Thursday 24 April 2014

Doa Ibu Untuk Imam Masjidil Haram


Masjidil Haram. Seorang anak kecil mungil sedang  asyik bermain-main tanah. Sementara si ibu sibuk menyiapkan jamuan makanan, kerana keluarga tersebut sebentar lagi akan didatangi oleh tetamu. Ketika hidangan telah hampir siap disajikan, belum sempat tetamu yang datang menyantap hidangan, anak kecil  yang  bermain tanah itu masuk ke ruang tamu dengan kondisi tangan yang masih menggenggam debu. Tiba-tiba ia menaburkan debu itu di atas makanan yang telah disajikan oleh ibunya.

Alangkah terkejutnya si ibu melihat apa yang dilakukan anak kecil itu tatkala masuk dan melihatnya. Serentak si ibu marah dan berkata, “Idzhab ja’alakallahu imaaman lilharamain,” (Pergi kamu! Biar kamu jadi seorang imam di Haramain!)

Kini anak kecil itu tumbuh dewasa dan menjadi seorang yang terkenal. Kemarahan si ibu puluhan tahun yang lalu sepertinya menjadi doa baginya, iaitu menjadi seorang imam Masjidil Haram di kota suci Makkah. Dan benar, Allah swt mengabulkannya sesuai dengan apa yang diucapkan oleh ibunya. Dia adalah Syeikhuna Abdurrahman As-Sudais, pemilik suara merdu dan bacaan tartil yang banyak disukai dan menjadi kegemaran kaum Muslimin di seluruh dunia. Subhanallah!

Kisah ini semoga menjadi inspirasi dan teladan bagi para ibu-ibu, calon ibu atau para wanita dan para ibubapa. Salah satu pelajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah ternyata doa seorang ibu itu mustajab. Sebagaimana disebutkan sendiri oleh Rasulullah saw bahawa salah satu doa yang tidak tertolak adalah doa orangtua kepada anak-anaknya. Maka, oleh itu hendaklah para ibubapa mendoakan kebaikan bagi anak-anaknya meski dalam keadaan marah sekalipun.

Rasulullah saw bersabda:

ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ تُرَدُّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ ، وَدَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ

“Tidak doa yang tidak tertolak iaitu doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.” (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra. Syaikh Al-Albani mengatakan hadits ini shahih sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 1797).

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Dan orang-orang yang berdo’a: “Wahai Tuhan kami, jadikanlah isteri-isteri dan anak-anak kami orang-orang soleh. Jadikanlah anak keturunan kami suri tauladan bagi orang-orang soleh.” (QS. Al Furqan: 74)

*Kisah diambil dari berbagai sumber, khabar Biladi al-jazaair/ar-risalah ed.131



Wednesday 23 April 2014

Lihatlah Kuburmu



Wahai diri..
Lihatlah kuburmu yang tepat di hadapanmu.
Ia melambai-lambai, sentiasa mengintai.
Menatap setiap langkah dan tingkahmu.

Wahai diri yang sedang menelusuri lorong kehidupan..
Pagi kau berjalan, siang kau berlari, petang kau beristirehat, malam kau tidur,
Berputar-putar di permukaan bumi, terus-menerus, berulang-ulang hari demi hari,
Berburu saling berebut status, berkejaran antara waktu dan bayanganmu.
Dimanakah kau kini berada?
Dimanakah posisimu kini?

Jalan berkelok-kelok di sepanjang cerita cita kita.
Roda kehidupan berputar-putar secara dinamis.
Manusia menempati kehidupan di setiap posisi masing-masing.
Koordinat manusia penuh dengan kelenaan
kecuali mereka yang sentiasa melihat dunia ini
dengan bashirah, pandangan hati, pandangan ketulusan,
pengabdian, kemanfaatan, dan kesedaran penuh akan kefanaan kehidupan ini,
bahawa ada kehidupan lain yang lebih sejati dari kehidupan sekarang ini..


