Dengan nama
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani, aku memulakan kalam.
Sahabatku…
Bagaimana
keadaanmu di tanah airmu yang tenang dan damai sekarang ini? Maaf sudah lama
aku tidak mengirim khabar buatmu, lantaran keadaanku yang genting di sini. Aku
baru membuka dan membaca kiriman emelmu yang dihantar pada enam bulan lalu.
Hari ini aku
rasa terpanggil untuk mengirim emel buatmu. Mungkin ini yang terakhir dariku
buatmu. Aku begitu terharu bila membaca emelmu bertanyakan keadaanku,
saudara-saudaraku, juga tanah airku. Aku merasakan ikatan akidah inilah yang
menjadikan kita begitu prihatin dan saling bersatu walaupun kita berbeza bangsa
dan negara.
Untuk
pengetahuanmu, aku sekarang sudah menyertai Tentera Pembebasan Syria yang
berperanan untuk menewaskan serta melumpuhkan kekebalan tentera rejim Basyar
Asad. Pelbagai detik hitam yang sudah merompak kebahagiaan sementaraku, telah
kulalui dalam diari kehidupanku. Segalanya tercatat kemas.
Sahabatku,
Aku sangat
bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berkenalan denganmu di bumi Asia yang
nyaman dan tenteram. Sungguh, begitu banyak yang aku pelajari ketika kita
bersama-sama menuntut ilmu. Sangat cantik perancangan Allah yang menghantar
diriku ke bumi Indonesia yang kaya dengan seni warisan Islamnya. Bertemu
denganmu yang banyak mengajarku erti ketabahan merupakan kenangan indah buatku.
Kita sama-sama bermusafir di bumi orang.
Tetapi,
perjuangan aku memburu syahid kini, lebih indah nikmatnya. Aku tidak lagi gerun
dengan senjata canggih yang merobek tubuh manusia. Malah, aku lebih rela
ditembusi pelurunya. Syahid di jalan Allah,menjadi impianku sekarang.
Sahabatku…
Ketika aku
menulis warkah ini, jiwaku telah diselubungi kedukaan. Kedukaan yang hanya
sementara keperitannya menanti kemanisan kehidupan akhirat. Aku sekarang sudah
menjadi yatim.
Lima bulan
lepas, setelah usai menunaikan solat Jumaat, kami beramai-ramai ke dataran
untuk mengadakan demonstrasi. Ayahku sebagai seorang imam, terus mara ke
hadapan untuk membangkitkan semangat kami semua. Para pemuda. Ayahku berwasiat
agar kami semua tidak gentar dengan ancaman rejim Basyar. Beliau sendiri
mengatakan bahawa beliau rela ditembusi peluru daripada menunduk kepada
kerajaan. Seolah mengetahui bahawa ajalnya tidak lama, ayahku meminta agar kami
tidak menangisi kepemergiannya. Setelah melaungkan TAKBIR, kepala ayahku terus
menjadi sasaran peluru rejim Basyar. Bukan sekali, malah, berdas tembakan
dilepaskan. Beberapa orang yang lain turut cedera dan syahid. Aku tergamam,
lantas jatuh terduduk.
Tentera
pengganas tanpa belas, mengheret jasad ayahku, lalu, dikerat-kerat di hadapan
kami semua. Aku sudah tidak mampu melihatnya. Jiwaku meronta hebat. Aku
kemudian memeluk adik lelakiku, berharap agar dia dapat bersabar. Sungguh kejam
rejim basyar memperlakukan kami. ‘Bersabarlah ayahku..sesungguhnya syurga
menantimu’, itulah kata-kata yang mampu kulafazkan. Hanya di dalam hatiku
sahaja. Tidak cukup dengan itu, kepingan-kepingan tubuh ayahku digilis dengan
jentera mereka. Sehingga tidak dapat dikenalpasti lagi anggotanya. Aku pasti
akan menuntut atas perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka.
