Monday 28 January 2013

Hati Yang Rawan



Aduhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?

Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati. Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu menghadap Tuhan Rabbul 'Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkan-NYA? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT. 

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. "Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?" Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu.. Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang SABAR.

Aduhai hati yang penuh kesedihan. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..

Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar , mengikut sunnah kekasihNya. Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti saidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak. Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih..

Sunday 27 January 2013

Hamasah As-Syabab!!



Ku kira,
Abang Palestin banyak mengajar kita.

Bermandikan darah dan peluh para Mujahid,
Abang Palestin membuka mata kita.

Logam-logam mula bergemilapan.
Bintang-bintang mula berkilauan.

Ummah kini sedang bangun,
terjaga dari lena yang fana,
kembali kepada fitrah,
kepada Hamba dan Khalifah.

Fastabiqul Khairat!

Friday 18 January 2013

Darurat Bukan Semudah Itu



Air mata saya bergenang membaca satu emel yang dikirimkan oleh pihak editorial Majalah Solusi. Baris demi baris pada emel tersebut saya amati. Setitik demi setitik air mata menitis ke pipi. Saya menangis.

Bukan terharu kerana emel yang dibaca berisi pujian dan maklum balas positif terhadap artikel saya : Darurat Bukan semudah Itu ( Artikel asal : Zuriat Berkat ) yang disiarkan di dalam majalah tersebut, akan tetapi saya menangis kerana tersentuh dengan tindakan mulia seorang wanita semata-mata untuk menjaga iman serta maruah diri dan suaminya demi melahirkan zuriat yang dikasihi.

Berikut emel yang dikirimkan :

"Saya begitu meminati ruangan Tanbih yang ditulis oleh Puan Noraslina Jusin kerana setiap artikelnya pasti memberi kesan yang tersendiri kepada pembaca.

Begitu juga dengan tulisan Puan Fatimah Syarha Mohd Noordin yang begitu saya minati hinggakan tiap-tiap patah perkataan yang ditulisnya saya cuba hayati satu persatu.

Bersyukur kepada Allah kerana insan-insan yang istimewa dan berbakat ini terus dilimpahi idea dan ilham dariNYA untuk sama-sama berkongsi dengan kami, para pembaca yang dahagakan ilmu.

Namun, isu Tanbih, bertajuk Darurat Bukan Semudah Itu tulisan Puan Noraslina benar-benar menyentap hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Pengalaman saya mendapatkan rawatan kehamilan di klinik dan hospital kerajaan sejak anak sulung hingga anak yang ketiga seolah-olah menjadi 'igauan ngeri' buat saya hingga sekarang.

Bukannya masalah masa menunggu yang lama atau layanan khidmat diberi kurang memuaskan, sebaliknya saya menerima 'sentuhan' tangan dari doktor yang berlainan jantina.

Tidak dinafikan ketika itu, saya masih berada dalam keadaan yang jahil berpegang kepada konsep 'darurat'. Jadi saya menyimpulkan tidak mengapa mendapatkan rawatan doktor lelaki sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, ada juga rakan yang bertuah kerana mendapat 'sentuhan' doktor muslimah sepanjang kehamilan dan proses bersalin berlaku di hospital kerajaan. Syukurlah.

Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran.

Walau ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce berlaku.

Malah, ketika dalam labour room pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!.

Semoga Allah mengampuni dosa saya dan suami ketika itu kerana tidak berusaha mendapatkan rawatan dari doktor muslimah di hospital swasta.

Namun, ketika mengandungkan anak yang keempat tahun lepas, saya berazam untuk tidak membenarkan diri disentuh doktor lelaki sepanjang kehamilan.

Harapan saya itu disuarakan kepada suami dan Alhamdulillah suami sangat memahami rasional di sebalik permintaan saya itu.

Ujian Allah datang lagi. Ketika memasuki trimester ketiga kehamilan, perniagaan saya dan suami benar-benar merosot dan kami menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Saya agak buntu, kerana hasrat di hati ingin bersalin dengan mendapat rawatan dari doktor muslimah, tetapi caj di hospital swasta agak mahal.

Sedangkan jika bersalin di hospital kerajaan, bayaran yang dikenakan sangat berpatutan, namun kita tidak boleh memilih doktor.

