Wednesday 18 February 2015

Itu Adalah Allah

 


Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu,
tiba-tiba terpikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu
(QS 4:114, 2:195, 28:77)

Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa
tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA
(QS 12:86)

Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu,
tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya,
atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu.
Tidak ada yang namanya kebetulan.
 (QS 3:190-191)

Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga,
yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk kau dapatkan?
Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu
serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya.
 (QS 65:2-3)

Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit,
begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji,
Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta doamu agar kau menyedari akan keberadaan-NYA…
Kerana tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan 
(QS 47:31, 32:21)

Jika kau peka, akan sering kau sedari bahawa KASIH dan KUASA اللّه selalu ada
 di saat manusia merasa dirinya tak mampu.
Apakah kau fikir tulisan ini hanya saja saja terkirim padamu?
Tidak!!
Sekali lagi, tidak!
TIDAK ADA YANG KEBETULAN…
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN…

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu,
rasakan kehadiran-NYA, dengarkan suara-NYA yang berkata:
“Jangan khuatir... AKU di sini bersamamu.”
(QS 2:214, 2:186)


Sunday 15 February 2015

Tiga Belas Wasiat



Untuk para guru Murobbi/Murobbiah..

WASIAT PERTAMA
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua maksiat, iaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA
Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA
Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

WASIAT KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang besar.

WASIAT KELIMA
Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat doa kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

WASIAT KEENAM
Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

WASIAT KETUJUH
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN
Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat doa yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Ya Allah..! tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah.

WASIAT KESEMBLAN
Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

WASIAT KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah swt perintah kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.


Sunday 1 February 2015

Kitab Cinta



Bismillahirrahmanirrahim..

Mahukah kau ku beritahu tentang satu kitab yang isinya penuh cinta dan cerita.. Kitab itu adalah Al-Quran.

Isi dari kitab ini kemas sangat indah melebihi emas, tersusun sempurna tanpa celah tak bermakna.

Tiap huruf, tiap kata, tiap ayat & surat, semuanya sempurna. Penyair paling hebat sekalipun tak akan mampu menandinginya.

Kau bukalah kitabnya, cubalah kau cermati meski sulit untuk dimengerti, lambat laun hatimu akan mengikuti.

Akan kau temukan ketenangan di sana, dari mulai ditatap, didengar, dan dibaca semuanya menenangkanmu.

Terbukti, yang sakit sembuh seolah telah menemukan ubat, yang bingung kembali terarah kerana menemukan petunjuk.

Tak ada pertanyaan yang tak bisa dijawab oleh Al-Quran.. Kau tak percaya? Silakan periksalah!

Akhirnya akan kau dapatkan cinta dari Dia Yang Maha Cinta, dan kasih dari Dia Yang Maha Pengasih.

Kitab ini Allah turunkan kepada kekasih-Nya Muhammad sebagai bentuk cintanya untuk umat.

Allah menghadirkan kitab ini untukmu seraya agar kau tak tersesat, di dunia yang hanya sesaat.

Betapa Allah mencintaimu, Dia menurunkannya dengan harapan agar kau bisa selamat dunia akhirat.

Beliau berusaha sangat keras bukan? Demi taat, beliau laksanakan meski harus sampai menegangnya urat, beliau rela untuk umat.

Pertanyaannya.. Sudah sejauh mana kita mencintai kitab cinta ini?

Kau yang hanya tinggal membaca saja, masih berdalih dengan beribu alasan.. sesibuk itukah hidupmu?

Masihkah ingat, bagaimana kisah nabi Muhammad saat berusaha keras diperintahkan untuk membaca "IQRA’".

Bacalah walau satu ayat.. Renungkanlah makna dari tiap surat.

Dan nikmatilah cinta yang sempurna dari-Nya pada kitab ini.

Yang mengaku cinta Nabi Muhammad.. Bacalah Al-Quran, semoga kitab ini jadi syafaat di hari kiamat.

Apalagi yang kita cari dalam hidup ini, selain agar selamat dunia akhirat?

Berdoalah.. Semoga Allah redha menjadikan kita umat yang sentiasa taat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...