Namanya Zahra, dia masih duduk di bangku darjah enam di sebuah sekolah Islam
berhampiran pinggiran kota.
Dia seorang anak yang baik dan solehah. Sering mendapat tempat di hati
orang-orang sekitarnya kerana sifatnya yang ramah dan pemurah.
“Kakak…” dia memanggilku setengah teriak saat aku hendak meninggalkan
rumah di pinggiran itu, urusanku dengan ayahnya telah selesai.
“Ada apa Zahra..?” jawabku sambil menoleh ke belakang dan mendekati Zahra
yang juga terlihat mendekatiku.
“Kakak tunduk sedikit ya, biar Zahra bisik di telinga kakak” pintanya.
“Subhanallah…”Aku terkejut setengah mati saat mendengar bisikan dari
Zahra.
“Doakan sebelum lulus UPSR, Zahra dapat hafal kesemuanya ya kak” bisiknya
padaku.
Aku lupa nama lengkapnya, aku lebih suka memanggil Zahra. Bunga.
Di usianya yang baru darjah enam, dia sudah menghafal lebih dari setengah
Al-Quran mulia.
Kata ibu, “kalau Zahra dapat menghafal semua isi al-Quran, nanti Zahra boleh
pakaikan mahkota yang paling cantik yang ada di akhirat dan ibu teringin sekali
memakai mahkota itu kak”.
Ceritanya waktu saat ku tanya motivasi Zahra dalam menghafal al-Quran.
“Kakak... Zahra cintakan ibu. Saat Zahra tanya kepada ibu apa yang ibu mahu
dari Zahra, ibu jawab begitu. Zahra ingin tunjukkan kalau Zahra cinta ibu
dengan menghafal al-Quran” tambahnya.
“Zahra pernah lihat ibu menangis saat Zahra berjanji akan menghafal Al-Quran
sebelum habis sekolah” terus Zahra bercerita, matanya mulai berkaca-kaca.
“Oh ya kak, tunggu ya…” Zahra meninggalkanku sendiri menunggunya di
hadapan rumahnya.
Selang beberapa minit, Zahra kembali membawa sebuah surat ucapan berwarna
pink, gambar bunga.
“Ini untuk kakak…” katanya sambil menyerahkan surat itu kepadaku.
“Terima kasih Zahra sayang, boleh kakak baca sekarang?”
“Jangan! Nanti kakak baca selepas selesai solat asar. Kalau boleh dalam
keadaan berwudhu’ ya kak” pintanya.
Di sebuah masjid, setelah aku berdoa seusai solat Asar, aku hendak berdiri
dan meninggalkan masjid, mataku tertumpu pada fail yang kubawa surat merah
jambu itu.
“Astaghfirullah, itu dari Zahra” Segera aku ucapkan basmalah dan kubuka.
“Kakak yang Zahra cintai kerana Allah, ingin Zahra katakan bahawa Zahra
sangat mencintai kakak. Tapi apakah kakak mencintai Zahra? Jika ya, Zahra ingin
meminta sesuatu dari kakak. Kakak juga hafal al-Quran ya, biar nanti ibu kakak
menjadi wanita paling bahagia di Syurga, kerana memakai mahkota tercantik pemberian
anaknya yang hafal al-Quran.” -Salam sayang Zahra-
Petang itu, langit kelihatan mendung, hatiku turut mendung,
Petang itu, langit kelihatan mendung, hatiku turut mendung,
Air matapun tak bisa tertahan, ia mengalir, kerinduan pada Bonda yang
membuncah,
“Astaghfirullah, Zahra.. kaulah guruku, guruku yang mulia. Jujur kakak
malu padamu sayang” bisik hatiku.
“Kakak mencintaimu, sangat mencintaimu, kakak juga mencintai Ibu.”
“Kakak mencintaimu, sangat mencintaimu, kakak juga mencintai Ibu.”
“Kakak juga ingin hadiahkan makhota syurga untuk ibu.”
“Barang siapa membaca Al-Quran dan mengamalkannya maka kedua-dua orang
tuanya pada hari kiamat akan dipakaikan mahkota yang cahayanya lebih bagus daripada
cahaya matahari menembus rumah-rumah di dunia.” (HR. Abu Dawud Al Hakim dari
Mu’adz bi Jabal).
0 comments:
Post a Comment