"Adik, nak jadi lelaki soleh tak?"
"Nak, tapi susah kak.."
"Susah ke?"
"Adik tahu tak, dengan menangis je adik
boleh jadi lelaki soleh.."
"Dengan marah pun, adik boleh jadi
lelaki soleh.." (Senyum)
……………………….
Lelaki soleh,
Bicaranya hanya kerana Allah.
Lelaki soleh,
Marahnya hanya kerana Allah.
Lelaki soleh,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.
Lelaki soleh tidak akan sesekali
mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.
Lelaki soleh tidak akan sesekali
mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu
'kesakitan' yang dahsyat.
Lelaki soleh hanya tahu berwajah
tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.
Lelaki soleh hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.
Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.
Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.
Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.
Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.
Setiap saat,
Penemannya Allah.
Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.
Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.
Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik
lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan
kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik
dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].
.....................
sincerely : your kakak fillah.. =)