Mahu
belajar bagaimana berinteraksi dengan kanak-kanak? Mari kita belajar dari
hadith-hadith bagaimana Rasulullah s.a.w berinteraksi dengan kanak-kanak.
1)
Rasulullah s.a.w menangis apabila Ibrahim meninggal dunia
عَنْ أَنَسِ
بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَال : ” دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ ، وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ
عَلَيْهِ السَّلَام
Anas
bin Malik r.a berkata:
“Kami
bersama Rasulullah s.a.w pergi menemui Abu Saif Al Qayyinn yang (isterinya)
telah mengasuh Ibrahim r.a (anak lelaki Rasulullah s.a.w)
فَأَخَذَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ
،
Lalu
Rasulullah s.a.w mengambil Ibrahim r.a dan menciumnya.
ثُمَّ دَخَلْنَا
عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ ، فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ ,
Kemudian
setelah itu pada waktu yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah
meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah s.a.w berlinangan air
mata.
فَقَالَ لَهُ
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ,
Lalu
berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a kepada baginda s.a.w : “Engkau menangis
wahai Rasulullah?”
فَقَالَ
: يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى ،
Baginda
s.a.w menjawab, “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya (tangisan) ini adalah rahmat
(lambang kasih sayang),” lalu diikuti dengan tangisan.
فَقَالَ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا
نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
Kemudian
baginda s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kedua mata telah mencucurkan air mata,
hati telah bersedih, tetapi kami tidak akan menyebut apa-apa kecuali apa yang
diredhai oleh Tuhan kami.
وَإِنَّا
بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ “
Kami
dengan perpisahan ini wahai Ibrahim sangatlah bersedih”. [Sahih al-Bukhari :
1227]
2)
Rasulullah s.a.w dikudai cucunya ketika solat ;
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ : الظُّهْرِ أَوْ
الْعَصْرِ ،
Syaddad
r.a berkata : Rasulullah s.a.w keluar untuk (solat jemaah) bersama kami pada
salah satu solat di waktu petang, (tidak pasti) Zuhur atau Asar.
وَهُوَ حَامِلٌ
الْحَسَنَ أَوْ الْحُسَيْنَ ، ،
Baginda
s.a.w sedang mendukung (cucunya) iaitu Hasan atau Hussain r.a.
فَتَقَدَّمَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ
Baginda
s.a.w bergerak ke hadapan (untuk menjadi imam) dan meletakkan cucunya.
ثُمَّ كَبَّرَ
لِلصَّلَاةِ ، فَصَلَّى ،
Kemudian
baginda s.a.w mengangkat takbir untuk solat, lalu mendirikan solat.
فَسَجَدَ
بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا
Baginda
s.a.w sujud di tengah-tengah solatnya dengan sujud yang sangat panjang.
فَقَالَ
: إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي ، فَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِدٌ ،
Syaddad
r.a berkata : Aku pun mengangkat kepala aku, dan aku melihat kanak-kanak tadi
berada di atas belakang Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w sedang sujud.
فَرَجَعْتُ
فِي سُجُودِي ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الصَّلَاةَ ،
Aku
pun kembali sujud. Apabila Rasulullah s.a.w selesai mendirikan solat,
قَالَ النَّاسُ
: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِكَ هَذِهِ سَجْدَةً
قَدْ أَطَلْتَهَا
para
jemaah bertanya : Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah sujud di
tengah-tengah solat mu dengan sujud yang panjang.
فَظَنَنَّا
أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ ، أَوْ أَنَّهُ قَدْ يُوحَى إِلَيْكَ
Kami
menyangka sesuatu telah berlaku, atau wahyu telah dihantar kepada engkau.
قَالَ :
” فَكُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ ، وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي ، فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ
حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ “.
Rasulullah
s.a.w menjawab : Semua itu tidak berlaku. Sebaliknya cucu aku ini sedang
menunggang ku. Aku tidak suka untuk segera (bangkit) sehingga dia telah selesai
menunaikan hajatnya. [Musnad Ahmad : 15704]
عَنِ الْحَسَنِ
، أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يُصَلِّي ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ عَلَى ظَهْرِهِ وَعَلَى عُنُقِهِ
،
Abu
Bakrah r.a menceritakan: Rasulullah s.a.w mendirikan solat, apabila baginda
s.a.w sujud, Al-Hasan melompat ke atas belakang dan tengkuknya.
فَيَرْفَعُ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفْعًا رَفِيقًا لِئَلَّا يُصْرَعَ
،
Rasulullah
s.a.w pun bangkit (daripada sujud) dengan lembut supaya Al-Hasan tidak jatuh,
قَالَ : فَعَلَ
ذَلِكَ غَيْرَ مَرَّةٍ ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ
، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ بالْحَسَنِ شَيْئًا مَا رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَهُ !
Baginda
s.a.w melakukan hal itu bukan hanya sekali. Apabila selesai solatnya, para
sahabat bertanya : Ya Rasulullah, kami melihat engkau memperlakukan Al-Hasan
dengan cara yang tidak pernah kami lihat engkau melakukannya.