Akhirnya, saya menggadaikan gelang tangan, satu-satunya emas kesayangan milik saya, dengan harapan dapat bersalin di hospital swasta dengan berbidankan seorang doktor muslimah.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan seorang puteri dengan mudah, ditemani suami yang tidak putus-putus memberi semangat sepanjang proses kelahiran.

Sejak hamil, saya sudah berniat, andai bayi yang dikandung seorang puteri, biarlah dia menjadi seorang pakar perbidanan.

Semoga Allah membantu saya dan suami untuk mendidik anak perempuan kami ini berjaya menjadi doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi apabila dia dewasa kelak.

Biarlah pengalaman saya dirawat doktor lelaki tidak dilalui oleh ibu-ibu hamil yang lain. Semoga lebih ramai wanita akan dapat menceburkan diri dalm bidang perbidanan, sekali gus menunaikan fardhu kifayah.

Sehingga kini, bayi saya berusia tiga bulan, membesar dengan sihat. Namun gelang emas kesayangan saya masih belum dapat ditebus. Biarlah gelang emas itu terus dalam lipatan sejarah kerana Allah telah mengurniakan seorang puteri yang saya impikan selama ini.

Hati terubat ketika membaca artikel Puan Noraslina Jusin kerana sekurang-kurangnya saya sudah memilih dan melakukan yang terbaik untuk mendapat zuriat yang berkat.

Hati juga terubat kerana saya telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan diri disentuh oleh doktor wanita muslimah sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi berlaku.

Sejujurnya saya agak kecewa kerana masih ramai di luar sana sempurna penjagaan auratnya di sepanjang masa, namun tewas ketika mendapatkan rawatan sepanjang kehamilan dan bersalin dengan doktor lelaki atas alasan darurat.

Ada yang berkata 'dengan doktor lelaki lebih mudah, lebih lembut layanannya'. Ada juga yang berkata 'doktor tu pun dah tak hairan dengan kita, sebab dia dah merawat ribuan pesakit, dah naik lali dah'.
Macam-macam alasan yang diberi untuk menghalalkan keadaan.

Harapan saya, agar isu ini dapat dikupas dengan lebih kemas dan teliti dalam keluaran yang akan datang.

Mungkin, masih tiada kesedaran atau tekad yang kuat untuk kita mendapatkan rawatan dari doktor muslimah sepenuhnya.

Wallahualam..


Surat Nafisah Buat Pemimpin



Nama penuhnya ialah Nafisah binti al-Hassan bin Zaid bin Al-Hassan bin Ali bin Abi Talib. Beliau lahir di Makkah pada tahun 145H dan merupakan anak seorang wali di Madinah.

Penduduk Mesir pernah mengadu tentang kezaliman bani Talun kepada Nafisah. Lantas, Nafisah mengambil tindakan dengan menulis sepucuk surat dan menampalnya di seberang jalan.

Beliau menulis dalam surat tersebut : “Kamu semua yang telah menjadikannya Raja, namun telah diperbudakkannya. Kamu telah memberinya kekuatan, tetapi kamu pula yang ditindasnya. Kamu telah memberikannya sebuah pemerintahan, akhirnya kamu menyesal atas pemberian itu.

Dahulu kalian berada dalam keadaan makmur, namun kemakmuran itu pergi kerananya.

Maka ketahuilah, bahawa berdoa pada waktu malam demi sebuah kemaslahatan pasti dimakbulkan. Lebih-lebih lagi doa itu dari hati yang kecewa, orang yang dilanda kelaparan dan orang yang susah mendapatkan pakaian yang sewajarnya.

Dan ketahuilah juga bahawa sangat mustahil sekali jika seorang yang zalim masih hidup ketika orang yang dizalimi meninggal dunia.

Wahai pemerintah, ketahuilah bahawa kejahatan kalian selama ini kami hadapi dengan penuh sabar. Teruskan kejahatan ini sehingga kami terus menjadi orang yang teraniaya. Dan teruslah bertindak zalim dan kami akan jadi orang yang dizalimi.

Ketahuilah juga bahawa orang yang sentiasa berlaku zalim pasti akan jatuh jua.”

