Tuesday 27 December 2011

Ayat-Ayat Cinta


Salam ukhuwah dan salam sejahtera.
Semoga kalian sentiasa dalam iman dan takwa.

Sahabatku yang dimuliakan...
Bersabarlah kerana kesabaranmu membawa kau dekat dengan Tuhanmu.
Bertakwalah kepada Allah, kerana takwamu akan membawamu menjadi insan yang mulia disisi-Nya.
Bertawakkallah kerana tawakkal seorang hamba merupakan ikatan bersama Rabbnya.
Bersyukurlah kerana sifat syukur tanda kau menghargai nikmat-nikmat yang banyak yang telah kau terima.
Redhalah diatas Qadha' dan Qadar Allah tanda dirimu berbaik sangka dengan-Nya dan yakin diatas ketentuan-Nya.
Ikhlaskan hatimu kerana keikhlasan membawa nilai dalam semua amalanmu.
Khusyukan hatimu ketika solat kerana kekusyukan akan membawa erti dalam solatmu.
Berwaspadalah dalam semua perkara nescaya kau akan terhindar dari tipu daya .

Sahabat yang dirahmati Allah....
Bila kau takut kepada Allah kau akan menjadi orang yang paling alim
Bila kau yakin diri sendiri kau akan menjadi orang paling kaya
Bila kau mengasihi manusia seperti kasih diri sendiri kau akan menjadi orang paling adil.
Ingatlah! Orang yang paling baik adalah orang yang berguna kepada masyarakat.
Bila kau ingin menjadi orang yang paling istimewa banyakkan zikrullah.
Bila kau ingin memiliki kesempurnaan iman maka perelokkan akhlakmu
Bila kau ingin menjadi insan bersifat muhsinin maka kau beribadahlah seolah-olah kau lihat Allah, jika tak merasa ingatlah Allah melihat kamu.
Bila kau ingin termasuk pada golongan yang taat maka laksanakan semua yang fardu.

Sahabat yang dimuliakan
Jika kau ingin berjumpa Allah dengan tiada dosa dihari akhirat nanti bersihkan diri dari dosa.
Jika kau inginkan mendapat cahaya dihari akhirat maka janganlah menzalimi orang lain.
Jika kau ingin dikasihi Allah di hari qiyamat kasih diri sendiri dan kasihilah orang lain.
Jika kau ingin dihapuskan segala dosa-dosamu maka banyakkan beristighfar.
Jika kau ingin menjadi semulia-mulia manusia maka janganlah sangka buruk pada orang lain.
Jika kau ingin menjadi orang yang paling gagah sentiasalah bertawakkal dan serah diri kepada Allah.
Jika kau ingin rezeki sentiasa murah dan kau akan memilikinya maka sentiasa bersih dari hadas dan hubungkan silaturahim.
Jika kau ingin termasuk golongan di kasihi Allah dan Rasul maka cintailah semua yang di sukai Allah dan Rasul.
Jika kau ingin terselamat dari kemurkaan Allah di hari qiyamat maka janganlah kau marah pada orang lain.
Jika kau inginkan do'amu diterima Allah maka jauhilah makanan yang haram masuk dalam perutmu
Jika kau inginkan keaibanmu ditutup di hari qiyamat maka tutuplah keaiban orang lain.
Jika kau ingin terselamat dari dosa maka alirkanlah air matamu tanda penyesalan, tunduk pada Allah dan bersabarlah ketika di timpa kesakitan.

Ingatlah! Sebesar-besar kebaikan disisi Allah apabila kau elokkan budi pekertimu, rendahkan dirimu dan bersabar dengan ujian.
Ingatlah! Sebesar-besar kejahatan disisi Allah adalah buruk akhlak dan sedikit ketaatan maka kau jauhkanlah dirimu dari sifat ini.
Jika kau ingin meredakan kemurkaan Allah dunia dan akhirat maka hulurkanlah sedekah secara senyap dan hubungkan kasih sayang kerana Allah.
Ingatlah! Jalan yang boleh memadamkan api Neraka adalah sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Sahabat yang dikasihi Allah....
Bersihkanlah hatimu dari syirik, iri hati, riak, sombong dan takabur.
Kerana sifat-sifat ini menghapuskan amalanmu.
Tuluskanlah hatimu bila kau terima sesiapa saja menjadi teman hidupmu
kerana ketulusan itu membawa kebahagiaan. Cintailah ia semata-mata kerana Allah.
Janganlah pemilihanmu kerana dunia dan nafsu, nescaya ianya tak akan kekal.
Hubungkanlah hatimu dengan Allah nescaya kau akan terpelihara dari perasaan kecewa, trauma, fobia, putus asa dan resah gelisah.

