Kes 1:
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam
golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim).
Ini kerana
ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2:
Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki
lain selepas itu.
Wanita dalam
golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli
Syurga.
Kes 3:
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes
2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4:
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam
golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki
syurga.
Kes 5:
Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes
4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan
suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6:
Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila
seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di
syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia
inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong
dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama
suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah:
“Wanita
adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
0 comments:
Post a Comment