Friday 23 September 2016

Bonda Ulama


Assalam. Saya berpeluang belajar disebuah sekolah dikuala lumpur sekitar tahun 72-74.bersama dgn Khadijah Din adik kepada Dr. Harun Din.sekarang ni kami masih bersama dlm gp. sekolah.

Seorg kawan bertanya jah bagaimanakah emak jah mendidik anak2 dia yg 10 org hingga menjadi begitu soleh n solehah.rasanya kisah ni sgt baik utk kita jadikan contoh tauladan.

[22/09 2:46 pm] Wlong Soot:

Maaf Salmi dn kwn2..ok dsini Jah nk kongsikn sikit..muga ada baiknya bgi kita..ibu.istri dn muslimh yg cintakn kebenaran.            mak jah tak sekolah  tinggi..khwin dgn ayah jah d usia 19 th..ayah miskin..kerja buat bendang sawah padi.mndi jenazah..rawat org sakit cara tradisional..( dato haron din sorang dpt ilmu perawatn islam ).. buat kelas fardhu ain.tukang rumh dn  ngajar ngaji ank2 d kg..ramai ank murid .mak jah sama juga..miskin..bntu ayah kerjakn bendang.tak bnyk pun..ambik uph tanam dn kerat padi..buat kuih jual dkg .bntu ayah.ajar ngaji .

Yapi syukur mak sgt2 ushakn jdi istri solehah..taat pd ayah..tak prnh tinggi suara..senyum je..ayah tegas  sgt2..hal solat..ngaji quran..hafaz juz amma..jaga akhlaq dn jaga prgauln dgn lelaki.klu ayah marah pd kami..emaklh akn  counter..bgi nasiht..peluk kami dn cerita kebaikn2 ayah..pesan jgn nakal dn jgn  buat salah lgi..Allah...suruh cpt2 pi minta maaf..salam cium tgn ayah.mak tak pernah tinggi suara atau marah ank2..sgt2 baik dn lemh lembut.mak sgt2 pandai ambik hati ayah.jah selalu tengok mak salam ayah lamaa. cium tgn dn bnyk brselawat.masak masakn kegemarn ayah..hidg..teman mkn sama ayah..tunduk malu dn takut..lembut suara mak sembg dgn ayah..mcm almarhum abg jah ..lunak mcm tu..

kerja mak hari2 mengaji quran..tiap lps solat. dia dh istiqamah bnyk tahun sblum meninggal..lps solat dhuha ngaji lgi.sblum tidur. smntara tunggu ayah tiba dari masjid..ngaji quran lgi.hingga hari akhir  hayatnya..17 ramdhn..sdg ngaji. ajak jah awal k masjid..sbb nk ngaji d masjid.lps brbuka sikit..solat mghrib..dn tak mau mkn apa2. sbb nk sambung ngaji lgi...Allah..rupanya dia dh brsedia utk menemui Tuhan . cinta agungnya..sujud akhir solat witir 1 rakaat lps terawikh..mak terus hembuskn nafas trakhir..jah sblh mak.. sgra habiskn solat..mufaraqah..dn angkt kpala mak k ats riba jah ..sambil senyum mak ucap ..laila ha illallah...peluh sejuk basahi dahi ..mata pejam serapatnya...inna lilla hi wa inna ilaihiraajiuun....

bygkn mcmana perasaan jah waktu tu..air mata ..basah.. terus jerit abg jah.ustaz ishak din yg jdi imam solat terawikh masa tu. mak pergi..dlm wudhuk..sdg sujud..mengadp kiblat..perut kosong..hanya minum 1 gelas air kosong dn 1 kurma.. mlm jumaat 17 ramdhn.terima kasih  ya Allah.


 Ambik iktibar utk jd isteri & ibu yg solehah... Darinya lahirlah para ulama..T-T


Wednesday 29 June 2016

Kerana Allah



Wajahnya murung. Muram sekali. Dari raut wajahnya sahaja cukup menjadi pembayang derita jiwa yang sedang dihadapinya. Masjid ketika itu lengang. Hanya saya dan dia. Sepi...jam ketika itu menunjukkan pukul 10.15 pagi. Perlahan-lahan saya dekati lelaki yang agak saya berumur awal 50’an itu.

“Mengapa?”tanya saya pendek, selepas memberi salam.
Dia merenung wajah saya. Perlahan-lahan genggaman tangannya waktu kami bersalaman tadi dilepaskannya.
“Semuanya tidak berjalan seperti mana yang saya inginkan...”keluhnya.