قَالَ :
” إِنَّهُ رَيْحَانَتِي مِنَ الدُّنْيَا ، وَإِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ ، وَعَسَى
اللَّهُ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِين”
Rasulullah
s.a.w menjawab : Dia adalah permata hati ku di dunia ini. Sesungguhnya cucuku
ini seorang sayyid (pemimpian), boleh jadi Allah akan mendamaikan dua kaum
Muslimin dengan cucuku ini. [Musnad Ahmad : 20027]
3)
Rasulullah s.a.w suka mencium cucunya;
: ” قَبَّلَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ
بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا ،
Abu
Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w mencium Al-Husain bin ‘Ali r.a, dan
sedang duduk berhampiran baginda s.a.w adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a.
فَقَالَ الْأَقْرَعُ
: إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ،
Al-Aqra’
r.a berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun
seorang daripada mereka.
فَنَظَرَ
إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ :
Rasulullah
s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda:
” مَنْ لَا
يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ “
Sesiapa
yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih al-Bukhari : 5567]
4)
Kemesraan Rasulullah s.a.w dengan cucunya
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سُوقٍ مِنْ أَسْوَاقِ الْمَدِينَةِ فَانْصَرَفَ فَانْصَرَفْتُ
،
Abu
Hurairah berkata : Aku bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di pasar Madinah.
Apabila Rasulullah s.a.w beredar, aku pun beredar.
فَقَالَ
: ” أَيْنَ لُكَعُ ثَلَاثًا ، ادْعُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ ” ، فَقَامَ الْحَسَنُ
بْنُ عَلِيٍّ يَمْشِي وَفِي عُنُقِهِ السِّخَابُ ،
Nabi
s.a.w bersabda : Di manakah si kecil (iaitu Hasan r.a) ? Sebanyak tiga kali.
Al-Hasan r.a pun bangun dan berjalan, di lehernya terdapat kalung,
فَقَالَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بِيَدِهِ هَكَذَا ، فَقَالَ الْحَسَنُ : بِيَدِهِ
هَكَذَا فَالْتَزَمَهُ ،
Nabi
s.a.w pun membuka tangannya, dan Al-Hasan pun melakukan hal yang sama,
Rasulullah s.a.w mendekati Al-Hasan
فَقَالَ
: ” اللَّهُمَّ إِنِّي أُحِبُّهُ فَأَحِبَّهُ وَأَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ”
Baginda
s.a.w bersabda : Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, cintailah dia, dan
cintailah orang yang mencintainya.
وَقَالَ أَبُو
هُرَيْرَةَ ، فَمَا كَانَ أَحَدٌ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ ، بَعْدَ
مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَ .
Abu
Hurairah r.a berkata : Tiada siapa yang lebih dicintai ku daripada Al-Hasan bin
‘Ali r.a selepas apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tersebut. [Sahih
al-Bukhari : 5463]
5)
Rasulullah s.a.w dan anak sulung Abu Musa r.a ;
عَنْ أَبِي
مُوسَى ، قَالَ : ” وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
Abu
Musa al-Asyaari r.a berkata : Aku memperolehi seorang anak lelaki, lalu aku
terus pergi menemui Rasulullah s.a.w
فَسَمَّاهُ
إِبْرَاهِيمَ ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ ،
Rasulullah
s.a.w menamakannya Ibrahim, mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan
keberkatan untuknya.
وَدَفَعَهُ
إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى
“
Kemudian
baginda s.a.w menyerahkannya kepada aku. Anak itu merupakan anak sulung Abu
Musa [Sahih al-Bukhari : 5759]
6)
Rasulullah s.a.w bergurau dengan Abu Umair;
عَنْ أَنَسٍ
، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ
خُلُقًا،
Anas
bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling bagus
akhlaknya.
وَكَانَ لِي
أَخٌ يُقَالُ لَهُ : أَبُو عُمَيْرٍ قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا ،
Aku
mempunyai seorang adik yang dipanggil Abu ‘Umair yang baru sahaja tamat tempoh
menyusu.
وَكَانَ إِذَا
جَاءَ قَالَ : يَا أَبَا عُمَيْرٍ ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ
بِهِ ،
Apabila
baginda s.a.w datang, baginda s.a.w akan bertanya : Wahai Abu Umair, apa yang
sedang dilakukan oleh An-Nughair (seekor burung kecil) iaitu burung kecil yang
sering dia main dengannya.
فَرُبَّمَا
حَضَرَ الصَّلَاةَ وَهُوَ فِي بَيْتِنَا
Apabila
masuknya waktu solat dan ketika itu baginda s.a.w berada di rumah kami,
، فَيَأْمُرُ بِالْبِسَاطِ
الَّذِي تَحْتَهُ فَيُكْنَسُ وَيُنْضَحُ ،
Baginda
s.a.w akan menyuruh agar tikar yang ada dibawahnya di sapu dan dipercikkan air,
ثُمَّ يَقُومُ
وَنَقُومُ خَلْفَهُ ، فَيُصَلِّي بِنَا “
Kemudian
baginda s.a.w akan berdiri, dan kami akan berdiri di belakangnya. Kemudian
baginda s.a.w akan mendirikan solat bersama kami. [Sahih al-Bukhari : 5764]
7)
Rasulullah s.a.w mendukung Umamah r.a ketika solat;
عَنْ عَمْرِو
بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ ، يَقُولُ :
‘Amru
bin Sulaim ar-Ruzaqi mendengar Abu Qatadah r.a berkata:
” بَيْنَا نَحْنُ
فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَمْ يَحْمِلُ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ
بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
Ketika
kami sedang duduk-duduk di masjid, Rasulullah s.a.w keluar menemui kami sambil
mendukung Umamah binti Abi Al-As bin Ar-Rabi’, ibunya ialah Zainab binti
Rasulullah s.a.w.
