Saturday 23 February 2013

Cintakan Dunia Dan Takutkan Mati



Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.

Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..

“Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di atas bumi kamu..”
~ As-Syahid al-Imam Hassan Al- Banna ~



Thursday 21 February 2013

Rintihan Anak Soleh



Wahai ayah dan ibu,
Dengarlah rintihan anakmu,
Pimpinlah diriku ini,
Di jalan penuh berduri,

Berilah ilmu mengenal Tuhan,
Pencipta diri ini,
Selamatkan dari tipuan dunia,
Menuju alam yang abadi,

Ilmu akhirat wajib dipelajari,
Bekalan untuk bertemu IIlahi,
Ilmu duniawi boleh dicari,
Panduan hidup untuk berbakti,

Ayah dan Ibu,
Inilah Impianku,
Ingin menjadi anak yang soleh,
Menolong ayah membantu ibu,
terus berbakti di negeri abadi,

Oh Tuhan beri kekuatan iman,
Kepada kedua ayah dan ibuku,
Kau ampunkan segala kelemahan,
Sentiasa dalam bimbingan MU,

Setiap detik, setiap saat,
Berada dalam redhaMu,
Jalan yang lurus ditunjuki,
Tuhan jadi sahabat sejati...


Tuesday 19 February 2013

Selawat Buat Muhammad



Pada satu malam, seorang lelaki bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya.
Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?"
Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". 

Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?"
Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." 

Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya.
Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari.
Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

"Orang yang paling berhak dapat syafaatku di hari kiamat nanti adalah yang paling banyak selawat kepadaku.." (HR Tirmidzi)

-Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)-

Monday 18 February 2013

Aturan Tuhan



Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, 
Dia beri aku kaktus berduri.. 
Aku minta kupu- kupu, 
Dia beri aku ulat berbulu.. 
Aku sedih dan kecewa.. 


Namun kemudian, 

Kaktus itu berbunga, indah sekali.. 
Dan ulat itu pun menjadi kupu- kupu yang cantik sekali.. 

Itulah JALAN TUHAN, 

Indah pada masa-Nya.. 

Adakala Allah S.W.T tidak beri apa yang kita harapkan, 

Tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.. 

Kadangkala kita sedih, terluka dan kecewa.. 
Namun jauh di atas segalanya, 

Dia telah mengatur yang terbaik 
dalam kehidupan kita...


Tuesday 12 February 2013

Hidangan Isteri


Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam...

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?” 

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan.~

Saturday 2 February 2013

Adik Soleh



"Adik, nak jadi lelaki soleh tak?"

"Nak, tapi susah kak.."

"Susah ke?" 

"Adik tahu tak, dengan menangis je adik boleh jadi lelaki soleh.."

"Dengan marah pun, adik boleh jadi lelaki soleh.." (Senyum)
                                                                                                              
……………………….

Lelaki soleh,
Bicaranya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh,
Marahnya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh,
Gelak tawanya hanya kerana Allah.

Lelaki soleh tidak akan sesekali mempertikai apa yang berlaku,
Walaupun yang dihadapi sepahit hempedu.

Lelaki soleh tidak akan sesekali mempamerkan kekecewaan,
Walaupun yang dialaminya itu suatu 'kesakitan' yang dahsyat.

Lelaki soleh hanya tahu berwajah tenang,
Di saat diri dihimpit kezaliman.

Lelaki soleh hanya tahu tersenyum,
Di saat diri dianiaya manusia.

Kesukaran yang datang,
Diucapnya sabar.

Kepayahan yang datang,
Dilaluinya dengan redha.

Ketika didatangkan ujian,
Dilafaznya syukur.

Ketika dirinya tidak lagi mampu bertahan,
Dihadirkan dalam hatinya Tuhan.

Setiap saat,
Penemannya Allah.

Setiap detik,
Yang dirindunya Allah.

Setiap waktu,
Hanya untuk Allah.

Yang dicari,
Hanya CINTA ALLAH.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan"[al-Nahl : 97].

.....................

sincerely : your kakak fillah.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...