Pemerintah Bani Talun berasa gementar apabila membaca surat tersebut. Akhirnya, mereka bersedia membangunkan sebuah pemerintahan yang adil dan bijaksana.

Thursday 10 January 2013

Puisi Dakwah



Katakanlah, 'Inilah jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan
bashiroh, aku dan pengikut-pengikutku, mahasuci Allah, dan aku bukan
termasuk orang-orang yang musyrik.'

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal, lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia, bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya, Syurga dan Redha Allah

Cinta adalah sumbernya, hati dan jiwa adalah rumahnya
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalannya, berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya
Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu

Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham
Mengerti tentang Islam, Risalah Anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatis dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu'bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti Kata Abul Anbiya, 'Sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan
matiku semata bagi Rabb semesta'
Berikan hatimu untuk Dia, katakan 'Allahu ghayatuna'

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal
membangun kejayaan ummat kapan saja dimana saja berada
yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri peribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Bangun aktifitas secara tertib tuk mencapai kejayaan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimat Allah rendahkan ocehan syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangkutangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat
Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
kerananya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tadhhiyah
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Kerana yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap tetes keringat berpahala lipat ganda

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan tempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da'ie sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya, itsar bentuk tertingginya

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya'
Kerana inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah

Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da'ie dalam cinta-Nya,
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,
saling berjanji untuk menolong syariat-Nya.

Oleh: Aus Hidayat Nur

Saturday 5 January 2013

Betapa Aku Beruntung Memilikimu



Sungguh apa yang telah terlintas dalam hatiku, mungkin permintaan maaf tak akan mampu menebus kesalahanku, namun demi melihat senyuman itu mengembang aku terlempar ke dalam lubang rasa bersalah yang terdalam, wahai isteriku, betapa kemuliaan akhlakmu telah memukau diriku.

Entah mengapa saat itu aku tidak mampu menguasai amarahku, mungkin ada sebahagian kata-kataku yang mampu menyakiti hatimu, kadang aku khilaf mencela dirimu, kadang ada saat aku ingin menyakiti dirimmu. Namun diammu membuat diriku pun terdiam, tanpa sepatah kata pun engkau duduk dihadapanku dan menunduk, sesekali engkau menatapku dengan pancaran kasih sayang yang tulus. Wahai isteriku, apa yang telah menguasai hatiku?

Dengan sabar engkau menerima setiap kata-kata yang aku ucapkan, tidak tersirat sedikitpun kebencian di wajahmu terhadap diriku, betapa gelas-gelas kaca ini begitu mudah rapuh, retak dan pecah jika engkau tak sabar merawatnya. Mungkin tak pernah aku menyedari engkau telah merawatnya dengan hati yang tabah dengan penuh kesabaran, namun aku melihat betapa saat itu aku merasa kecil dan tak bererti dihadapanmu..

Diammu telah meredakan amarahku, lidah ini tersekat melihat kesabaranmu untuk duduk, diam dan menerima segala apa yang aku ucapkan, semoga Allah Taala memberkahimu wahai isteriku, betapa diam itu telah menjadi sebuah pedang yang tajam menusuk tepat pada keangkuhanku, menghancurkan amarah ini dan membuat dirimu semakin bererti bagiku.

Setelah aku terdiam engkau pegang tanganku dengan kelembutan sifat wanitamu, dengan teduh engkau menatap mataku dan suarumu menenangkan hatiku, “Wahai suamiku, maafkanlah aku atas segala kesalahnku, aku hanyalah wanita lemah yang kadang salah dan selalu memohon ampunan-Nya, maka maafkanlah aku kerana Allah Taala, sebagaimana engkau mencintai aku kerana Allah Taala.”

“Wahai suamiku, api amarah itu berasal dari syaitan, maka padamkanlah dengan wudhu’, engkau lebih mengetahuinya daripada aku, maka duduklah sejenak dan perkenankan aku menyiapkan air wudhu’ untukmu..”

A’udzubillahiminassyaithanirrajim.. Apa yang telah aku lakukan kepadamu wahai isteriku, mengapa aku terlena dengan bujukan syaitan? Bukankah engkau telah berusaha sebaik mungkin mentaati aku dengan segala kemampuanmu, air mataku menetes demi melihat kebodohanku, tak mampu lagi aku mengangkat wajahku, betapa malunya diriku dihadapanmu.