وَهِيَ صَبِيَّةٌ
،
Ketika
itu Umamah masih bayi.
يَحْمِلُهَا
عَلَى عَاتِقِهِ ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ
عَلَى عَاتِقِهِ
Baginda
s.a.w mendukungnya di atas bahu baginda s.a.w, Rasulullah s.a.w pun solat dalam
keadaan Umamah r.a berada di atas bahunya.
يَضَعُهَا
إِذَا رَكَعَ وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ ،
Baginda
s.a.w akan meletakkannya (di bawah) apabila baginda s.a.w ruku’, dan
mengembalikan dia (di atas bahu baginda s.a.w) apabila baginda s.a.w berdiri
حَتَّى قَضَى
صَلاتَهُ ، يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا “
Rasulullah
s.a.w melakukan sedemikian rupa sehinggalah baginda s.a.w menyelesaikan
solatnya.
[As-Sunan
Al-Kubra Lil Baihaqi : 558]
8)
Rasulullah s.a.w mendahulukan kanak-kanak daripada orang dewasa;
عَنْ سَهْلِ
بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ
،
Sahl
bin Sa’ad r.a meriwayatkan Rasulullah s.aw diberikan minuman. Di kanannya ada
seorang budak lelaki, manakala di kirinya beberapa orang tua.
فَقَالَ لِلْغُلَامِ
: أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلَاءِ ،
Rasulullah
s.a.w bertanya kepada budak lelaki itu : Adakah engkau mengizinkan aku untuk
memberikan minuman ini kepada mereka?
فَقَالَ الْغُلَامُ
: لَا ، وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا “
Budak
lelaki itu pun menjawab : Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan orang
lain ke atas diri ku untuk apa-apa yang datang daripada mu.
فَتَلَّهُ
فِي يَدِهِ
Maka
Rasulullah s.a.w pun meletakkan minuman itu di tangan budak lelaki tersebut.
[Sahih al-Bukhari : 2428]
7)
Rasulullah s.a.w meringkaskan solat kerana tangisan kanak-kanak
عَنْ أَبِيهِ
أَبِي قَتَادَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ”
إِنِّي لَأَقُومُ فِي الصَّلَاةِ أُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا ،
Abu
Qatadah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku mengimami sekumpulan
manusia dalam solat, dan aku mahu memanjangkan solat itu,
فَأَسْمَعُ
بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلَاتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ “
Lalu
aku terdengar tangisan seorang bayi, aku pun meringkaskan solat aku kerana aku
takut ia akan merisaukan ibu bayi tersebut. [Sahih al-Bukhari : 670]
8)
Rasulullah s.a.w menghentikan khutbah kerana melihat cucunya;
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : ” كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَجَاءَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَيْهِمَا قَمِيصَانِ
أَحْمَرَانِ يَعْثُرَانِ فِيهِمَا ،
Buraidah
r.a berkata: Nabi s.a.w sedang berkhutbah. Tiba-tiba datang al-Hasan dan
al-Husain r.a yang sedang memakai baju berwarna merah dan mereka bertatih
berjalan,
فَنَزَلَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ كَلامَهُ ، فَحَمَلَهُمَا ،
ثُمَّ عَادَ إِلَى الْمِنْبَرِ ،
Rasulullah
s.a.w pun turun (dari mimbar) dan menghentikan khutbahnya. Rasulullah s.a.w
mengangkat kedua-duanya, kemudian kembali ke mimbar.
ثُمَّ قَالَ
: ” صَدَقَ اللَّهُ إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ سورة التغابن آية
15 ، ” .
Kemudian
baginda s.a.w menyebut : Sungguh benar perkataan Allah. Sesungguhnya
harta-harta kalian dan anak-anak kalian adalah ujian [at-Taghabun : 15].
رَأَيْتُ
هَذَيْنِ يَعْثُرَانِ فِي قَمِيصَيْهِمَا فَلَمْ أَصْبِرْ حَتَّى قَطَعْتُ كَلامِي
فَحَمَلْتُهُمَا
Aku
melihat kedua cucuku ini bertatih berjalan dalam pakaian mereka, aku tidak
sabar, lalu kerana itu aku menghentikan khutbahku dan mengangkat mereka berdua.
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra : 1721]
9)
Rasulullah s.a.w mengajar adab makan kepada kanak-kanak
عُمَرَ بْنَ
أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ
وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ” .
‘Umar
bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah
s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah
dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu.
[Sahih
al-Bukhari : 4984]