Apa khabar
Bidadari Mohammed Morsi Puan Najla?
Apa khabar
muslimah di sana?
Apa khabar
anak- anak kecil
yang
ucapannya di Dataran Rabaah Adawiyyah menggetarkan jiwa?
Duhai para
kecintaanku,
semua
belahan jiwaku,
moga
kekuatanmu memuncak drastik,
moga keyakinanmu
melonjak tinggi,
menentang
sepenuh jiwa.
Luar biasa
sekali hubunganmu dengan Allah,
sehingga
Allah memilih ujian sebegini berat untuk kau lebih dekat dengan-Nya,
Alangkah
mencemburukan.
Duhai para
Muslimah yang dikasihi Allah!
Hilangkan
sendu dan ketakutanmu!
Kita punya
Allah yang Maha melihat kaum yang zalim!
Di Syurga
kelak pasti kau tersenyum gembira!
**************
"Dan jangan sekali-kali engkau
menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu
mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi
Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan
kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan
mereka memberi perangsang kepada orang-orang yang belum (mati) menyusul di
belakang mereka bahawa mereka tiada merasa takut dan tiada merasa duka cita”. [Surah
Al-Imran : 169-170]
0 comments:
Post a Comment