Kelihatan sekumpulan
kanak-kanak kecil bermain-main di tengah padang. Mereka menunduk mengutip
batu-batu kecil. Haura’ yang memerhatikan tingkahlaku kanak-kanak tersebut mula
berasa curiga.
“Allahuakbar!
Allahuakbar! Allahuakbar!”
Batu-batu kecil yang berada di genggaman mereka dilemparkan jauh. Nyaris
mengenai tubuh Haura’ yang sedang menuju ke arah mereka.
“Berhenti!” salah seorang daripada mereka bersuara. Memandang ke arah Haura’.
Serba-salah.
Haura’ pada
mulanya mengetap bibir mula mengukirkan senyuman. Lintasan hati. As-syahid Faris
Audah. Ya, mujahid kecil Palestina bersenjatakan batu-batu kecil yang tidak pernah
gentar melawan Israel. As-Syahid Faris Audah, mempunyai kenangan tersendiri di dalam
hidup Haura’. Mujahid kecil yang memperkenalkan Haura’ tentang erti sebuah perjuangan
membebaskan bumi Palestina suatu ketika dahulu…
“Ya Allah, moga Kau lahirkan lebih banyak lagi Faris Audah untuk Deen ini.” Bisik
Haura’ di dalam hati.
***********
Faris Audah
ialah seorang remaja yang baru berumur 13 tahun yang tinggal di tengah Bandar Gaza,
di Palestin. Namanya menjadi sebutan semasa dia masih hidup lagi, apatah pula
setelah beliau kembali ke hadrat Ilahi. Ini adalah disebabkan keberanian beliau
melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa merasa takut dan gentar
walaupun hanya bersenjatakan batu-batu kecil.
Pagi-pagi
lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah untuk belajar. Selepas pulang
di waktu petang, dia akan bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk membaling
tentera-tentera Yahudi yang bersembunyi di dalam kereta perisai. Farislah yang
paling terkenal di kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya berbanding
rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa berada di depan sekali semasa
merejam batu ke arah tentera zionis itu.
Sehinggakan
pada suatu ketika fotonya dapat dirakam oleh pemberita luar negara untuk
dimuatkan dalam majalah-majalah seperti News Week, Times dan seumpamanya
dibawah tajuk Intifadhah dan sebagainya. Ia menunjukkan seorang remaja sedang
membaling batu ke arah kereta berperisai di bawah rembang senja secara berseorangan
dalam jarak yang dekat, menunjukkan keberaniannya..
Faris
sememangnya seorang yang berjiwa besar dan bersemangat waja, kerana dia selalu
mengingatkan ibu dan keluarganya bahawa Yahudi itu adalah musuh mereka dan
musuh Islam. Faris berpesan supaya mereka sekeluarga terus berjuang menentang
Zionis Israel untuk membebaskan bumi Palestin yang mereka cintai. Dia juga
mengobarkan semangat di kalangan rakan-rakannya dengan mengajak mereka supaya
terus merejami tentera Yahudi dengan batu dan supaya mereka jangan takut
walaupun ramai kalangan rakan remajanya yang tercedera ditembak tentera.
Bagi Faris,
satu-satunya cara yang ada untuk menentang Yahudi pada masa itu yang masih
digeruni tentera Yahudi itu ialah dengan menggunakan batu. Ramai tentera Yahudi
yang cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena batu berbisa
remaja-ramaja Islam dan sebagainya.
Faris pernah
kelihatan dirakam di dalam lensa kamera seorang wartawan sedang mengejar seorang
tentera Yahudi yang lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu. Faris
mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan membalingi tentera itu
sekali, tentera itu lari. Dia pula yang mengejar dan
berjaya mengenai sasarannya. Biasanya apabila ada rakannya yg tertembak dan
luka, Faris dan rakannya akan mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa
tersedia menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan seperti itu
biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera ringan dan pulih semula.
Pada suatu
hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari rumahnya tanpa memberitahu
ibunya. Dia terus mencari beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk membalingi
tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari itu dia kurang bernasib baik
kerana setelah melontar beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di
dadanya. Rakan-rakannya tidak menyedari dengan segera saat
tumbangnya Faris ke bumi. Setelah disedari beberapa ketika, mereka mendapati
Faris terbaring di tanah dan cuba menyedarkannya. Ternyata dia terlalu lemah
dan hampir pengsan dengan darah mengalir keluar dari tempat lukanya di dada.
Mereka terus berlari mengusungnya dan mengejarkannya ke ambulan terdekat.
Sampai di hospital, dia telah disahkan mati kerana peluru itu menembusi jantungnya,
organ yang paling kritikal di badan manusia..
Sementara
itu ibu Faris mencarinya di bilik dan mendapatinya hilang. Beliau risau kerana
Faris tidak makan dan pergi tanpa memberitahunya ke mana tujuan. Setelah resah
menanti kepulangan anaknya sekian lama, beliau di datangi rakan anaknya dan
diberitahu apa yang terjadi. Betapa hancur luluh hati ibu Faris bila mengetahui
Faris telah syahid dan pulang rahmatullah. Beliau terkilan kerana Faris tak
sempat berjumpa dengannya hari minggu itu dan memberikan pelukan dan kata-kata
terakhir. Walaupun begitu beliau redha dengan kehendak Allah. Airmata sahaja
yang menjadi penawar lukanya. Faris meninggalkan ibu dan adik lelakinya buat selama-lamanya.
Beliau mengikut jejak ayahnya yang telah juga pergi selamanya menemui Ilahi.
Pada petang
itu, jalanraya di Gaza menyaksikan beratus-ratus orang lelaki Palestin yang
mengiringi jenazah seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke tanah
perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana Faris ialah seorang yang
syahid. Sehelai kain putih biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan kerdil
itu. Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan luarbiasa berbanding remaja
mahupun orang dewasa lain yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya
seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab apabila menghadapi
musuh Allah. Semua orang kenal apabila di sebut nama Faris, remaja yang tidak
tahu takut pada Zionis itu. Semoga Allah menerimanya sebagai seorang syuhada' yang
sejati.
Selepas kejadian
sedih itu, ibu Faris sering ke sekolah anaknya untuk bertemu dangan
rakan-rakannya. Rakan-rakan Faris semua tidak dapat melupakannya sehinggakan
mereka masih mengosongkan tempat duduk Faris di di dalam kelas. Ibu Faris
terhibur juga apabila dapat bertemu dan berbual dengan rakan-rakan anak
kesayangannya itu.
Itulah kisah
Faris, suatu kisah benar seorang remaja yg dirakam di dalam vcd Anak-Anak
Palestin Pengukir Sejarah (dengan darah). Itu adalah sumbangan Faris untuk
Islam dan pembebasan Palestin. Apakah sumbangan kita pula. Marilah kita berazam
untuk membantu mereka sedaya yang mampu kerana Palestin adalah kiblat kita yang
pertama dan Allah sememangnya menyuruh kita membela dan memeliharanya dari
tangan zionis dan kafirun sehingga hari kiamat. Siapa yang berjaya memiliki
tanah mulia itu, merekalah yang akan menguasai dunia. Apakah kita tidak mahu
Islam terus memiliki tanah suci itu demi menguasai dunia dan mengimarahkan
dunia dengan Deen Allah, Al-Islam?
0 comments:
Post a Comment