Yakinlah apa yang Allah takdirkan padamu itu ada hikmah yang banyak dan tanda Allah kasih padamu.

Yakinlah janji Allah... bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat nanti.


Monday 26 December 2011

Kenapa Harus Wanita Solehah?



Bismillah..

Terkadang orang heran dan bertanya, kenapa harus mereka?

Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..


Aku menjawab.. Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..

Ada juga yang bertanya, mengapa harus mereka?

Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…

Aku menjawab.. Tahukah kalian.. bahawa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalis untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah keperibadian mereka.. Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahawa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..

Sering juga kudengar.. Mengapa harus mereka?

Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis? bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?

Aku menjawab..

Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, kerana ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah menghantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.

Namun, ada satu hal yang membezakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang suci untuk-Nya.. Mereka mencintaimu kerana-Nya, berkorban untukmu kerana-Nya, memberikan segenap kasihnya padamu juga kerana-Nya… Itulah yang membezakan mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berfikir, bahawa mencintaimu kerana fisikmu, mencintaimu kerana kekayaanmu, mencintaimu kerana keturunan keluargamu.. Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya kerana-Nya..

Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeza… Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata syurga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia..

Sering juga banyak yang bertanya.. mengapa harus mereka?

Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an berbanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebahzgian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, berbanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita moden?

Aku menjawab..

Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski wang  tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, kerana dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebahagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak berbanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majlis-majlis ilmu, terbiasa dengan rumah-Nya.

Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… Mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sedar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?

Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahawa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak cepat menyerah jika harus terbentur dengan keadaan akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah kenescayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.

Dan sering sekali, orang tak puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?

Pada akhirnya, akupun menjawab…

Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau fahami sebelum kamu menjadi lelaki yang soleh seperti mereka..

Yang pandangannya terjaga.. yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…

Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari syurga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak bererti di mata-Nya… Allah menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni syurga… Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah.. sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan..

Allah mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki soleh penghulu syurga…

Seberat itukah?


Ya… Takkan mudah.. sebab syurga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…

Sunday 25 December 2011

Mencari Makna Solehah



Solehah
Terdidik untuk mendidik..

Terlahirnya solehah
Untuk memberi bukan untuk menerima..

Ilmu yang ada pada seorang solehah
Untuk perjuangan seluruh generasi..

Inspirasi solehah mencetus kekuatan abadi..

Kehidupan seorang solehah
Hanya untuk Yang Maha Kuasa..

Kemanisan diwajah
Untuk yang sentiasa menyayangi..

Kelembutan diselangi dengan iman..
Solehah perlu dicari
Dan solehah tidak datang sendiri..

Kedatangan solehah dinanti
Untuk membawa lembaran suci
Dan kita wanita biasa harus menjejaki..

“Ya Allah, jadikanlah daku anak yang solehah,
wanita solehah dan bakal isteri yang solehah…”


Saturday 24 December 2011

Mengenangmu Fatimah


Siapalah aku berbanding dirimu....
Tumbuh membesar dari tangan manusia paling mulia....
Bondamu tidak meninggalkan harta, 
tapi khazanah peribadi yang sentiasa disebut-sebut sang nabi, ayahandamu nan tercinta....
Kerana itu, dirimu dan bondamu...
tergolong antara empat srikandi pilihan Yang Maha Esa...

Siapalah aku berbanding dirimu....
Maharmu bukan dari wang berjuta....
Cukup nilaian sebatang perisai sebagai penyatu cinta....
Episod rumahtanggamu masyhur bahagia...
Bukan kerana harta, tapi kaya jiwa....
Kau meniup obor semangat perjuangan...
Merawat luka ayahanda dan suami di medan peperangan...

Siapalah aku berbanding dirimu...
Ketaatan tidak berbelah bahagi kepada suami, 
kesungguhan mengurus rumah sebagai suri,
Mendidik generasimu menyintai ukhrawi...
melebihi dunia dan segala isinya...
Walau kerana semua itu..tubuhmu letih dan lesu....
tidak pernah mengganggumu mengabdi diri 
kepada Yang Satu....

Sungguh...siapalah aku berbanding dirimu...
Fatimah bintu Rasulillah...
menyusuri kisahmu, dan aku takjub
atas takdirNya, 
kau teguk kepahitan di dunia ini....
untuk kemanisan abadi di akhirat nanti....
Aku tahu, sungguh tidak mudah 'menjadimu'
Kau suri tauladan buat aku wanita biasa....
Buat menjejak makna 'solehah' sebelum jiwa ini menuju Rabbnya.

