Malaikat
khas akan didatangkan untuk mensyahidkan (menyaksikan) mereka yang mati syahid
di medan peperangan. Mati syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh dalam
pertempuran di medan peperangan kerana mendaulatkan Islam, menegakkan perintah
atau hukum Allah dan mempertahankan negeri Islam daripada serangan musuh.
Mereka
Tidak Mati
“Dan jangan
sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada
jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara
istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” [Al-Imran: 169]
Dalam mazhab
Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan
dan tidak perlu di sembahyangkan jenazah mereka kerana segala dosa mereka telah
gugur (dihapuskan). Dalam mazhab Hanbali pula, mereka yang syahid besar tidak
perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan
kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman
Allah.
“Dan
janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan
membela agama Allah itu; Orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang
hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat
menyedarinya.” [Al-Baqarah: 154]
Mereka
Bersukacita di Syurga
“(Dan juga)
mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan
kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai
(saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih
tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu)
bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)
terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.” [Ali-Imran:170]
“Mereka
bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan
(ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.”
[Ali-Imran:171]
Sakitnya
Tidak Melebihi Gigitan Semut
Dalam sebuah
hadith dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Orang yang
mati syahid itu tidak mendapatkan kesakitan kerana terkena pembunuhan,
melainkan hanyalah sebagaimana seseorang di antara engkau semua mendapatkan
kesakitan kerana terkena gigitan – semut dan sebagainya.” [HR Imam Tirmidzi]
Ingin
Kembali Ke Dunia Dan Mengulanginya Hingga 10 Kali
Para Syuhada
ini menerima ganjaran yang sangat istimewa sehingga sanggup kembali ke dunia
untuk mengulangi kematian berbanding golongan lain seperti para wali dan orang
soleh yang tidak sanggup lagi kembali ke dunia yang penuh dengan syirik,
maksiat dan kezaliman.
Dari Anas
bin Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya: “Tidak ada seorangpun yang telah masuk
syurga ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan
kepadanya kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu
ingin kembali ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali,
kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.” [HR
Muslim]
0 comments:
Post a Comment