Rapatnya beliau dengan Rasulullah saw tidak membuat
Ummu Aiman untuk meminta alasan kepada Rasulullah saw untuk tidak turut serta
dalam jihad. Ummu Aiman memiliki jasa besar dalam lapangan jihad. Dia ikut
bergabung dalam Perang Uhud sebagai pemberi air minuman untuk para mujahidin
dan memberikan khidmat perubatan untuk mujahid yang terluka.
Tak hanya itu, Ummu Aiman juga ikut serta dalam
Perang Khaibar bersama beberapa isteri para sahabat. Setelah kemenangan, Rasulullah saw memberi
mereka sebahagian dari harta rampasan perang (ghanimah). Lalu pada Perang
Hunain, dia berada dalam satu rombongan bersama kedua-dua puteranya, Aiman dan
Usamah. Kedua-dua anaknya termasuk para sahabat yang teguh bertahan melindungi
Rasulullah saw pada saat itu. Namun kemudian Aiman mati syahid. Kesyahidan Aiman semakin menambah
keimanan dan penyerahan total dirinya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan pada
Perang Mu`tah, suaminya (Zaid bin Haritsah) yang bertindak sebagai komandan
pasukan menjadi pahlawan syahid yang pertama. Ummu Aiman menerima berita
kesyahidan suaminya dengan hati yang redha dan sabar. Dia menggantungkan
harapannya kepada Allah SWT semata-mata.
Ketika Rasulullah saw wafat, Ummu Aiman terdiam dengan
kesedihan meliputi hatinya. Air mata membanjiri kedua matanya. Tergeraklah
batinnya yang bersih, lalu memuji Nabi dengan syair yang indah:
“Mata menangis... kerana air mata itu
menyembuhkan. Maka perbanyaklah tangismu
ketika mereka berkata “Rasul telah tiada",
Itulah musibah tiada nilai taranya. Tangisilah orang terbaik yang menjadi
nikmat bagi kita di dunia. Orang yang diistimewakan dengan wahyu dari langit.”
Ummu Aiman dikenal kerana ketulusannya berbakti
kepada Rasulullah saw, Ummu Aiman juga memiliki keluasan ilmu, keutamaan, dan
kecerdasan. Hal ini ditunjukkan oleh riwayat Muslim dari pada Anas, dia berkata
bahawa setelah wafat Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar berkata kepada Saidina Umar,
“Marilah kita berangkat menuju rumah Ummu Aiman untuk mengunjunginya
sebagaimana Rasulullah saw selalu mengujunginya.” Ketika tiba di rumahnya, mereka
mendapati Ummu Aiman sedang menangis. Saidina Abu Bakar bertanya, “Kenapa
engkau menangis, segala apa yang telah dikehendaki Allah adalah yang terbaik
bagi Rasulullah saw?”
Dia menjawab, “Aku menangis bukan kerana aku tidak
tahu bahawa segala apa yang dikehendaki Allah adalah yang terbaik bagi
Rasulullah saw, akan tetapi aku menangis kerana terputusnya wahyu dari langit.”
Jawapannya ini menggoncangkan hati Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, dan
membuat keduanya menangis bersamanya. Ummu Aiman pun turut serta dalam
periwayatan hadits. Dia meriwayatkan 5 buah hadits daripada Rasulullah saw. Di
antara sahabat yang meriwayatkan hadits daripadanya adalah Anas bin Malik,
Hanasy bin Abdullah Ash-Shan’ani, dan Abu Yazid Al-Madani.
0 comments:
Post a Comment