Dan saat kau datang membawa air wudhu’ itu, senyummu mengembang seindah pertama kali aku melihatmu, tidak tampak sedikitpun kau ingin membalas celaan yang tadi aku lontarkan, mungkin engkau menahannya dengan begitu baik dalam dirimu, lalu kenapa aku tidak mampu melakukannya sebaik dirimu?

Engkau letakkan air wudhu’ itu dihadapanku, dan kau genggam erat tanganku yang gementar, dengan kelembutan kasihmu kau usap air mata ini. Wahai isteriku, betapa kelembutan dirimu dan kemuliaan akhlakmu membenamkan amarah ini. Wahai isteriku maafkanlah kekhilafan yang telah aku lakukan dengan bersikap zalim terhadap dirimu.

Azan telah berkemunandang, sirna sudah segala amarah dalam diri, seakan tak pernah terjadi apapun engkau siapkan keperluanku untuk solat, wahai isteriku.. betapa aku beruntung memilikimu..

Friday 4 January 2013

Jangan Menunggu



Bismillahirrahmanirrahim..

Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi tersenyumlah, 
maka dirimu kan bahagia..

Jangan menunggu kaya baru bersedekah tapi bersedekahlah, 
maka semakin kaya...

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf tapi berta’aruflah, 
insya Allah cinta hadir dalam redha-Nya...

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru menikah tapi menikahlah, 
maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu...

Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah, 

maka inspirasi akan hadir dalam jiwamu..

Jangan menunggu termotivasi baru bergerak tapi bergeraklah, 

maka motivasimu akan meningkat..

Jangan menunggu projek baru mahu bekerja tapi berkerjalah, 

maka projek akan berdatangan kepadamu..

Jangan menunggu dicintai baru mencintai tapi belajar mencintai, 

maka engkau kan dicintai..

Jangan menuggu kuantiti, baru membangun kualiti tapi binalah kualiti, 

maka kuantiti akan bersama orang2 yang berkualiti..

Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang  tapi hiduplah dengan tenang, 

insya Allah bukan sekadar wang yang datang...

Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti  tapi bergeraklah, 

maka engkau akan menjadi contoh yang diikuti...

Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, 

maka bertambah kejayaanmu...

Jangan menunggu menang, baru bertaqwa total tapi bertaqwalah dengan total,

maka kemenangan pasti akan datang..

Para kecundang selalu menunggu bukti dan para pemenang selalu menghadirkan bukti.. 
Seribu kata mutiara akan dikalahkan oleh satu aksi nyata..

Wednesday 2 January 2013

Seorang Lelaki Tua Dan Kereta Api



Suatu ketika, seorang lelaki tua dengan penampilan yang cukup berwibawa masuk ke gerbang sebuah kereta api. Lelaki itu kelihatan seorang yang berusia serta berpenampilan berwibawa hingga siapa saja yang melihat pasti menyimpan rasa hormat kepadanya. Seperti penumpang lain, lelaki tadi mencari tempat duduk yang sesuai untuknya kerana kereta api akan bergerak sebentar lagi. Dia melalui deretan kerusi demi kerusi untuk mencari tempat duduk yang kosong. 

Pertama sekali dia melalui kerusi yang diduduki oleh kanak-kanak yang asyik bermain; 

"Assalaamu'alai kum?", sapanya.

"Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh, Selamat datang pakcik...", jawab mereka.

"Maaf anak-anak, ada tempat duduk yang kosong untuk pakcik tak?", tanya si tua tersebut.

“sebenarnya masih ada tempat duduk yang kosong, tetapi kami ini masih kanak-kanak dan kami suka bermain dan bergaduh, kami bimbang ia akan menggangu pakcik di sepanjang perjalanan ini, cuba pakcik cari tempat duduk lainnya saja", jawab mereka.

Maka orang tua tersebut berpindah ke deretan kerusi seterusnya... di situ dia melihat muda-mudi yang sedang asyik ‘bercouple’. Mereka duduk berduaan dengan mesra sambil melantunkan bait-bait puisi yang romantis:

"Assalaamu'alai kum?", sapanya.

