Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah,
terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima
Taubat lagi Mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan
kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran.
Ya Allah,
kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya petunjuk, dan rahmat
untuk kami.
Ya Allah,
ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan kurniakanlah kami
keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, jadikanlah al-Quran itu
sebagai hujah untuk kami wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
Ya Allah,
hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakanlah kami dengan
kemuliaan al-Quran, serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Quran, pakaikanlah
kami dengan pakaian al-Quran, masukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat
al-Quran, selamatkanlah kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat
dengan berkat kehormatan al-Quran.
Ya Allah,
jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan, di dalam kubur
sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya
penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang serta
pendinding dari api neraka. Jadikanlah al-Quran itu untuk kami sebagai panduan
dan ikutan segala kebaikan.
Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Pemurah. Dengan limpah kurnia, kemudahan, dan kemuliaan-Mu jua
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ya Allah,
tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api
neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran. Tinggikanlah darjat martabat kami
dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan
sebab membaca al-Quran.
Ya Allah,
Tuhan yang mempunyai sekalian macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berikanlah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, peliharalah kami dari azab api
neraka.
Amin Ya
Rabb..
0 comments:
Post a Comment