Duhai srikandi islami,
Jangan kau risaukan zahiriahmu.
Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi,
selagi mana kau menjaga agamamu.
Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya.
Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.
Duhai pahlawan deeni,
Duhai pahlawan deeni,
Kahwini bidadari yang solehah.
Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA.
Jangan kau terpedaya dengan rupa,
kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.
Duhai kalian berdua,
Duhai kalian berdua,
Sungguh bahagianya percintaan yang dibina.
Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi.
PesuruhNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian.
Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.
Alhamdulillah Cinta..
Alhamdulillah Cinta..
0 comments:
Post a Comment