Namun di sisi lain...
tenggelam dalam ceritamu, menjadikan mataku basah
“Syurga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”

Wednesday 21 December 2011

Ketabahan Zainab Al-Ghazali


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.” Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

“Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,
“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Saturday 17 December 2011

Resonan Hati


Apakah itu Resonan?

Resonan adalah satu proses getaran yang berlaku disebabkan getaran (tenaga) benda lain. Ertinya,jika kita menggetarkan suatu benda, lantas ada benda lain yang ikut bergetar, maka dikatakan benda lain tersebut terkena resonansi getaran (tenaga) frekuensi tabi`i. Dalam erti kata mudah, getaran yang terhasil daripada suatu benda akan menyebabkan benda disekelilingnya turut bergetar namun frekuensi getaran itu mestilah sepadan dengan benda disekitarnya. Ini kerana jika terlalu rendah ia tidak akan memberi kesan dan jika ia terlalu tinggi ia akan memusnahkan.

Perkaitan Hati dan Resonan

Hati adalah tempat terjadinya resonansi. Hati manusia bagaikan sebuah tabung resonansi gitar. Setiap kita berfikir dan membuat sesuatu, akan terjadi getaran di hati kita. Getaran tersebut boleh jadi kasar, juga boleh jadi lembut. Bergantung bagaimana getaran itu muncul. Ketika kita gembira, hati kita bergetar. Ketika sedang bersedih, hati kita juga bergetar. Ketika marah, hati kita juga bergetar.

Sebagai contoh, kita lihat gitar akustik. Ia memiliki tabung resonansi yang lubangnya, menghadap ke arah deretan talinya. Jika tali tersebut digetarkan dengan cara dipetik, maka udara di dalam ruang resonansinya akan ikut bergetar. Inilah yang menyebabkan suara senar gitar itu terdengar keras dan merdu.Apa yang terjadi jika lubang gitar tersebut disumbat dengan kain? Maka boleh dipastikan tidak akan terjadi resonansi di dalam gitar itu. Maka, bunyi gitar pun menjadi sangat perlahan dan tidak merdu.

Secara umum getaran bagi hati ini datangnya daripada 2 sumber, Hawa Nafsu dan Getaran Ilahiah. Hawa Nafsu adalah keinginan untuk melampiaskan segala kehendak diri. Getarannya cenderung kasar dan bergelojak tidak beraturan. Dalam kajian fizik, getaran semacam ini disebut memiliki frekuensi rendah, dengan amplitud yang besar. Yang termasuk dalam getaran hawa nafsu ini diantaranya adalah kemarahan, kebencian, dendam, iri, dengki, berbohong, menipu, kesombongan dan lain sebagainya.

Sedangkan Getaran Ilahiah adalah getaran yang berkaitan dengan ketuhanan dan ia mendorong untuk mencapai tingkatan kualiti yang lebih tinggi. Getarannya cenderung lembut dan halus, dengan frekuensi getaran yang sangat tinggi dan teratur. Termasuk dalam getaran Ilahiah ini adalah membaca Al Quran. Berzikir menyebut Asmaul Husna. Sifat sabar, ikhlas, dan kepasrahan diri dalam beragama.

Hati yang baik ialah hati yang lembut dan bergetar apabila mendengar firman Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayatnya, bertambahalah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal."
(Al-Anfal:2)


Oleh itu, hati yang baik adalah hati yang lembut. Hati yang mudah bergetar. Bagaikan buluh perindu yang menghasilkan suara merdu ketika ditiup. Kenapa demikian? Kerana, hati yang lembut bagaikan sebuah tabung resonansi yang bagus. Getarannya menghasilkan frekuensi yang semakin lama semakin tinggi. Semakin lembut hati seseorang, semakin tinggi pula frekuensinya. Pada frekuensi 10 tahap 8 akan menghasilkan gelombang radio. Dan jika lebih tinggi lagi, pada frekuensi 10 tahap 14, akan menghasilkan gelombang cahaya.

Jadi, seseorang yang hatinya lembut akan bisa menghasilkan cahaya di dalam hatinya. Dan jika cahaya ini semakin terang, maka ia akan 'menerobos' keluar menggetarkan seluruh bio elektron di dalam tubuhnya untuk mengikuti frekuensi cahaya tersebut. Hasilnya, tubuhnya akan mengeluarkan cahaya persis aura yang jernih. Dan jika kelembutan hati itu semakin menguat, maka aura itu akan merembes semakin jauh mempengaruhi lingkungan sekitarnya.

