Saturday 26 October 2019

Thalibul 'Ilm



Jika memang kerana Allah maka ketahuilah menuntut ilmu itu tidak perlu buru-buru, step by step, gak ada yang mengejarmu, bahkan maut sekalipun, yang penting adalah kualitas ilmu bukan pamer ilmu sudah baca kitab ini atau itu, kalau kamu mati baru ditingkat dasar maka memang itu jatahmu yang penting kamu sudah berusaha keras, toh tujuannya Lillahi ta’ala, bukan untuk dirimu, bukan untuk dikatakan luas ilmunya, bukan untuk dikatakan ustadz, bukan juga untuk ummat, bukan untuk mengajar atau berdakwah, tapi hanya untuk Allah, maka biar Allah menentukan maqam yang terbaik untukmu. Yang penting bagimu ikhtiyar sebaiknya. Jika memang Tuhan ingin kamu sampai level muntahin maka Allah akan mudahkan dan buka sebabnya dan itu akan jadi terbaik bagimu, jika memang Tuhan ingin kamu belajar cuma sampai bidayah, maka jika kamu pintar, banyak duit, dll maka ya itu juga terbaik untukmu.

Tenang saja, kadangkala seorang thalibul ilmu tingkat bidayah bisa jauh bermanfaat untuk dirinya dan orang banyak, daripada muntahin, manfaat itu bukan dari tingginya ilmu, tapi dari keikhlasan dan taufiq dari Allah, tugasmu hanya berusaha sebaiknya diposisimu.  اعمل حتى يصدقكم الله beramalah sampai Allah memberi pengakuan padamu, baik didunia atau akhirat, itu nasihat yang sering diberikan guruku padaku, menuntut ilmu itu hanya wasilah, iya fiqh, ilmu kalam, nahwu, sharaf, uqud juman, hafal alfiyah, khatam mahaly itu semua hanya wasilah, ghayah dan tujuannya hanya ridha sang kekasih iaitu Allah…

Kredit : Fauzan Inzaghi


Tuesday 15 October 2019

Bekalan



Pada suatu ketika Imam al-Ghazali sedang menulis kitab. Pada zaman itu, orang menulis menggunakan cecair dakwat dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu kedalam dakwat baru kemudian dipakai untuk menulis, jika habis, dicelup lagi dan menulis lagi. Begitulah seterusnya.

Ditengah kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk dakwat Imam al- Ghazali. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair dakwat di mangkuk itu.

Melihat lalat yang kehausan, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum dakwatnya tanpa menghalaunya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih sayang, fikir Al-Ghazali.

Setelah Imam Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.

Al-Ghazali menjawab, "Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik".

“Gerangan apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu? Apakah itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau tulis?” tanya sahabatnya.

Al-Ghazali menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya kerana pada saat aku menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum dakwatku kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “

Dari kisah sufi tersebut memberi kita pengajaran bahwa seseorang itu masuk kedalam syurga adalah semata-mata kerana rahmat Allah. Kisah ini juga membawa hikmah bahawa tidak ada salahnya jika kita menolong makhluk Allah. Bayangkan hanya sekadar membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia bersedekah bagi sesama yang benar-benar memerlukan.

Kisah di atas juga mengajar kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan kebaikan sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, boleh jadi amalan yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru amalan tersebutlah yang akan menghantar kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga tidak tahu bahawa mungkin dosa yang dianggap kecil yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. Na’udzubillahi min zalik.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...