Monday 12 June 2017

Ittaqullah!


Mari luangkan masa membaca pesan Ibnul Jauzi melangkah masuk ke separuh akhir Ramadhan ini :

قَدْ ذَهَبَ نِصْفُ الْبِضَاعَةِ فِي التَّفْرِيطِ وَالإِضَاعَةِ، وَالتَّسْوِيفُ يَمْحَقُ سَاعَةً بَعْدَ سَاعَةٍ، وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بحسبان
Telah berlalu separuh dari bulan ini dalam keadaan sia-sia dan cuai. Dan sikap bertangguh-tangguh telah merugikan banyak masa. Sedangkan matahari dan bulan itu terus beredar dengan perhitungannya tersendiri.

يَا وَاقِفًا فِي مَقَامِ التَّحَيُّرِ هَلْ أَنْتَ عَلَى عَزْمِ التَّغَيُّرِ؟
Wahai orang yang masih berdiri dalam kebingungan, adakah engkau benar-benar berazam untuk sebuah perubahan?

إِلَى مَتَى تَرْضَى بِالنُّزُولِ فِي مَنْزِلِ الْهَوَانِ
Sampai bila engkau akan redha terus-menerus berada di kancah kehinaan

هَلْ مَضَى مِنْ يَوْمِكَ يَوْمٌ صَالِحٌ سَلِمْتَ فِيهِ مِنْ جَرَائِمِ الْقَبَائِحِ
Adakah telah berlalu dalam hari-harimu hari yang soleh di mana engkau terselamat dari keburukan dan kekejian.

تَاللَّهِ لَقَدْ سَبَقَ الْمُتَّقِي الرَّابِحُ وَأَنْتَ رَاضٍ بِالْخُسْرَانِ
Demi Allah, telah berlalu orang prihatin yang beruntung sedangkan engkau redha berada dalam kerugian.

عَيْنُكَ مُطْلَقَةٌ فِي الْحَرَامِ، وَلِسَانُكَ مُنْبَسِطٌ فِي الآثَامِ، وَلأَقْدَامِكَ عَلَى الذُّنُوبِ إِقْدَامٌ، وَالْكُلُّ مُثْبَتٌ فِي الدِّيوَانِ
Matamu masih senang melihat yang haram, lisanmu masih seronok dengan dosa, dan kakimu begitu berani sekali melangkah ke ruang-ruang dosa, dan semuanya itu pasti tercatat.

قَلْبُكَ غَائِبٌ فِي صَلَوَاتِكَ وَفِكْرُكَ يَنْقَضِي فِي شَهَوَاتِكَ
Hatimu hilang dalam solat-solatmu. Fikiranmu tertumpu pada syahwatmu.

تَاللَّهِ لَوْ عَقِلْتَ حَالَكَ أَوْ ذَكَرْتَ ارْتِحَالَكَ أَوْ تَصَوَّرْتَ أَعْمَالَكَ لَبَنَيْتَ بَيْتَ الأَحْزَانِ
Demi Allah, kalau engkau fikirkan keadaanmu atau kalau kau sebutkan apa yang telah engkau ubah pada dirimu, atau apa yang engkau dapat gambarkan melalui amal-amalmu, nescaya engkau akan bina sebuah rumah kesedihan.

سَيَشْهَدُ رَمَضَانُ عَلَيْكَ بِنُطْقِ لِسَانِكَ ونظر عينيك، وسيشار يوم الجمع إِلَيْكَ شَقِيَ فُلانٌ وَسَعِدَ فُلانٌ
Ramadhan menjadi saksi terhadap dirimu dengan segala ucap lisanmu, apa yang matamu lihat. Dan hari perkumpulan akan menunjukkan kepadamu siapakah si fulan yang menderita dan siapakah si fulan yang akan berbahagia.

فِي كُلِّ لَحْظَةٍ تَقْرُبُ مِنْ قَبْرِكَ، فَانْظُرْ لِنَفْسِكَ فِي تَدْبِيرِ أَمْرِكَ،
Pada setiap saat, engkau semakin dekat dengan kuburmu (masa kematian), maka lihatlah bagaimana engkau menguruskan dirimu.

وَمَا أَرَاكَ إِلا كَأَوَّلِ شَهْرِكَ، الأَوَّلُ وَالآخِرُ سِيَانٌ، 
قَدْ ذَهَبَ مِنَ الشَّهْرِ النِّصْفُ وَمَا أَرَى مِنْ عَمَلِكَ النَّصْفَ
Tidaklah aku melihat dirimu melainkan seperti di awal bulan juga. Awal dan akhir sama saja. Telah berlalu separuh dari bulan, tidaklah terlihat pada amalmu ada kesungguhan.

فَإِنْ كَانَ فِي اللْمَاضِي قَدْ قَبُحَ الْوَصْفُ فَقُمِ الآن
Sekiranya telah berlalu yang lepas dengan begitu teruk sekali, maka bangunkanlah, manfaatkanlah (yang baki ini) sekarang !

[Ibnul Jauzi, At-Tabsirah]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...