“Kita hanya hamba...” pujuk saya sambil memegang bahunya.
Hasrat untuk membaca Quran usai solat Duha itu saya tangguhkan. Telah ditakdirkan bertemu dengannya. Tentu ada hikmahnya. Ini mengingatkan kesah Ibnu Abbas dengan seorang pemuda yang murung ketika dia beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Begini kisahnya:

Dari Ibnu Abbas RA, bahawa suatu ketika dia beriktikaf di masjid Rasulullah SAW. lalu seseorang datang dan memberi salam kepadanya, kemudian duduk. Ibnu Abbas RA berkata kepadanya, "Hai polan, aku melihat mu dalam keadaan gelisah dan sedih. " Dia berkata, "benar, wahai putera bapa saudara Rasulullah. Aku mempunyai tanggungan hutang kepada seseorang. Demi kemuliaan penghuni kubur ini (maksudnya kubur Rasulullah SAW), aku tidak sanggup melunasinya."

Ibnu Abbas RA berkata, "bolehkan aku berbicara kepadanya mengenai mu?". Dia menjawab, "Silakan, jika menurut mu itu hal yang baik.". Maka Ibnu Abbas RA memakai kasutnya kemudian keluar dari Masjid Nabawi. Orang itu berkata, "Apakah engkau lupa yang sedang engkau lakukan (yakni beriktikaf)?".

Ibnu Abbas r.a. menjawab, "Tidak, tetapi sesungguhnya aku telah mendengar penghuni kubur ini (menunjukkan maqam Rasulullah SAW) yang dalam waktu yang belum lama, (seraya keluarlah air mata dari kedua matanya), telah bersabda, "barang siapa berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya dan berusaha sungguh-sungguh di dalamnya, maka hal ini lebih utama baginya daripada 10 tahun beriktikaf. Dan barang siapa yang beriktikaf satu hari karena mengharapkan reda Allah, maka Allah SWT. akan menjauhkan antara dia dengan neraka sejauh tiga buah parit, yang jarak antara sebuah parit lebih jauh daripada langit dan bumi."

Saya bukan Ibnu Abbas, jauh sekali. Namun peluang untuk meneladani sentiasa ada. Lalu saya tekad, saya akan korbankan sedikit masa untuk berbual-bual dengannya. Mana tahu, mungkin usaha kecil ini dapat meraih reda Allah.

“Semua orang tidak menyayangi saya. Anak-anak meninggalkan saya. Perniagaan saya merudum. Dan paling menyedihkan isteri yang menjadi teman setia saya selama ini turut berpaling. Apa salah saya tuan, hingga Tuhan menghukum saya begini?”
Saya diam bercampur malu. Malu dipanggil dengan panggilan tuan.

“Panggil saya abang. Itu lebih mesra. Usia saya 55 tahun. InsyaAllah saya lebih tua daripada saudara,” ujar saya.
Dia menganggukkan kepala. Saya menyambung, “mungkin tidak bersalah dengan manusia, tetapi pasti ada salah kita dengan Allah.”

“Apa dosa saya?Saya tidak minum arak. Saya tidak berzina...”
Saya senyum. Teringat ungkapan ahli-ahli sufi yang pernah saya tekuni dahulu, “rasa tidak berdosa itu sudah cukup dikira sebagai dosa.” Justeru betapa Rasulullah SAW yang tidak pernah berdosa tetapi sentiasa mengekalkan rasa berdosa sehingga baginda bertaubat tidak kurang 70 kali sehari. Ya, rasa tidak berdosa itu satu dosa.

“Bagaimana solat kita? Bagaimana hubungan kita dengan Al Quran?” tanya saya mengajak dirinya bermuhasabah.
Lelaki itu terdiam.
“Memang kita tidak berjudi, tidak berzina, tidak minum arak...tetapi bagaimana soal solat dan Quran kita? Bagaimanakah pula dengan amalan-amalan hati kita dengan Allah?”

