Thursday 27 November 2014

Ada Al-Quran Menantimu



Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yang telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali. Pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya, ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan UPSR dengan wajah yang sangat ceria.

"Ummi...takutnya.", tapi bibirnya mengukir senyum. Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran. Selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis, dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas. Biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, "Kak Long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sebab umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak, "bukan 5A kan ummi.. naper nak berkad2". Respon ustazah "Kak Long, walupun adik tak dapat 5A, tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi. Ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika Kak Long. 8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama, malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar. Andai ummi tak menyanjungnya, adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya Kak Long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

"Anakanda ummi.. Setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi. Belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang, melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU.. MENGUBAT KESEDIHANMU.. MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU.. MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG.. ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI.. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping Kak Long. Namun Subhanallah.. Ada yang lebih indah dari itu. Barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak. Anakanda ummi al-hafizoh. Bangunlah sayang. Sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."

:')

-Ustazah NorHafizah-



Tuesday 11 November 2014

Peranan Isteri Terhadap Suami Mencari Nafkah



Hasan al-Bashri berkata:

“Aku datang kepada seorang pedagang kain di Makkah untuk membeli baju, lalu si pedagang mulai memuji-muji dagangannya dan bersumpah, lalu akupun meninggalkannya dan aku katakan tidaklah layak beli dari orang semacam itu, lalu akupun beli dari pedagang lain.”

Dua tahun setelah itu aku berhaji dan aku bertemu lagi dengan orang itu, tapi aku tidak lagi mendengarnya memuji-muji dagangannya dan bersumpah, Lalu aku tanya kepadanya: “Bukankah engkau orang yang dulu pernah berjumpa denganku beberapa tahun lalu?”

Ia menjawab : “Ya benar” Aku bertanya lagi: “Apa yang membuatmu berubah seperti sekarang? Aku tidak lagi melihatmu memuji-muji dagangan dan bersumpah!”

Ia pun bercerita: “Dulu aku punya isteri yang jika aku datang kepadanya dengan sedikit rezeki, dia meremehkannya dan jika aku datang dengan rezeki yang banyak dia menganggapnya sedikit. Lalu Allah mewafatkan isteriku tersebut, dan aku pun menikah lagi dengan seorang wanita. Jika aku hendak pergi ke pasar, dia memegang bajuku lalu berkata: “Wahai suamiku, bertaqwalah kepada Allah, jangan engkau beri makan aku kecuali dengan yang thayyib (halal). Jika engkau datang dengan sedikit rezeki, aku akan menganggapnya banyak, dan jika kau tidak dapat apa-apa aku akan membantumu memintal (kain).” Masya Allah, milikilah sifat Qana’ah suka menerima dan jiwa selalu merasa cukup.

Biasanya wanita (isteri) sering terjebak pada keinginannya untuk terlihat cantik dengan pakaian yang serba mahal. Janganlah menjadi jurang dosa bagi suamimu. Wanita solehah akan mendorong suaminya kepada kebaikan, ketaatan sedangkan wanita kufur akan menjadi pendorong bagi suaminya untuk berbuat dosa, kemaksiatan. Cukupkan diri dengan yang halal dan baik. Ukuran rezeki itu terletak pada keberkahannya, bukan pada jumlahnya.

[Kitab al-Mujaalasah wa Jawaahirul ‘Ilm (5/252) karya Abu Bakr Ahmad bin Marwan ].



Tuesday 4 November 2014

Rabak



Suatu perasaan yang bukan dibuat-buat
Apabila melihat kuntuman bunga segar
Tak sedar terukir satu senyuman di bibir
Senang hati melihat keagungan ciptaan Tuhan
Si cantik yang tidak pernah membantah

Bunga.


:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...