Ketahuilah, wahai menantuku..
Telah terlahir perempuan yang baru sahaja engkau nikahi itu, adalah
daripada benih-benih kehidupan aku dan isteriku..
Telah aku besarkan perempuan itu sehabis mampuku. Aku menafkahi dia
dan ibunya dengan membelakangi segala keinginanku, berkorban waktu walau
lelahku tiada siapa yang tahu, asalkan aku mampu membahagiakan mereka sekuat
daya kudrat tuaku.
Telah aku bentuk acuan agama baginya, dengan mempertahankan setiap
cebis-cebis aurat dan kehormatannya sebelum ia halal untukmu. Aku mengajar ia
supaya kenal Tuhan dan Rasulnya, kerana itulah perempuan itu taat kepadaku dan
juga bakal taat kamu.
Telah melengkapi dia separuh agama bagimu, dan aku sebagai Walinya
turut merestui kebersamaan kamu. Namun sebelum usiaku habis ditakdir Tuhanmu,
satu pesanku untukmu..
" Bahagiakanlah dia selalu..
Dengan agama yg ada padamu ..
Supaya nanti dia aman bertemu dgn Tuhannya
Lalu kembali bertemu aku dan ibunya di Syurga "
- Ayah -
0 comments:
Post a Comment