Thursday 24 July 2014

Kekuatan



Jangan bersedih wahai ibu-ibuku Palestin
kerna mulia rahimmu melahirkan para syuhada dan mujahid,

Janganlah wahai saudaraku patah semangat
kerna  Allah lah sebaik-baik  pelindung buat kamu semua,

Bergembira rianglah wahai anak2 kecil ku yang terkorban di syurga
walaupun kesakitan dan syahid menjadi galas mu...

Bertahanlah para mujahidin, kerna janji Allah itu pasti..
bersatulah wahai hati dan jiwa2 yang sentiasa mengasihi Allah mengatasi dunia..
sesungguhnya benarlah hidupmu, matimu, amalmu, dan solatmu semata2 kerana Allah..

Bangunlah..
Bangunlah wahai jiwa2 yang mencintai syahid untuk membela haq..
sesungguhnya telah datang kebenaran
dan kebatilan itu pasti akan hancur...

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...
Hasbunallah waniqmal wakil....
Lahaulawala qhuwataillah billahhil aliyul azim.....


Tuesday 15 July 2014

Buah Hati Al-Quran


Suatu kisah, seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Sama ada seorang waliyullah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah si mati dan bertemu dengan isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri tersebut terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca al-Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca al-Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri si mati.

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang suaminya selalu dilakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya si isteri teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh suaminya, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam sebuah bilik lalu diambilnya al-Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek al-Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta  Dia akan meraba-raba ayat-ayat al-Quran itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri si mati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah Mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintai mu. “

“Wahai Kalamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri si mati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Quran. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti dia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa.

Subhanallah.. Subhanallah..


Thursday 10 July 2014

Bidadari Untuk Umar


Umar r.a. adalah salah satu daripadaa sahabat Rasulullah SAW. Semenjak beliau memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, kemudian dia bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "Sudah...!" Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di dalam Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an yang lain.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabat mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Baginda SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Baginda SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lain. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "Wahai Jibril AS bidadari siapakah itu?" Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a." Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".


Tuesday 1 July 2014

Munajat Ramadhan



Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar…

Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah.. Takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik.. supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, justeru Ya Allah... ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu Ya Allah…

Ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman... pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah…

Ya Allah…
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… Golongkanlah mereka dalam orang2 yang Kau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu.. Maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2… dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya Aziz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid… Ya Rahman… Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Kau sembuhkanlah mereka Ya Allah… agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka Kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak.. Ya Fattahu Ya Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu.. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mndapat kurniaanMu…

Ya Allah…
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang…

Ya Allah Ya Zal Jalali wal Ikram…
Ya Allah… Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah… jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah… temukanlah kami dengan lailatul qadr… pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr… Ya Allah.. terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...