Selepas
peristiwa kesyahidan ayahku, kami dikejutkan pula dengan pencerobohan rejim
Basyar di rumah abangku. Kakak iparku dirogol dengan kejamnya di hadapan
abangku sendiri. Anak perempuannya yang masih kecil disepak dan diperlakukan
seperti binatang. Sehingga hancur badannya dikerjakan mereka. Abangku sendiri,
diikat badannya dan mereka melakukan sewenang-wenangnya terhadap anak dan
isterinya. Dia hanya mampu melihat dengan geram. Kaki abangku ditembak. Mata
sebelah kirinya juga dirobek. Akhirnya, kakak iparku menemui ajal setelah
kandungannya dirobek dan janin yang dikandungnya dibakar.
Mereka sudah
berjaya membuat jiwa abangku terseksa. Tetapi,mereka tidak tahu bahawa itulah
Syurga bagi mukmin yang merindui syahid di jalan Allah. “Basyar, Kau tunggulah
pembalasan kami! Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu kalau bukan Neraka
sahaja yang layak buatmu!” Itulah sumpah abangku.
Suatu hari,
aku bersama mujahidin yang lain, bertungkus lumus meng’update’ status dan
meng’upload’ video-video terkini siri pembunuhan rejim Basyar terhadap
saudara-saudara kami untuk dikongsikan bersama saudara-saudara seluruh dunia.
Operasi kami bermula sejak seminggu sebelumnya, di mana kami menjadikan rumah
Yaser,sahabatku sebagai markaz operasi kami. Alhamdulillah, Allah memberi kami
kelebihan dan kepakaran dalam ICT yang direka cipta oleh mereka yang bukan
Islam. Sebagai Muslim, aku memanfaatkan segala teknologi untuk keuntungan
Islam. Satu pesananku, janganlah terpedaya dengan teknologi yang pada dasarnya
dicipta adalah untuk menjatuhkan Islam, sebaliknya, gunakanlah teknologi supaya
bermanfaat untuk Islam. Segala video yang diambil, kami kumpulkan. Ini juga
merupakan salah satu medan jihad kami. Kerja-kerja kami dijalankan dengan
sebaiknya seperti yang dirancangkan.
Sehinggalah
ammu Khaled datang dan memberitahu bahawa rumahku diceroboh rejim Basyar. Aku
seperti orang bodoh saat itu. Aku tergamam. Dalam fikiranku Cuma ada wajah ibu,
adik lelakiku juga abangku yang buta dan lumpuh. Lantas ingatanku kembali
mengingatkan perbualanku bersama adik sebelum aku keluar dari rumah.
“Abang, kalau ini adalah pertemuan terakhir
kita, Umar sudah bersedia. Selamat berjuang abang. Umar akan tunggu abang di
Syurga,” ujar adikku seolah mengetahui syahid sedang menantinya. Aku terus
bangun untuk pulang ke rumah.
Rumahku
sudah digeledah. Habis berselerakan perabot-perabot di rumah. Keadaannya
kucar-kacir. Di suatu sudut, aku terlihat tubuh kecil terbaring di situ. Aku
menghampiri. Masya Allah. Badanku terus jatuh tersujud ke bumi. Wajah adikku
masih elok tersenyum walaupun kepalanya sudah hancur dimakan peluru. Perutnya
juga dirobek sehingga menampakkan usus-usus perutnya. Aku sudah tidak sanggup
menatap lama keadaan adikku yang begitu menyanyat hati. Hanya Syaitan sahaja
yang sanggup memperlakukan kanak-kanak yang tidak berdosa seperti ini. Aku
melihat ke belakang. Terdapat dua susuk tubuh yang amat aku kenali. Tubuh
abangku sudah berlubang-lubang, entah berapa banyak peluru yang mendarat di
tubuhnya. Di sebelah abang, kelihatan badan ibuku yang telah terpisah daripada
kepala. Ibuku sudah dipenggal kepalanya. Aku sudah tidak mampu untuk berdiri.
Apakah dosa yang telah ibuku lakukan? Aku mengenali ibuku sebagai seorang
isteri yang solehah. Isteri kepada seorang Ismail al-Majeed yang digeruni rejim
Basyar. Ibuku juga seorang ibu yang mithali. ‘Mereka belum kenal lagi siapakah
Yusuf anak kepada Ismail al-Majeed. Tunggu saja!’.
