Saturday, 18 December 2010

Perindu Cinta



(puisi ini telah dikarang oleh sahabat sepengajianku..)

Wahai alam…,
Manifestasi apakah ini?
Kronologinya bagaikan sakti
Sistematikya sukar difahami
Apakah aku sudah gila?
Mencuba menggapai bunga?
Dari manusia bernama wanita?

Tiap-tiap malamku mengenangkanmu
Kelamku Jadi medan air mataku
Kerana  merindumu
Tiap-tiap pernafasanku
Namamu pastiku seru

Wahai kasih intan permata
Diriku lemah dan teraniaya
Oleh  sihir pandangan  mata
Dari fantasia minda dunia
  
Terimalah diriku
Kujagamu setiap penjuru
Dari hilir hingga ke hulu
Jiwamu pastiku buru

Wahai Perindu Cinta..mengapa  engkau masih tidak mengerti?bunga itu tidak mahu berpaling menatapmu…sudah berkali engkau ditolak ..sehingga pernah menyederakan hatimu…jiwamu parah

-Ya…jiwaku parah wahai saudara,tetapi akan ku gagahkan jua untuk meraih cintanya…walau ditusuk beribu panah nusantara…walau dicalar berbagai keris Istana…walau digertak lanun-lanun samudera..dirinya sahajalah tetap kucinta

Sudahlah wahai Perindu Cinta…Bagaimana jika sudah berabad engkau masih tidak mampu mendapatkannya?Tidakkah hatimu akan terus dirobek-robek oleh kebenciannya .

-lapis-lapis masa itu akan ku jalani jua,saudara…akan ku burunya….semampu-mampunya

Tidakkah engkau mengetahui bahawa memburu cinta bunga itu membawa malapetaka untuk dirimu..Hasutan mana yang menjadikanmu begitu jauh dari CINTA YANG AGUNG?ianya tidak halal bagimu ,cuba renungkan wahai Perindu Cinta…sehingga matimu menjadi kebencian PENGUASA CINTA…

-Wahai Saudara…BERIKAN AKU ERTI CINTA YANG AGUNG ITU……SAMPAIKAN PADAKU..SIAPA PENGUASA CINTA…

Perindu Cinta…..

Masakan engkau tidak tahu …

PENGUASA CINTA…….
CINTANYA MEKAR SELAMANYA
TIDAK PUPUS DITELAN MASA
TIDAK DIPENGARUH OLEH SEISI DUNIA
TIADA APA YANG MAMPU MENCABAR KEAGUNGAN CINTANYA

AYUH PERINDU CINTA

PALINGKAN CINTAMU
PALINGKAN RINDUMU
SUPAYA GUNDAH GULANAMU
TIDAK LAGI BERTAMU
GAPAILAH CINTA AGUNG ITU
DARI SANUBARI SUCI YANG BAHARU

Sedarlah Perindu Cinta…cinta yang engkau buru selama ini adalah fana…keindahanya hanya sebentar Mekarnya akan dimakan usia….Harumannya juga tidak kekal selamanya….segalanya sementara..

-Saudara!!Saudara  mengejutkanku dari lamunan  fantasia cinta yang hina …
kepada  keindahan cahaya cinta suci……
PENGUASA CINTA….
YA!
MENCINTANYA BUKAN SIA-SIA
SEMEMANGNYA HAYATKU MASIH BERGUNA
MERAIH HAKIKI CINTANYA
TIDAK AKAN PERNAH  JEMU NAFASKU MENYEBUT NAMANYA
ENGKAU WAHAI PENGUASA CINTA ….
PASTINYA….
YANG MAHA ESA
ALLAH AZZA WAJALLA
SEMOGA….
 RUH DAN JASADKU TIDAK TERANIANYA
OLEH KEALPAAN DARI MENGINGATINYA
LINDUNGIKU DARI SEGALA DOSA
KUMEMOHON KEAMPUNAN MU ATAS SEGALANYA
AKAN KU SELALU MENJAGANYA
JANGAN BIAR AKU TENGGELAM DALAM ARUS DURJANA
YANG PASTINYA DUSTA SEGALA
JAUHKAN AKU DARI SIFAT KHIANAT RASA
KERANA AKU TIDAK INGIN SESEKALI TERGOLONG BERSAMA MEREKA…
IAITU ............PARA PENGKHIANAT CINTA…………
YA…
PARA PENGKHIANAT CINTA….

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...