Umar r.a. adalah salah satu daripadaa sahabat
Rasulullah SAW. Semenjak beliau memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh
suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di
kaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat
teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama
10 tahun, kemudian dia bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah
SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka
aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab,
"Sudah...!" Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah
SWT. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di dalam Al-Qur'an yang
diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti
mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an yang
lain.
Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para
sahabat mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Baginda SAW sering
pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada
sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap
Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Baginda SAW taman-taman
syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang
bercengkerama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lain.
Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya
kepada Jibril AS, "Wahai Jibril AS bidadari siapakah itu?" Malaikat
Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar
r.a." Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau
ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza
dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam
manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah
matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karana sahabatmu
itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan
seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".
0 comments:
Post a Comment