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh, selamat datang pakcik, ada yang boleh kami bantu?" kata mereka.

"Hmm... maaf adik-adik, adakah tempat kosong untuk pakcik?" tanya orang tua itu.

"Oh, tentu ada... tetapi kami ini anak-anak muda yang sedang asyik berbulan madu.. kami bimbang pakcik akan merasa resah melihat kami bermesraan selama di perjalanan. Lebih baik pakcik mencari tempat duduk lainnya" jawab mereka.

Si tua kembali berjalan menyusuri gerbang kereta api tersebut sehingga sampai di deretan kerusi yang diduduki oleh para “bisnessman”. Mereka sibuk berbincang membicarakan projek-projek besar yang sedang mereka jalankan. Sambil membentangkan kertas kerja dan usaha mereka terlibat dalam pembicangan sangat serius itu hingga salam kedengaran kuat bagi mereka...

"Assalaamu'alai kum warahmatullahi wa barakaatuh!" kata pakcik tua itu.

"Oh.. Wa'alaikumussalam warahmatullaahi wa barakaatuh... Ada apa encik?" jawab mereka.

"Maaf, bolehkah encik-encik beri sedikit ruang untuk pakcik duduk?" pinta Si tua.

"Pak cik yang terhormat, sebenarnya Kami senang hati menerima pakcik di sini...tetapi seperti pakcik lihat kami sibuk berbincang urusan “business” dan usaha kami. Kami bimbang pakcik akan terganggu dengan kesibukan kami selama di perjalanan nanti... jadi, sebaiknya pakcik cari tempat lain saja", jawab mereka.

Demikianlah, orang tua itu harus kembali berjalan terhuyun-huyun di tengah gerbang kereta api untuk mencari tempat duduk. Seterusnya, setiap kali dia melewati deretan tempat duduk selalu ada saja alasan mereka untuk menolaknya. Mereka memang menghargai “orang tua” tersebut kerana mengingati usianya yang telah lanjut dan kewibawannya, tetapi mereka tidak juga memberinya tempat untuk duduk. 

Akhirnya, setelah berjalan hingga ke hujung, tibalah di deretan kerusi terakhir... Nampak di situ sebuah keluarga duduk bersama. Seorang ayah dengan baju takwa dan serbannya, lalu ibu dengan jilbab dan busana muslimahnya dan dua orang anak mereka yang masih kecil namun sopan-sopan.

Melihat “orang tua” yang Nampak kepenatan tadi, terus si Ayah berkata: 

"Assalaamu'alai kum pakcik, ada yang boleh kami bantu?"

"Wa'alaikumussalaam warahmatullahi wa barakaatuh, oh terima kasih banyak...", sahut Si pakcik.
(Belum sempat pakcik itu menjawab,terus si ayah berkata):

"Muhammad, kamu duduk dengan Abi di sini; dan Ahmad, kamu geser ke sebelah sana... biar ‘atuk’ duduk di tepi kamu", kata Sang Ayah kepada kedua anaknya. Mereka pun segera menuruti perintah ayahnya dan memberikan tempat duduk bagi Si “atuk”.

Alangkah bahagianya “Si tua” mendapat perlakuan baik seperti itu. Bukan saja mendapatkan tempat duduk, malahan lebih bahagia kerana merasa dihormati dan dihargai oleh mereka. Kepenatannya mencari tempat duduk selama ini dibayar sebaik mendapat tempat yang sesuai tersebut.

Priiiit!!! Bunyi peluit tanda kereta akan berangkat terdengar, dan perjalanan pun dimulai. Seperti biasa, dalam perjalanan kereta tersebut singgah di beberapa perhentian sebelum berhenti di pada tempat tujuan. Dan tiap kali kereta tersebut berhenti, selalu ada penjual makanan yang berjualan kepada para penumpang. Dan, ketika berhenti di perhentian pertama, terdengar suara penjual yang menjual makanan ringan, maka “Si tua” memanggilnya. Ketika orang tersebut datang, Si tua berkata kepada keluarga yang duduk bersamanya: “ambil apa saja yang kamu inginkan.. jangan malu-malu".

