Sunday 30 September 2012
Tuesday 25 September 2012
Mujahadah Cinta
Pada zaman Rasulullah SAW adalah perkara biasa jika
terdapat seorang ayah di pihak tentera Islam dan anaknya pula dipihak musuh
Islam. Di peperangan Badar misalnya, Saidina Abu Bakar r.a berada di pihak
tentera Islam tetapi anaknya yang belum Islam berada di pihak musuh. Sewaktu
perang berkecamuk, anaknya selalu mengelakkan diri daripada bertembung dengan
bapanya . Tidak tega hati si anak sekiranya terjadi pertaruhan satu sama satu
antara anak dengan bapa.
Setelah bertahun-tahun lamanya perang Badar berlalu. Anak Abu Bakar telah memeluk Islam dan meluahkan rasa hatinya, “Ayah, dalam peperangan Badar dahulu anakanda selalu megelakkan diri dari bertarung dengan ayah. Anakanda sangat sayangkan ayah walaupun kita berbeza keyakinan.”
Sebaliknya apa jawab Abu bakar? Beliau berkata, “Demi Allah sekiranya ayah bertemu dengan kamu nescaya ayah tidak akan teragak-agak lagi untuk memancung kepalamu!” itulah jiwa Abu Bakar. Cintanya kepada Allah mengatasi cintanya kepada anaknya sendiri.
Sepertimana Allah berfirman dalam Al Mujadalah,22,
“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.”

Saturday 15 September 2012
Qasidah Buat Muhammad
Salam
bagimu Ya Rasulullah
Izinkan
aku menziarahi pusaramu yang suci
Aku
ingin menangis dan meyapamu di sudut makammu yang hening
Aku
ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu
Salam
bagimu Ya Rasulullah
Izinkan
aku bertemu denganmu
Walau
sedetik Cuma
Rindu
kami padamu Ya Rasul
Rindu
tiada terperi
Berabad
jarak darimu Ya Rasul
Seakan
dikau di sini
Cinta
ikhlasmu pada manusia
Bagai
cahaya syurga
Dapatkah
kami membalas
Cintamu
secara bersahaja..
Friday 7 September 2012
Aku Bukan Sumayyahmu
Suamiku,
Bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulutku kelu untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Yang kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan langkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya..bukan aku
Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum
Ketika kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat
Bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulutku kelu untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Yang kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan langkah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya..bukan aku
Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum
Ketika kau bermusafir
Seperti Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat
-GentaRasa-
Saturday 1 September 2012
Alam Dewasa
Awal Dewasa (22-34tahun)
• Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina
• Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
• Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan
akan membentuk gaya hidup
Pertengahan Dewasa (34-60tahun)
• Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau
mahir dalam pekerjaan.
• Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan
merasa bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam
kerja amal untuk kebajikan masyarakat
• Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta
Akhir Dewasa (60-70tahun)
• Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
kerjaya akan dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar
• Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat dalam
kerja amal
• Mereka berpuashati dan bersyukur
"Dan setelah
dia menjadi dewasa dan cukup umurnya, Kami anugerahkan baginya kebijaksanaan
dan ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang suka melakukan
kebajikan“
Surah al-Qasas:
(28:14)
Subscribe to:
Posts (Atom)