Friday 31 December 2010

Wanita

Thursday 30 December 2010

Izinkan Aku Bercerita Tentangmu



Jangan pernah lelah wahai Mujahidku...
Kerana ku kan senantiasa dibelakangmu untuk mendukungmu,
Jangan kau pandang ke belakang, lihatlah kedepan,
Didepan ada musuhmu, musuh Tuhan kita,
Jadikan mereka terhina dengan kekuatanmu,
Janganlah ragu untuk melepaskan peluru dari selongsong senapangmu,
Arahlah tepat dijantungnya,
Jadikan ia mati sia-sia, tak memberi kemenangan bagi sekutunya,
Maju terus jangan pernah menyerah,
Lepaskanlah duniamu,
Kerana sungguh dunia ini hina,
Sesungguhnya disisi Tuhan kitalah sebenar-benarnya kebahagiaan,
Ingatlah isteri-isteri akhiratmu menunggumu dengan penuh cinta,
Mereka senantiasa mendendangkan syair kerinduan,
Hanya untukmu...

Disaat kau pulang dengan membawa kemenangan,
Maka janganlah kau merasa puas hingga Allah memenangkan agama ini atau kau menemui syahid dimedan itu,
Dua pilihan yang menguntungkan, bukan?
Siapakah yang tidak suka dengan perniagaan demikian?
Sungguh merugi bagi orang yang membeli kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat
Bukankah kau tidak demikian?

Kau sering bercerita kepadaku tentang indahnya syurga,
Dengan berbagai kenikmatan didalamnya,
Dan akupun mendengarkan dengan seksama,
Betapa indahnya jika kita termasuk penghuni didalamnya,
Menuai keredhaan-Nya selamanya...

Wahai Mujahidku...aku sering melihatmu bercucuran air mata,
Dan seketika itu kau tersungkur bersujud,
Memanjatkan sebuah do’a,
Aku tak bisa mendengarnya kerana suaramu tertahan oleh gejolak didadamu...
Namun ku tahu..
Itu adalah gemuruh kerinduanmu padaNya,
dan kau memohon untuk mampu membela saudara-saudaramu dari para Thagut kaum kuffar,
mengembalikan izzah mereka...

wahai Kekasihku...ku kan senantiasa berdoa untuk mu agar harapanmu dipenuhi,
untuk mampu kembali ke medan pertempuran itu,
sungguh aku redha jika harus dua kali atau bahkan berulang kali ditinggal olehmu...
meski kerinduanku belumlah pupus,
meski sajadahku belumlah kering kerana banyaknya air mata kerinduan mengharap hadirmu disisiku,
meski hari-hariku kan kembali sepi oleh canda dan petuahmu,

meski kau tak lagi mengimami solatku,
meski kau tak akan menyaksikan kehadiran Mujahid kecilmu menghirup udara kehidupan,
aku redha, sungguh aku redha...
asalkan Rabb kita memperkenankan kita bersua dan berkumpul di JannahNya,
untuk selamanya...

Jika kita tak berjumpa kembali,
Maka kan ku semai cintamu disyurga,
Dalam istana taqwa...

senyumku mengembang jika ku membayangkannya (syurga),
namun ku tak mampu menyembunyikan rasa cemburuku pada bidadari bermata jelita,
yang akan membagi kasihmu dengan ku,
kecantikan mereka tiada tandingan,
meski kau selalu menyanjungku tiap pagi dan malam hari,
namun seperti yang kau tahu aku adalah wanita pecemburu,
jika rasa itu menyerang maka aku kan mengingat kata-katamu,
“kecantikan bidadari memang tiada duanya namun wanita dunia lebih mulia dan tiada tandingannya kerana mereka bersusah payah beribadah sewaktu didunia”
Dan seketika itu pula hatiku riang...

Ahhh...kau selalu mengerti bagaimana caranya membuatku senang,

Wahai pujaanku...tiada berita yang lebih kusukai selain berita tentang kesyahidanmu,
Oleh kerana itu janganlah berhenti untuk mengharap syahadah pada-Nya,
Mudah-mudahan Allah melapangkan jalanmu menujuNya...

Kau ingat bukan,Rabb kita telah berfirman,
“Barang siapa menolong agamanya maka dia akan menolongnya pula”
Yakinlah itu...

Wahai kekasih hati...jangan pernah ragu untuk meninggalkanku kembali,
Jangan fikirkan aku,
Kerana aku kan baik-baik sahaja,
Ku kan setangguh isteri Handzalah,
yang merelakan malam pengantinya untuk memenuhi seruan-Nya...

Kan kutempuh hidupku tanpamu,
Kerana kini ku telah terbiasa,
Kau yang mengajarkannya padaku, bukan?
Bukankah kita telah bersetuju dari awal perjumpaan,
dan saat ijab Kabul diucapkan,
untuk mendirikan bangunan kasih kita diatas jalanNya,
hingga syahid menjemput?
Kita tahu perjumpaan didunia adalah sementara,
Kerananya kita memohon perjumpaan yang kekal,
Hingga kau dan aku tak terpisahkan lagi oleh ruang dan waktu...