Maka mereka pun mengambil makanan yang mereka suka.. lalu Si tua mengeluarkan dompet dan membayar semuanya. seluruh penumpang terkejut melihat kejadian tersebut. Mereka berbisik: "Wah, kaya juga pakcik itu.”

Tidak lama selepas itu, pemesan makanan pula datang. Seperti biasa si tua menyuruh keluarga tadi memesan apa sahaja yang mereka mahu.. lalu membayarnya. Para penumpang tadi semakin hairan dengan apa yang mereka lihat serta menyesali perbuatan mereka menolak untuk duduk bersama si tua. 

Akhirnya, setelah menempuh beberapa jam perjalanan, tibalah kereta api di destinasinya.. terdapat acara yang sangat besar belansung disana. Terdapat kereta-kereta berkonvoi seperti menyambut ketibaan seseorang, lalu kereta –kereta tersebut berhenti dan keluar seseorang yang diiringi pegawai-pegawai terhormat masuk kedalam gerbang kereta api bersama pemeriksa kerusi, memeriksa kerusi satu persatu. Para penumpang lainnya sangat terkejut melihat yang terhormat itu adalah presiden Negara tersebut yang datang untuk menjemput tetamunya terhormatnya. 

Namun, mereka lebih terkejut melihat tetamu tersebut adalah ‘si tua’ tadinya yang mereka menolok untuk duduk bersama. 

Setelah menghampiri si tua, Presiden memeluknya erat-erat dan bersalam dengan kegembiraan. Dan menjemput si tua untuk bersamanya keistana dan mendapatkan jamuan yang ‘special’ tanda kehormatan. 

Si tua menerima dengan senang hati, namun bersyarat jika keluarga tadi harus ikut bersamanya untuk jamuan itu. Presiden bersenang hati menerimanya, dan seluruh penumpang tadi sangat menyesal atas perbuatan mereka dan kesibukkan mereka, andai mereka memberi si tua duduk bersama mereka pasti mereka tidak menyesal seperti sekarang. Namum iyanya hanyalah penyesalan seperti kata pepatah “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya” sudah terlambat penyesalan itu..

Adakah anda tahu siapa ‘si tua’ itu sebenarnya? 

Dia adalah agama… yang selama ini kita hargai dan kita hormati tetapi sering kali kita ketepikan dalam hidup ini. Ketika nilai-nilai agama hendak ditanamkan kepada kanak-kanak, kita menolak dengan alasan: "Kan mereka masih kecil.. biarlah mereka bebas bermain, bebas berpakaian, dan lain-lain.. belum masanya kita menyuruh mereka menjadi orang 'alim". Dan akhirnya zaman kanak-kanak terbiar begitu saja.

Kemudian bila mereka dewasa kita pun menolaknya dengan alasan: " kasihan remaja bila disuruh mengikut aturan agama, mereka tidak bebas bergaul, hiburan dan sebagainya mereka masih muda, masih banyak masa mereka ada untuk bertaubat dan menjadi ahli masjid, biarlah mereka menikmati masa muda mereka terlebih dahulu dan sebagainya…”, masa muda juga sudah diabaikan tanpa mempelajari agama.. 

Kemudia bila dewasa mereka sibuk dengan alam perkerjaan, dengan pelbagai tawaran dan kehidupan dunia, sibuk menguruskan business, projek2 besar dan sebagainya, masih tidak ada masa untuk belajar dan mempelajari islam…

Akhirnya umurpun sudah tua dan tiba pada penghujung usia ataupun perhentian terakhir. Tempat dimana manusia menuai hasil yang dituai. Ajal sudah sampai , kesempatan sudah tiada. Mereka hanya menyesal bila melihat orang-orang dianggap ‘kolot’, ‘pura-pura alim’ dan sebagainya mendapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah swt di akhirat kelak.. mereka hanya menyesal yang tiada kesudahan.. bila tidak bersama si tua (agama islam) ketika semua orang menolaknya, ternyata itu semua membuahkan hasil yang tidak diduga, kenikmatan selama perjalanan(dunia) dan kebahgiaan destinasi tujuan (akhirat.

Semoga menjadi iktibar…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...