Setelah
seluruh keluargaku sudah menjadi mangsa korbanan, aku tidak dapat berdiam diri.
Hak aku, aku perlu tuntut. Tiada sehari dalam hidupku berlalu dengan sia-sia.
Setiap masa aku manfaatkan sebaiknya. Aku dan para ikhwan yang lain sudah
merencanakan satu strategi terbesar. Kami sudah berjaya untuk mencipta sejenis
senjata manual yang terhasil daripada alatan-alatan yang terpakai. Saat ini aku
teringatkan sebuah hadith Rasulullah SAW, daripada Muawiyah R.A.- Rasulullah
SAW bersabda, : “Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu berjuang menegakkan
agama Allah Ta’ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina
atau menentang mereka sampai hari Kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua
manusia”.
Hadith ini
telah memberi kekuatan dan semangat buatku dan para mujahid untuk terus kekal
berjuang. Kami terasa dimuliakan Allah, bila Allah memilih kami untuk merasai
perjuangan JIHAD yang sebenar, bahkan kami dikurniakan kemuliaan dengan SYAHID.
Sahabatku,
Doakan
kejayaanku untuk memburu syahid. Esok, aku dan para mujahidin akan melancarkan
serangan balas kami terhadap rejim Basyar bermula di Baba ‘Amru seperti yang
kami rancangkan.
Sahabatku,
kami di sini tidak meminta kau dan saudara-saudaramu untuk datang berjuang
mengangkat senjata di sini. Tetapi, jika kalian mampu untuk berbuat demikian,
kami sangat-sangat mengalukan. Apa yang kamu harapkan, cukuplah sekadar doa dan
keperihatinan kalian terhadap penderitaan kami di sini. Sokongan moral daripada
kalian untuk menaikkan semangat jihad kami amat kami perlukan. Apa yang penting
adalah kita semua umat Islam bersatu di atas satu kesatuan dan kita saling
menguatkan.
Sekarang,
bukan masanya untuk kita sekadar mengetahui pergolakan di sini tapi, kalian
perlu memahaminya juga. Bukan masanya juga untuk kita meletakkan segala
penderitaan itu hanya kepada rakyat Syria atau orang-orang tertentu untuk
memikirkan dan menyelesaikannya. Malah, kalian patut mengatur strategi dan
perancangannya, walaupun hanya sekadar berkongsi dan menyebarkan maklumat
tentang penindasan rejim Basyar terhadap umat Islam Sunni. Ayuh sahabatku,
bangunlah dan serulah kepada saudara-saudaramu di sana agar bersatu atas dasar
akidah dan pegangan kita. Sama-sama kita bersatu untuk kemenangan Islam.
Sekali lagi
aku ingatkan, agar kau tidak lupa untuk mendoakan kami di sini. Doakan untuk
kesejahteraan agama kita. ISLAM. Jangan lupa untuk menyebarkan segala maklumat
tentang kezaliman rejim Basyar di alam maya juga. Itulah kekuatan kita
sekarang. Biar dunia seluruhnya tahu kezaliman penganut Syiah Nusairiyah ini.
Aku mengharapkan agar kita dapat membina kesatuan dan bersama-sama menumbangkan
musuh. Untuk terakhirnya, aku ingin untuk berkongsi sebuah hadith Rasulullah
SAW agar sama-sama kita meneliti maksudnya.
Rasulullah
SAW bersabda : “ Suatu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut mengerumuni makanan”.
Sahabat-sahabat
bertanya : “Apakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah
SAW menjawab : “Tidak. Bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”.
Semoga
hadith ini membuat kau rasa bersemangat untuk sama-sama membantu kami di sini
agar kita tidak menjadi seperti buih-buih yang nampak banyak tetapi, hilang
selepas dipegang. Anggaplah juga ini sebagai wasiat terakhirku buatmu.
Akhir kata,
aku mengharapkan agar kau terus berkekalan dalam semangatmu sebagai seorang
pejuang agama Allah. Moga nanti kita ditemukan di syurga. ‘Bercita-citalah
untuk Syahid ,wahai sahabatku!’
Pemburu
SYAHID,
Yusuf Ismail
al-Majeed
0 comments:
Post a Comment