(gambar hiasan)
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah kita bahawa
Nabi Muhammad saw memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan
‘Mueeza’.
Setiap kali Rasulullah saw menerima tetamu di rumah, Baginda selalu
mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza
yang paling Rasulullah saw suka ialah Mueeza selalu mengiau sewaktu mendengar
azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah saw hendak mengambil
jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda.
Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah saw pun
memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya
tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala
kepada tuannya. Rasulullah saw menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap
lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk
berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Abu Qatadah Ra.
berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia
adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).”
[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Rasulullah saw juga berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan
sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar
As-Shiddiq, isteri Rasulullah saw juga amat menyayangi kucing dan berasa amat
kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi
turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu
Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara
berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah berat, dalam
sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak
pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari
makan sendiri, Nabi saw pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah
seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Seorang
wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu
masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya
makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya
mencari makan dari serangga-serangga tanah.” [Hadis Riwayat Muslim r.a.]
0 comments:
Post a Comment