Syafaat 10 anggota
keluarga ke Syurga
Daripada Ali Bin Abu
Talib, Rasulullah saw bersabda, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al-Quran dan
menghafalnya, Allah akan memasukkanya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat
kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk
masuk syurga.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi)
Berada dalam rahmat
Allah
Daripada Abu Hurairah
r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Tidak ada orang yang
berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran,
kecuali mereka akan dikelililngi para malaikat dan mereka sentiasa
disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yang di langit).” (Riwayat
Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah & Abu daud)
Diberi ganjaran
pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya
Daripada Abdullah Bin
Mas’ud r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Barangsiapa yang
membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu
digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa “alif lam mim” itu satu
huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf.” (Riwayat
at-Tarmizi)
Dianggap sebagai
keluarga kesayangan Allah
Disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w, daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya
Allah mempunyai keluarga di kalangan
manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah saw? Jawab
baginda : Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya.”(Riwayat
Ibnu Majah, Ad-Darini, Al-Hakim dan An-Nasaie)
Al-Quran sendiri akan
memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat
Dari Abi Umamah ra. Katanya
: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud : Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan datang menjadi
pemberi syafaat pada hari kiamat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim)
Dipakaikan makhota
pada hari kiamat
Daripada Mu’az bin Anas
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca
Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua-dua ibu
bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan
melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam
rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang
akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri?” (Riwayat Imam Ahmad ,
Abu Daud)
0 comments:
Post a Comment