“Amalan-amalan hati?”
“Ya, sabarkah kita dengan ujian? Syukurkah kita dengan nikmat.? Qanaah kita dengan rezeki? Begitu juga taubat kita dari dosa, takut kita kepada azabNya, harap kita kepada keampunanNya, malu kita dengan kurnianNya. ‘Haibah’ kita dengan kebesaranNya. Ikhlas, taqwa, sangka baik dengan Allah... itulah amalan-amalan hati. ”

“Saya akui... solat saya culas. Kadang solat, kadang tidak. Quran? Hampir tidak pernah saya membacanya...kecualilah membaca Yasin jika ada kematian saudara atau teman terdekat. Amalan-amalan hati? Baru sekarang saya mendengarnya. Apa itu amalan hati?”

Terasa ingin saya sampaikan kepadanya kata-kata Imam Nawawi RHM tentang amalan hati. Imam Nawawi berkata, “dalam hadis terdapat (anjuran) yang kuat untuk (selalu) mengusahakan perbaikan (amalan) hati dan menjaganya daripada kerosakan (keburukan).”

Juga saya teringat kata-kata imam Ibnul Qayyim: “Ketahuilah, sesungguhnya seorang hamba hanyalah mampu melalui tahapan-tahapan perjalanan menuju keredaan Allah dengan hati dan keinginan yang kuat, bukan (cuma sekadar) dengan (perbuatan) anggota badannya. Dan takwa yang hakiki adalah takwa (dalam) hati dan bukan takwa (pada) anggota badan (saja). Allah berfirman, “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”

Dengan perlahan-lahan, saya ambil posisi duduk di sebelahnya. Lalu saya sampaikan kata-kata dua orang imam tadi dengan bahasa sendiri. Bukan hanya untuk dirinya tetapi untuk diri saya juga. Betapa saya juga sering tersasar dalam amalan-amalan hati. Apabila diuji Allah dengan sakit, jiwa masih memberontak. Hati masih belum mampu bersangka baik dengan apa yang ditentukan Allah. Jiwa masih tega bertanya kenapa, mengapa, terhadap takdir yang berlaku dalam hidup ini.

“Selalu datang ke rumah Allah ini?” tanya saya. Sengaja saya tukar kalimah ‘masjid’ dengan ‘rumah Allah’ agar lebih dekat di hati.
“Jarang... inilah sekali.”
“Mengapa baru sekarang?” tanya saya terus terang.
“Susah hati. Terlalu susah. Tidak ada tempat lagi nak mengadu. Ibu-bapa sudah tiada. Isteri sudah meninggalkan saya...hanya kepada Allah saya mengadu.”

“Alhamdulillah, saudara sudah menyahut panggilan Allah.”
“Panggilan Allah? Saya dipanggil Allah?”
“Ya, sebab itu saudara datang ke rumahNya ini.”
“Saya tidak faham...” akuinya terus terang.

“Allah memanggil saudara melalui ujian-ujianNya. Allah memanggil saudara dengan mentakdirkan segala kesayangan saudara meninggalkan saudara...dan akhirnya bila segala-galanya mengecewakan saudara kembali kepadaNya. Kembali datang ke rumahNya ini.”

“Mungkin selama ini saya telah melupakan Tuhan...”
“Tetapi Tuhan tidak pernah melupakan saudara. Sebab itu Allah datangkan ujian-ujianNya untuk saudara kembali mengingatiNya. Allah memanggil saudara agar kembali kepadaNya dengan memutuskan harapan saudara kepada makhlukNya.”

“Ya, Allah tidak pernah mengecewakan. Dia tetap hampir walaupun ketika segala dan semuanya telah meminggir. Saya silap selama ini,”akuinya.

Dia menangis. Benar-benar menangis. Tersedu-sedu. Saya yang berada di sisinya tidak dapat menahan air mata. Dia dan saya serupa. Kami sama-sama insan diuji. Cuma bentuk ujian mungkin tidak sama.

“Mengapa saya tidak disayangi?” tanyanya tiba-tiba.
“Sebab saudara tidak menyayangi.”
“Tidak. Itu tidak benar. Saya benar-benar menyayangi isteri dan anak-anak saya. Saya telah berusaha dan berbuat apa sahaja untuk kebahagiaan mereka.”

Saya menganggukkan kepala. Saya pun yakin dia benar-benar menyayangi keluarganya. Saya hanya menjolok reaksinya.
“Maaf, saya yakin saudara benar-benar menyayangi. Tetapi mungkin sahaja saudara tidak menyayangi dengan cara yang benar...”

“Maksud abang?”
”Tak cukup dengan benar-benar menyayangi, tetapi mesti menyayangi dengan cara yang benar, “ ulang saya.
“Bagaimana?”
“Sayangilah keluarga kita kerana Allah.”
“Maksudnya?”

