Sungguh apa yang telah terlintas dalam hatiku, mungkin permintaan maaf
tak akan mampu menebus kesalahanku, namun demi melihat senyuman itu mengembang
aku terlempar ke dalam lubang rasa bersalah yang terdalam, wahai isteriku,
betapa kemuliaan akhlakmu telah memukau diriku.
Entah mengapa saat itu aku tidak mampu menguasai amarahku, mungkin ada
sebahagian kata-kataku yang mampu menyakiti hatimu, kadang aku khilaf mencela
dirimu, kadang ada saat aku ingin menyakiti dirimmu. Namun diammu membuat
diriku pun terdiam, tanpa sepatah kata pun engkau duduk dihadapanku dan
menunduk, sesekali engkau menatapku dengan pancaran kasih sayang yang tulus.
Wahai isteriku, apa yang telah menguasai hatiku?
Dengan sabar engkau menerima setiap kata-kata yang aku ucapkan, tidak
tersirat sedikitpun kebencian di wajahmu terhadap diriku, betapa gelas-gelas
kaca ini begitu mudah rapuh, retak dan pecah jika engkau tak sabar merawatnya.
Mungkin tak pernah aku menyedari engkau telah merawatnya dengan hati yang tabah
dengan penuh kesabaran, namun aku melihat betapa saat itu aku merasa kecil dan
tak bererti dihadapanmu..
Diammu telah meredakan amarahku, lidah ini tersekat melihat kesabaranmu
untuk duduk, diam dan menerima segala apa yang aku ucapkan, semoga Allah Taala
memberkahimu wahai isteriku, betapa diam itu telah menjadi sebuah pedang yang
tajam menusuk tepat pada keangkuhanku, menghancurkan amarah ini dan membuat
dirimu semakin bererti bagiku.
Setelah aku terdiam engkau pegang tanganku dengan kelembutan sifat
wanitamu, dengan teduh engkau menatap mataku dan suarumu menenangkan hatiku, “Wahai
suamiku, maafkanlah aku atas segala kesalahnku, aku hanyalah wanita lemah yang
kadang salah dan selalu memohon ampunan-Nya, maka maafkanlah aku kerana Allah
Taala, sebagaimana engkau mencintai aku kerana Allah Taala.”
“Wahai suamiku, api amarah itu berasal dari syaitan, maka padamkanlah
dengan wudhu’, engkau lebih mengetahuinya daripada aku, maka duduklah sejenak dan
perkenankan aku menyiapkan air wudhu’ untukmu..”
A’udzubillahiminassyaithanirrajim.. Apa yang telah aku lakukan kepadamu
wahai isteriku, mengapa aku terlena dengan bujukan syaitan? Bukankah engkau
telah berusaha sebaik mungkin mentaati aku dengan segala kemampuanmu, air
mataku menetes demi melihat kebodohanku, tak mampu lagi aku mengangkat wajahku,
betapa malunya diriku dihadapanmu.
Dan saat kau datang membawa air wudhu’ itu, senyummu mengembang seindah
pertama kali aku melihatmu, tidak tampak sedikitpun kau ingin membalas celaan
yang tadi aku lontarkan, mungkin engkau menahannya dengan begitu baik dalam
dirimu, lalu kenapa aku tidak mampu melakukannya sebaik dirimu?
Engkau letakkan air wudhu’ itu dihadapanku, dan kau genggam erat
tanganku yang gementar, dengan kelembutan kasihmu kau usap air mata ini. Wahai
isteriku, betapa kelembutan dirimu dan kemuliaan akhlakmu membenamkan amarah
ini. Wahai isteriku maafkanlah kekhilafan yang telah aku lakukan dengan bersikap
zalim terhadap dirimu.
Azan telah berkemunandang, sirna sudah segala amarah dalam diri, seakan
tak pernah terjadi apapun engkau siapkan keperluanku untuk solat, wahai
isteriku.. betapa aku beruntung memilikimu..
2 comments:
salam..bila bace kish ni..ttiba terfkir.."adakah aku mamp jd cam si isteri??"..hmm.takut tuk pikul tnggungjwb ni..ya ALLAH,tnamlh sifat ksbaran dan ketbahan dlm driku..amin..
waalaikumsalam, moga ukhti menjadi wanita solehah, anak yang solehah, dan bakal isteri yang solehah insyaAllah.. Moga kita juga termasuk wanita yang dipelihara oleh-Nya.. amin.. =)
Post a Comment