Namun begitu, jika hati kita berpenyakit, dan kemudian sering mengeluarkan getaran-getaran yang kasar, maka getaran itu akan menyebabkan hati kita mengeras. Kekerasan hati kita itu akan terus meningkat, hingga dikatakan Allah seperti batu atau lebih keras lagi. Hati yang keras adalah hati yang susah untuk bergetar. Semakin lama semakin susah bergetar.

Jika ini diteruskan maka hati kita tidak mampu lagi beresonansi. Hati yang demikian adalah hati yang tidak peka tehadap lingkungannya. Maka, pada tingkatan ini hati kita seperti tertutup kerana tidak mampu lagi beresonansi dengan bergetar. Bagaikan lubang gitar yang disumbat oleh kain atau benda-benda lain. Tidak boleh menghasilkan getaran dan suara yang merdu. Dan akhirnya, kata Allah, hati yang seperti itu dikunci mati. Na'udzubillahi min dzaalik.

Antara bukti resonansi hati ini ialah, kalau kita berdekatan dengan orang-orang yang ikhlas dan penuh kesabaran, hati kita juga merasa tenteram dan damai. Sebab hati kita teresonansi oleh getaran frekuensi tinggi yang bersumber dari hati dan aura tubuhnya. Sebaliknya, kalau kita berdekatan dengan seseorang yang pemarah, maka hati kita akan ikut merasa 'panas' dan gelisah. Semua itu akibat adanya resonansi gelombang elektromagnetik yang memancar dari tubuh seseorang kepada sekitarnya.

Pernah tak sahabat2 rasa perkara ini?? Ana rasa pernah, Cuma kita tidak pernah mengambil berat perkara ini....

Kesimpulannya

Kita tahu bahawa hati yang bergetar semestinya hati yang lembut. Maka jika kita mendengar bacaan Al-Qur`an sepatutnya kita merasakan adanya getaran pada hati kita, namun jika kita tidak merasakan sesuatu pun bermakna hati kita sudah menjadi keras. Namun sahabat2, ini tidak bermakna hati yang keras itu tidak mampu bergetar, Cuma ia memerlukan segenap usaha dan kesungguhan diri kita supaya menghasilkan suatu getaran yang mampu menggetarkan hati kita yang telah keras itu. Dan yang paling utama ialah doa kita kepada Allah swt sebagai bukti kesungguhan kita mengharap kepada Allah swt dan tidak pernh putus asa dengan Rahmat-Nya.

Ini bertepatan dengan firman Allah swt :

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:53

“ Ya Allah Yang Penuh Kelembutan.. Engkau lembutkanlah hati  kami “

Friday 9 December 2011

Tangisan Muaz



Imam Abdullah bin Al Mubarak r.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid Bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz:

“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW”

Berkata rawi hadis tersebut (Khalid Bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata :“Aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku:”

“Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan di kau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.”

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu di tentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.

Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit kedua itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan amalan ini akan muka yang mengerjaknnya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang megerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti sinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan tersebut sehingga sampai pintu yaang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar(disambut) ke rumah suaminya(maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit kelima:

“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dengan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasiku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjaknannya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia berasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi ku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad, dan warak. Baginya bunyi (bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit ketujuh maka berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula seluruh anggota badannya dan tutupkanlah hatinya. Akulah malaikat zikir(maksudnya:mencari sebutan, iaitu seorang yang beramal dengan tujuan di sebut-sebut oleh orang lain.)

Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai ke Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari redha Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya di sebut di kalangan para ulama dan supaya masyur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah akan tidak menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia dan banyak berdiam (dari perkara yang tidak berguna) dan banyak zikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikat-Nya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata: “Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.”

Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah SAW ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

“Engkau adalah Rasulullah SAW sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.”

Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran (golongan ulama) dan pertanggunggungkan segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu keatas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan enagkau memuji dirimu di hadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombongkan diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada si sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat nanti.”

Allah telah berfirman: “Demi yang mencarik akan mencarikkan” (Surah Al Nazi’at, ayat 7)

“Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka mencarik itu?”

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, sebenarnya siapakah mereka?”

Lalu Nabi SAW menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”

Nabi SAW menjawab:“Itu sebenarnya mudah bagi orang dimudahkan oleh Allah”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis besar ini.”

Hadis ini riwayat Ibnul Mubarak di dalam kitab Al Zuhd dan riwayat Ibnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu’at (lihat Takhrij Al Iraqi, Ihya Ulumiddin 3/295)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...