Jika Allah
memberikan hidayah kepada hamba yang dikehendakiNya, maka tidak ada seorang pun
yang berkuasa mencegahnya. Jalan ke arah hidayah Allah boleh melalui apa jua
cara, termasuk melalui perkara yang tidak pernah diduga sebelumnya.
Allah
berfirman dalam Al-Quran (yang bermaksud):
“Dan
Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah.”
(Surah
Maryam ayat 76)
Seorang
polis wanita Inggeris yang bernama Jayne Kemp adalah salah seorang wanita yang
beruntung kerana telah menerima hidayah Allah dengan cara yang tidak pernah
disangka-sangkakannya.
Kisah
pengislamannya bermula apabila beliau ditugaskan untuk menyiasat kes kekerasan
rumah tangga (domestic violence) terhadap seorang wanita di Eccles, Salford.
Beliau berjaya membantu wanita Muslimah tersebut untuk datang ke
pejabatnya.“Pada ketika itu saya tidak pun sedang mencari apa-apa agama sekali
pun. Apabila saya ditanya mengenai agama Islam, saya hanya boleh menjawab tidak
lebih daripada lima perkara mengenai Islam yang saya ketahui,” kata Jayne Kemp
diambil dari dari Manchester Evening News.
Untuk
membantu wanita tersebut, Jayne perlu mengetahui penyelesaian secara Islam
dengan lebih lanjut untuk kes seperti itu. Polis berusia 28 tahun itu
kemudiannya berdiskusi dengan beberapa orang Islam yang ditemuinya di Twitter.
Tak cukup di
dunia maya, Jayne semakin tertarik untuk mengetahui lebih jauh tentang Islam.
“Di tempat
saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan masyarakat Muslim
yang ramai, jadi saya memeikirkan betapa saya harus mendalami lebih banyak
tentang ini,” ujarnya.
Hari demi
hari yang dilalui Jayne dengan pengetahuan barunya mengenai Islam membuatnya
semakin menyukai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw itu. “Saya rasa
semakin jatuh cinta dengan Islam.”
Jayne
mendapati betapa Islam mengajarkan nilai-nilai mulia seperti berbuat baik
kepada jiran tetangga, menghormati orang-orang tua dan menyayangi orang yang
lebih muda.
Jayne
sebelum itu selalu mendengar isu yang negatif mengenai Islam termasuklah betapa
bahawa wanita dalam Islam itu selalu teraniaya. Namun beliau mendapati bahawa
fakta tersebut adalah salah dan Islam sangat memuliakan wanita.
Kecintaan
Jayne kepada Islam dibuktikan apabila melafazkan Syahadah pada April 2012 dan
mengubah namanya menjadi Aminah. Beliau kini telah menjadi seorang muslimah
yang yang komited termasuk menutup aurat miski pun bertugas sebagai seorang
anggota polis di England. Keislaman Jayne diterima oleh keluarga dan juga
rakan-rakan sekerjanya. Namun, beliau tidak memaksa kedua-dua orang anaknya
untuk masuk Islam kerana sememangnya tidak ada paksaan untuk seseorang memeluk
agama Islam.
Jayne adalah
salah seorang daripada kira-kira 5,000 orang masyarakat tempatan British yang
memeluk agama Islam pada setiap tahun di UK.
Maksud
Firman Allah swt,
“Sesiapa
yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang
beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab
keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi”.
(Surah
al-A’raaf ayat 178)
0 comments:
Post a Comment