Allaahumma Amiin...
Salam rinduku untuk mu selalu...

Tuesday 28 December 2010

Kadang-Kadang


* Kadang-Kadang Kita lupa nak tanya khabar si dia...

* Kadang-Kadang Kita selalu ingat dia tak ingat kita...

* Kadang-Kadang Kita selalu lupa segala kenangan bersama...

* Kadang-Kadang Kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...

* Kadang-Kadang kita hanya pandai berkata kata daripada melakukannya...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar ada orang menyayangi kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan...

* Kadang-Kadang Kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita...

* Kadang-Kadang Kita tak tau yang dia tak suka kita...

* Kadang-Kadang Kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius...

* Kadang-Kadang Kita tak respect pada kawan kita yang banyak membantu kita...

* Kadang-Kadang Kita akan hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan...

* Kadang-Kadang Kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira...

* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita...

* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita...

* Kadang-Kadang Kita akan utamakan yang baru dari yang lama...

* Kadang-Kadang Kita akan tersentap kalau si dia menegur kita...

* Kadang-Kadang Kita cakap kita tak akan begitu padahal kita lakukan juga..

* Kadang-Kadang Kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain...

* Kadang-Kadang Kita suka memerhati daripada menegur...

* Kadang-Kadang Kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya...

* Kadang-Kadang kita senantiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu...

* Kadang-Kadang kita senantiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...

* Kadang-Kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...

* Kadang-Kadang kita selalu ingat kita saja betul...

* Kadang-Kadang kita sukar menerima pendapat orang lain...

* Kadang-Kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...

* Kadang-Kadang Kita terlalu singkat tanpa memikirkan apa kesudahannya...

¨¯` Maafkanku diatas segala khilafku selama nie!!!
                        BEST FRENZZ 4 EVA ¨¯`

Sunday 26 December 2010

Bencana Fitnah Ikhtilat Facebook


Bencana Fitnah Ikhtilat Facebook
Penulis:  Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Tuesday, July 07, 2009

Malam kelmarin berbual dengan sahabat di kedai makan. Dia suruh saya melakukan sesuatu di FB tapi tugasan itu terlalu berat. Isunya: Ikhtilat yang tidak dijaga. Di luar, di alam realiti, dikenali sebagai seorang daie. Melakukan da'wah ke sana sini, sungguh sukar untuk melihat bercanda mahupun bergurau senda dengan kaum yang lawan jantina. Tapi di dalam FB, semua berubah, malu sudah terbang menghilang.

Tugasan itu berat kerana ia melibatkan hati dan perasaan orang-orang yang kita kenali. Kata sahabat saya malam tadi "Jika teguran secara general yang anta lakukan tidak dapat mereka fahami, maka wajarlah anta menegur secara spesifik". Satu kerja yang berat bukan.

Mereka bukan dia. Maksudnya ramai, semoga Allah pelihara saya dan sahabat-sahabat saya dari fitnah di dalam FB. Sungguh Ikhtilath FB adalah fitnah yang teramat besarIa menanggalkan malu satu persatu hatta si gadis yang menutup wajah pun tiada segan silu bersenda gurau mahupun bercanda bersama si jejaka yang halal untuk beliau nikahi. Jangan biar malu kita yang selama ini kita jaga di alam realiti terbang begitu sahaja.

 [Sudah lama mahu menulis secara jelas dan terang begini, sebelum ini asyik berkias-kias kerana mahu menjaga hati manusia, tapi nampaknya mereka tidak memahami, lantaran itu saya terpaksa menulis dengan jelas dan terang]

alhamdulillah.

bagus. satu niat dan usaha yang baik. semoga Allah permudahkan. facebook dan benda seumpamanya akan menggalakkan berlakunya 'multiple personality' di kalangan daie apatah lagi yang bermanhaj sunnah yang sahih. sangat memalukan dan memberi kesan yang amat buruk sekarang dan akan datang.

--

Rujukan lain yang boleh membantu anda memahami lebih lanjut berkenaan ikhtilat, insya'Allah... jom kita bace..


semoga Allah redha, amin..

Friday 24 December 2010

Akan Ku Jumpa

Sunday 19 December 2010

Rindu Haruman Syurga


Dan orang-orang yang berkata :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami
Isteri-isteri kami dan keturunan kami
Sebagai penyenang hati kami,
Dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa,”

Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi
Dalam syurga kerana kesabaran mereka
Dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya..
{Al-Furqaan : 74-75}

Subhanallah,
Allah.. Allah.. Allah..
Hatiku meronta.. Rindu haruman syurga..

Sharing Is Caring


Larangan Bermadu Kasih Sebelum Kahwin

Mengapa Kita Lambat Bertemu Jodoh?

50 Langkah Bestari Suami Mithali

Memilih Isteri Solehah

Semua TakdirNya



Terimalah kata pengukuhan dan pencerahan ini...

Jangan Sombong Dengan Takdir


Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan. 

Iblis

Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!

Takdir Dan Iman Kita

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."

Takdir Mengatasi Tadbir

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.
Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Apa Khabar Iman Anda?

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Bersangka Baik Dengan Allah

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.
Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)

Nikmat Allah

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?
Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."
Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...