Tuesday, 15 October 2019

Bekalan



Pada suatu ketika Imam al-Ghazali sedang menulis kitab. Pada zaman itu, orang menulis menggunakan cecair dakwat dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam dakwat baru kemudian dipakai untuk menulis, jika habis, dicelup lagi dan menulis lagi. Begitulah seterusnya.

Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk dakwat Imam al- Ghazali. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair dakwat di mangkuk itu.

Melihat lalat yang kehausan, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum dakwatnya tanpa menghalaunya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.

Setelah Imam Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.

Al-Ghazali menjawab, "Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik".

“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.

Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya kerana pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum dakwatku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “

Dari kisah sufi tersebut memberi kita pengajaran bahwa seseorang itu masuk kedalam syurga adalah semata-mata kerana rahmat Allah. Kisah ini juga membawa hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong makhluk Allah. Bayangkan hanya sekadar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.

Kisah di atas juga mengajar kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan kebaikan sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, boleh jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan menghantar kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa yang dianggap kecil yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. Na’udzubillahi min zalik.





Sunday, 29 September 2019

Beautiful Patience




أيها المبتلى رجلا أو امرأة لا تحزن ، وارض بقدر الله ؛
فإن الله إذا أحب قوما ابتلاهم، وما يدريك لعل الله رفعك من كونك حبيب
 فلان أو حبيبة فلان لتكون حبيب الله أو حبيبة،
فطوبى لأحباب الله.

Wahai orang yang diuji baik lelaki ataupun perempuan,
Janganlah bersedih, berpuas hatilah dengan ketentuan Allah,
Kerana Allah apabila Dia suka sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka.
Kamu tidak tahu boleh jadi Allah mengangkat kamu daripada menjadi kekasih seseorang
Kepada menjadi kekasih Allah.
Alangkah bahagianya menjadi kekasih Allah…

….
“Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat ;
Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang bersabar..”
(Qs Al Baqarah : 153)




Friday, 20 September 2019

Hilang


Hariku sering tuah hadir bertamu
Seakan dunia hanya untuk diriku
Kasih alam sering menyebelahiku
Seolah tiada ruang selain diriku

Namun sepi ku rasa walau ku sempurna
Takut ku pada indah dunia tak selama
Kelompang di jiwa
Tiada rasa tuk mendekati-Nya

Tuhan ku bimbangi nikmat zikirku tiada lagi
Rasa asyik ini ku sangka Kau redhai
Hampa sang nurani kerna ku ingin bebas rasa hilang
Tuhan dekatiku pada yang Kau cintai

Hariku sering tuah hadir bertamu
Betapa ku bimbangi hilang dari pandangan-Mu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...