Bismillahirrahmanirrahim..
Wahai puteri-puteri dan wanita mukminah. Siapakah yang kamu ikuti untuk
dijadikan contoh? Apakah kamu mengikuti orang kafir, nasrani dan para wanita
yang jauh dari jalan ALLAH?
Wahai wanita, janganlah kamu berpakaian dengan pakaian yang ketat dan
menampakkan bentuk tubuh. Jangan bangga dengan semua itu kerana ianya penyebab
kemurkaan ALLAH! Ini buktinya sirah Saidatina Fatimah Az-Zahra telah terhapus
dari hatimu. Dan ingatlah di hari akhirat nanti seluruh manusia, sejak awal
penciptaan hingga akhir, akan menundukkan kepalanya saat baginda melalui titian
sirat. Baginda akan berjalan bak cahaya yang bersinar terang. Ketika dipadang
mahsyar, akan terdengar suara dari Arasy ALLAH,
''Wahai manusia, tundukkan kepala kamu dan pejamkan mata kamu kerana
Fatimah Binti Muhammad akan melalui titian sirat ''
Apakah kamu tidak ingin berada di belakang baginda, melalui di titian
bersama baginda dan mengikuti baginda? Kamu telah menukar baginda dengan yang lainnya.
Ketika Rasulullah saw bertanya kepada puteri tercintanya Saidatina
Fatimah Az-Zahra, ''Wahai puteriku Fatimah, apakah yang terbaik bagi wanita?''
Saidatina Fatimah Az-Zahra menjawab, ''Yang paling baik bagi wanita
adalah dia tidak melihat dan dia tidak dilihat oleh lelaki.''
Wahai Mukminah, ingatlah kerana peringatan itu sangatlah bermanfaat.
Jauhilah adat-adat yang fana dan dimurkai oleh Allah, jauhilah sifat
menunjuk-nunjuk. Sebagaiman dalam hadis, Rasulullah saw bersabda,
''Barangsiapa yang memakai pakaian untuk dipamerkan, maka di akhirat
nanti akan dihina oleh ALLAH.''
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw..
(Dipetik dari ceramah Al-Habib Umar, Indonesia)
0 comments:
Post a Comment