Saturday, 6 December 2014

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin


1.  Pasti kelak diri ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

2.  Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan kita daripada-Nya.

3.  Hati akan terseksa dengan barah rindu.

4.  Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.

5.  Cinta lalai akan menyebabkan kita alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

6.  Kita boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

7.  Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

8.  Jiwa terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diri.

9. Jika kita dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat yang bakal lahir pastinya.


“Seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.”
Nauzubillah..


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...