1) Mulakan dengan memakai stokin kaki dan
sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung.
Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama
naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di
Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri.
InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis
tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa &
sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama,
kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh,
semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran dan mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada
gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai
teman karib.
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan
yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan
langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha
(mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya
pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha
berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara
lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya
muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal
bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi
punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat
dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin. ( kalau tudung jahit
terus sarung je. lagi mudah kan? ^^,)
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan
dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak
dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah
mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum
istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta
mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak
ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Selamat mencuba!! moga Allah kasih.. :-)