Nama penuhnya ialah Nafisah binti
al-Hassan bin Zaid bin Al-Hassan bin Ali bin Abi Talib. Beliau lahir di Makkah
pada tahun 145H dan merupakan anak seorang wali di Madinah.
Penduduk Mesir pernah mengadu
tentang kezaliman bani Talun kepada Nafisah. Lantas, Nafisah mengambil tindakan
dengan menulis sepucuk surat dan menampalnya di seberang jalan.
Beliau menulis dalam surat tersebut
: “Kamu semua yang telah menjadikannya Raja, namun telah diperbudakkannya. Kamu
telah memberinya kekuatan, tetapi kamu pula yang ditindasnya. Kamu telah
memberikannya sebuah pemerintahan, akhirnya kamu menyesal atas pemberian itu.
Dahulu kalian berada dalam keadaan
makmur, namun kemakmuran itu pergi kerananya.
Maka ketahuilah, bahawa berdoa pada
waktu malam demi sebuah kemaslahatan pasti dimakbulkan. Lebih-lebih lagi doa
itu dari hati yang kecewa, orang yang dilanda kelaparan dan orang yang susah
mendapatkan pakaian yang sewajarnya.
Dan ketahuilah juga bahawa sangat
mustahil sekali jika seorang yang zalim masih hidup ketika orang yang dizalimi
meninggal dunia.
Wahai pemerintah, ketahuilah bahawa
kejahatan kalian selama ini kami hadapi dengan penuh sabar. Teruskan kejahatan
ini sehingga kami terus menjadi orang yang teraniaya. Dan teruslah bertindak
zalim dan kami akan jadi orang yang dizalimi.
Ketahuilah juga bahawa orang yang
sentiasa berlaku zalim pasti akan jatuh jua.”
Pemerintah Bani Talun berasa gementar apabila membaca surat tersebut. Akhirnya, mereka bersedia membangunkan sebuah pemerintahan yang adil dan bijaksana.
Pemerintah Bani Talun berasa gementar apabila membaca surat tersebut. Akhirnya, mereka bersedia membangunkan sebuah pemerintahan yang adil dan bijaksana.
0 comments:
Post a Comment