bersabar denganku
ketika aku selalu rewel
ini semua bagian dari menjadi tua
kamu akan mengerti ketika kamu tua

Dan jika kamu memiliki waktu luang
aku harap kita bisa berbicara
bahkan untuk beberapa minit
aku selalu sendiri sepanjang waktu
dan tidak memiliki seorang pun untuk diajak bicara
aku tahu kamu sibuk dengan pekerjaan
Bahkan jika kamu tidak tertarik dengan ceritaku
aku mohon berikan aku waktu untuk bersamamu
apakah kamu ingat ketika kamu masih kecil?
aku selalu mendengarkan apapun yang kamu ceritakan tentang mainanmu

Ketika saatnya tiba..
dan aku hanya bisa terbaring, sakit dan sakit
aku harap kamu memiliki kesabaran untuk merawatku
MAAF.....
kalau aku sengaja mengompol atau membuat berantakan
aku harap kamu memiliki kesabaran untuk merawatku
selama beberapa saat terakhir dalam hidupku
aku mungkin tidak akan bertahan lebih lama

Ketika waktu kematianku datang
aku harap kamu memegang tanganku
dan memberikanku kekuatan untuk menghadapi kematian
dan jangan khawatir, ketika aku bertemu dengan Sang Pencipta
aku akan berbisik pada-Nya
untuk selalu memberikan berkah padamu
kerana kamu mencintai, ibu dan ayahmu..

Terima kasih atas segala perhatianmu, nak..
kami mencintaimu dengan kasih yang berlimpah…

- Ibu & Ayah -

Tuesday, 8 May 2012

Mujahadah Pada Jalan-Mu



Ya Allah,
Terasa benar diri hamba yang hina
Hendak bermujahadah pun sukar
Diri tetap dalam dosa dan nista
masihkah ada peluang untukku kembali padaMu?

Luahan bergema menjadi satu
Hati membeku
Bibir terus basah berzikir
Dosa menghempap bagai tak ingin berlalu
Masihkah ada ruang kemaafan untukku?

Berkali kali ku ulang
ku cintakan Mu, Tuhan
Namun dosa juga ku berikan
layakkah aku bergelar pencintamu
andai ini yang ku hadiahkan?

Oh.. terasa benar hina diri ini
mengharap dan terus mengharap
kerana kehinaan diri
Untukku pantas berlari
mengejar redha Illahi..

Semoga kemaafan masih lagi diberikan untukku..

Dan
 Aku terus bermujahadah pada jalanMu..
Terlalu mencintaiMu..
Ya Rabbul Izzati...

Terimalah daku..
Kembali pada addin Mu
Yang satu..

Wednesday, 2 May 2012

First Thing First!



Saya berfikir lagi, saya diberikan wahyu dan akal untuk memilih sama ada melakukan atau mengelakkan sesuatu. Maka, saya ingin memilih satu cara bercinta yang paling mengecilkan risiko kecewa dan dikecewakan.

            Saya membuka semula diari. Saya menulis analogi yang hadir di fikiran berkait dengan apa yang sedang saya fikirkan.

Siapa yang inginkan kemalangan jalan raya?

            Saya percaya semua orang tidak mahu. Bezanya terletak pada cara mereka menyiapkan diri untuk mengelakkan sesuatu yang mereka tidak sukai itu. Pena saya menulis lagi,

            Bagaimana mengelakkannya?

     A) Berserah sahaja. Kalau kemalangan terjadi, terima ia sebagai takdir. Kalau kaki patah, biarkan sahaja kerana tentu ada hikmahnya. Lalu, menghadapi hidup dengan kaki yang patah itu.
    B) Berusaha mengelak dan bertawakkal. Mengambil langkah-langkah keselamatan. Kalau terjadi, terima ia sebagai takdir dan bangkit mencari penyelesaian. Muhasabah langkah-langkah keselamatan yang mungkin belum sempurna. Jika kaki patah, segera menjalani rawatan pemulihan.

Saya memilih B!

Saya menulis persoalan.

Bagaimana pula mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengecilkan risiko kecewa dalam bercinta?

Hanya cinta Allah yang tidak mengecewakan. Dia Pencipta cinta. Cinta itu percikan daripada sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Al-Wadud. Dialah cinta nombor satu. Saya perlukan cinta yang tidak mengenal kecewa ini.

            Bagaimana pula dengan cinta manusia?

Saya perlu meletakkan Allah sebagai penyebab diri saya mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki. Bukan sebab-sebab lain. Sebab-sebab lain itu bersifat sementara dan rapuh belaka. Hanya Allah yang abadi. Ia bukan sekadar teori di atas kertas. Perlu dibuktikan dengan perbuatan. Menurut perintah. Menjauhi larangan.

            Jika saya berkahwin, saya inginkan keluarga bahagia. Saya ingin anak-anak saya dibesarkan dalam suasana ibubapa yang berkasih-sayang. Saya percaya, semua manusia di dunia ini berkongsi impian yang sama terhadap perkahwinan mereka.

Bezanya:

      A) Ada manusia mempunyai impian tapi tiada doa dan usaha. Impian bertukar menjadi angan-angan.
      B) Ada manusia mempunyai impian lalu dikerahkan segenap doa dan usaha. Impian menjadi suatu cita-cita yang seronok untuk direalisasikan. Bahagia tercipta sepanjang perjalanan dalam menggapai impian.

Saya inginkan yang kedua!
Maka, apakah doa dan usaha yang boleh saya lakukan?

Doa
Melazimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan al-Sunnah yang dikenali sebagai al-Ma’thurat.

Usaha
First thing first!
Senaraikan target:

Jadi peribadi Muslimah yang terbaik.
-          Mesti sekurang-kurangnya buat semua yang wajib dan tinggal yang dilarang.
-          Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu-persatu.
-          Menambah amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari.

Jadi pelajar yang terbaik.
-          Mesti sekurang-kurangnya dapat 8A1 SPM.
-          Mesti sekurang-kurangnya lulus ijazah dengan CGPA 3.5 ke atas.
-          Mesti menggilap potensi dan kepimpinan dengan persatuan.
-          Mesti sekurang-kurangnya lulus Master 3.8 ke atas.
-          Mesti sambung Ph.D sebelum 30 tahun.

Jadi isteri yang terbaik.
-          Membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.
-          Menghadiri sekurang-kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.
-          Berkahwin pada usia muda sekitar usia 22-24 sebaik sahaja tamat ijazah pertama.

Jadi ibu yang terbaik.
-          Mesti meletakkan tugas mendidik generasi pewaris sebagai prioriti. Keluarga diutamakan meskipun berkerjaya di luar rumah apatah lagi jika berkerjaya dari rumah.

Jadi pendakwah yang terbaik.
-          Mesti hasilkan sekurang-kurangnya satu karya buat umat setahun.
-          Mesti konsisten menyertai dan memimpin halaqah bersama masyarakat terdekat.
-          Pelbagaikan medium dakwah seperti dakwah individu, penulisan, ucapan umum, media, blog,facebook dan sebagainya.

“Ops. Masa untuk studi.”

Saya hentikan coretan di dalam diari. Belum sempat mengulang kaji, Ustaz Ali Ramadhan yang berbangsa Mesir Qibti melangkah masuk ke kelas. Hati berbisik,

Astargfirullah! Ini baru terfikir soal cinta, sudah banyak masa terbazir. Apalah yang terjadi kalau aku benar-benar dilamun cinta? First thing first!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...