“Dengan membawa mereka untuk sama-sama mentaati Allah. Agar dengan itu selamatlah mereka daripada api neraka. Allah mengingatkan, “selamatkan diri mu dan keluarga mu dari api neraka,” jelas saya.

Dia diam. Diam yang panjang.
“Kita ingin mereka hidup selesa di dunia dengan cukup makan-minum, pakaian, kesihatan, mendapat ilmu, kasih-sayang dan lain-lain. Tetapi itu tidak cukup... kita perlu berusaha untuk mereka mendapat keselesaan hidup di akhirat. Malah itu lebih penting. Sebab kehidupan di akhirat lebih baik dan lebih kekal.”
“Benar-benar saya tidak pernah terfikir tentang ini...”

“Mengapa manusia sering mengecewakan?”
“...Kerana kasih-sayang manusia ada batasan,” jawab saya, “tapi kasih sayang Allah tidak terbatas.”
“...Kerana manusia itu makhluk, makhluk boleh berubah. Yang tidak berubah hanya Allah.”
“Habis, apa yang perlu saya buat sekarang?”
“Sayangi diri dahulu sebelum menyayangi orang lain. Jangan terus-terusan bermuram durja begini. Jangan musnahkan diri dengan rasa putus asa dan kecewa. Bangunlah daripada kegagalan ini.”

“Bagaimanakah caranya untuk menyayangi diri?”
“Dengan terlebih dahulu menyayangi Allah!”
Sebenarnya, saya penat juga ditanya bertubi-tubi begitu. Bukan semua soalan mampu saya tangani dengan tepat dan betul. Namun, atas niat untuk membantu, saya gagahi juga. Ini hari dia. Mana tahu hari lain, hari saya pula diuji. Semoga nasihat yang pernah saya berikan kepadanya akan saya gunakan buat diri sendiri apabila saya diuji nanti.

“Sayangi Allah dengan mentaati perintah dan meninggalkan laranganNya. Dan itulah juga jalannya untuk menyayangi diri sendiri. Setiap yang diperintah Allah ada kebaikan buat diri. Setiap yang dilarang Allah, akan menyelamatkan kita daripada bencana. Bencana dunia dan bencana akhirat.”

Dia tekun mendengar.
“Itulah caranya kita menyayangi diri sendiri kerana Allah,” tegas saya.
“Saya sudah tersilap selama ini...” katanya perlahan.
“Siapa pun pernah tersilap. Masih ada kesempatan membetulkannya...”

“InsyaAllah, saya akan berusaha sedaya upaya menyayangi diri saya kerana Allah. Mengenai isteri dan anak-anak saya biarlah dulu... Allah lebih mengetahui,”katanya sambil mengusap-usap mukanya.

“InsyaAllah, yakinlah, apabila kita mula menyayangi Allah, kemudian kita menyayangi diri kita...barulah kita mampu menyayangi orang lain. Dan setelah kita menyayangi orang lain, barulah kita akan disayangi oleh mereka.”

“Ada harapan isteri dan anak-anak saya kembali kepada saya semula?”
“InsyaAllah, dengan syarat kita dulu kembali kepada Allah. Hati-hati mereka semuanya berada dalam genggaman Allah. Allah mampu membuat mereka insaf dan kembali menyayangi saudara. Yakinlah,”kata saya memberi harapan. Dalam n. hati saya berdoa agar semua itu menjadi kenyataan.

“Jika mereka tidak kembali?”
“Percayalah Allah akan memberi gantian yang lebih baik untuk mendampingi hamba kesayangannya. Allah akan mengurniakan hamba yang disayangiNya buat menemani hamba yang menyayanginya!”

Dalam hati saya terdetik maksud doa ketika ditimpa musibah:” Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibah ku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.”

Mata kami berdua mula berkaca semula. Kesedihan. Namun penuh harapan. Penuh keazaman. Jam menunjukkan 11.45 pagi. Hampir tengah hari. Teringat semula kerja-kerja yang perlu saya selesaikan pada hari itu.

Saya mohon bergerak. Kami bersalaman. Berpelukan. Kali ini salam dan pelukan kami lebih padat dan erat. Seolah-olah saling tidak mahu melepaskan. Mudah-mudahan ukhwah ini kerana Allah. Amin.


-Ustaz Pahrol-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...