Wednesday 16 April 2014

Al-Mumtahanah : Perempuan Yang Diuji


Ummu Kultsum binti Uqbah adalah seorang sahabiyah yang memiliki keistimewaan. Dialah wanita pertama yang berhijrah ke Madinah setelah Rasulullah saw dan para sahabatnya berhijrah ke sana. Ia tinggalkan kenyamanan hidup bersama orangtuanya tercinta untuk mengikuti jejak junjungannya itu. Dikisahkan sebelum waktu itu, tak sekalipun Ummu Kultsum binti Uqbah meninggalkan ibubapa. Apatah lagi dia juga masih berusia muda sehingga pastinya sulit untuk berpisah daripada keluarganya. Namun cintanya kepada Allah dan Rasulullah saw mengalahkan semua itu.

Saat mengikuti kepergian Rasulullah saw, Ummu Kultsum telah memeluk Islam dan berbai’at kepada Rasulullah saw. Sementara itu kedua-dua ibubapa serta saudara-saudaranya belum ada yang tersentuh hidayah Islam.

Ummu Kultsum meninggalkan rumahnya menempuh perjalanan jauh melintasi gurun pasir ditemani oleh seorang lelaki dari bani Khuza’ah. Namun ternyata kepergian Ummu Kultsum telah diketahui oleh keluarganya. Maka menyusullah kedua-dua orang abangnya, Al-Walid dan Ammarohun.

Dua hari selepas Ummu Kultsum tiba di Madinah, kedua-dua abangnya pun tiba. Mereka mendatangi Rasulullah saw untuk meminta adik mereka kembali bersama mereka. Ummu Kultsum berasa sangat khawatir dengan kedatangan kedua-dua abangnya itu. Apatah lagi saat itu ada perjanjian Hudaibiyah yang salah satunya berisi kesepakatan bahwa, “ seorang pemuda atau pemudi yang masih berayah atau berpenjaga jika mengikuti Muhammad tanpa izin, maka akan dikembalikan lagi kepada ayah atau penjaganya.”

Pada Rasulullah saw, Ummu Kultsum mengadukan kegundahannya. “Ya, Rasulullah, aku ini seorang wanita yang dianggap lemah. Aku takut mereka akan menggangu aku dalam beragama sehingga aku tidak sabar, sehingga Allah swt membatalkan janjinya untuk kaum wanita,“ ungkap Ummu Kultsum.

Maka dari ucapan itu Allah swt kemudian menurunkan surah Al-Mumtahanah ayat 10-11, yang berbunyi, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila perempuan mukmin datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji keimanan mereka…” Dalam ayat tersebut juga menegaskan bahawa tidak boleh wanita-wanita yang sudah beriman itu dikembalikan kepada suami atau keluarga mereka masih kafir. Dan bahawa tidak halal suami-suami yang kafir untuk isteri yang mukmin.

Maka Rasulullah saw pun melaksanakan perintah Allah swt dengan menguji keimanan Ummi Kultsum. Ummu Kultsum dan juga wanita-wanita yang berhijrah sesudahnya, diminta untuk bersumpah setia. Jika telah bersumpah, maka mereka tidak akan dikembalikan. Sesuai mengucapkan sumpahnya, maka legalah hati Ummu Kultsum kerana kini dia tidak akan dikembalikan kepada keluarganya.

Semasa hidupnya, Ummu Kultsum telah meriwayatkan 10 hadis. Salah satunya adalah tentang dilarang berdusta kecuali dalam tiga perkara, iaitu dalam kondisi perang, mendamaikan sesama manusia serta percakapan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya untuk saling memperbaiki.

Ketika meninggalkan Mekah menuju Madinah, Ummu Kultsum belum bersuami. Lalu perjalanan hidupnya, dia bernikah dengan beberapa sahabat, iaitu Zaid bin Haritsah, Az-Zubair, Abdurrahman bin Auf, dan  Amr bin Ash yang menjadi suami terakhir sampai wafatnya Ummu Kultsum.


Wednesday 9 April 2014

Jalan Mujahadah


Teman,
Jalan mujahadah itu terkadang buatmu lumpuh
Benar.. kerana,
Syurga itu buat mereka yang bersungguh
Aku tahu,
Hatimu mahu kembali patuh
Namun.. terkadang,
Bila disentuh ujian hatimu merapuh
Jangan mengeluh
Mari aku khabarkan agar ia bisa utuh
Sematkan sentiasa dalam hatimu
Cinta-Nya masih kukuh
Saat dirimu rapuh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...