Ummu Kultsum binti Uqbah adalah seorang sahabiyah
yang memiliki keistimewaan. Dialah wanita pertama yang berhijrah ke Madinah
setelah Rasulullah saw dan para sahabatnya berhijrah ke sana. Ia tinggalkan kenyamanan
hidup bersama orangtuanya tercinta untuk mengikuti jejak junjungannya itu.
Dikisahkan sebelum waktu itu, tak sekalipun Ummu Kultsum binti Uqbah
meninggalkan ibubapa. Apatah lagi dia juga masih berusia muda sehingga pastinya
sulit untuk berpisah daripada keluarganya. Namun cintanya kepada Allah dan Rasulullah
saw mengalahkan semua itu.
Saat mengikuti kepergian Rasulullah saw, Ummu Kultsum
telah memeluk Islam dan berbai’at kepada Rasulullah saw. Sementara itu kedua-dua
ibubapa serta saudara-saudaranya belum ada yang tersentuh hidayah Islam.
Ummu Kultsum meninggalkan rumahnya menempuh
perjalanan jauh melintasi gurun pasir ditemani oleh seorang lelaki dari bani
Khuza’ah. Namun ternyata kepergian Ummu Kultsum telah diketahui oleh
keluarganya. Maka menyusullah kedua-dua orang abangnya, Al-Walid dan Ammarohun.
Dua hari selepas Ummu Kultsum tiba di Madinah, kedua-dua
abangnya pun tiba. Mereka mendatangi Rasulullah saw untuk meminta adik mereka
kembali bersama mereka. Ummu Kultsum berasa sangat khawatir dengan kedatangan
kedua-dua abangnya itu. Apatah lagi saat itu ada perjanjian Hudaibiyah yang
salah satunya berisi kesepakatan bahwa, “ seorang pemuda atau pemudi yang masih
berayah atau berpenjaga jika mengikuti Muhammad tanpa izin, maka akan
dikembalikan lagi kepada ayah atau penjaganya.”
Pada Rasulullah saw, Ummu Kultsum mengadukan
kegundahannya. “Ya, Rasulullah, aku ini seorang wanita yang dianggap lemah. Aku
takut mereka akan menggangu aku dalam beragama sehingga aku tidak sabar,
sehingga Allah swt membatalkan janjinya untuk kaum wanita,“ ungkap Ummu
Kultsum.
Maka dari ucapan itu Allah swt kemudian menurunkan
surah Al-Mumtahanah ayat 10-11, yang berbunyi, “Wahai orang-orang yang beriman,
apabila perempuan mukmin datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji
keimanan mereka…” Dalam ayat tersebut juga menegaskan bahawa tidak boleh
wanita-wanita yang sudah beriman itu dikembalikan kepada suami atau keluarga
mereka masih kafir. Dan bahawa tidak halal suami-suami yang kafir untuk isteri
yang mukmin.
Maka Rasulullah saw pun melaksanakan perintah Allah swt
dengan menguji keimanan Ummi Kultsum. Ummu Kultsum dan juga wanita-wanita yang berhijrah
sesudahnya, diminta untuk bersumpah setia. Jika telah bersumpah, maka mereka
tidak akan dikembalikan. Sesuai mengucapkan sumpahnya, maka legalah hati Ummu
Kultsum kerana kini dia tidak akan dikembalikan kepada keluarganya.
Semasa hidupnya, Ummu Kultsum telah meriwayatkan 10
hadis. Salah satunya adalah tentang dilarang berdusta kecuali dalam tiga
perkara, iaitu dalam kondisi perang, mendamaikan sesama manusia serta
percakapan suami kepada isterinya dan isteri kepada suaminya untuk saling
memperbaiki.
Ketika meninggalkan Mekah menuju Madinah, Ummu
Kultsum belum bersuami. Lalu perjalanan hidupnya, dia bernikah dengan beberapa
sahabat, iaitu Zaid bin Haritsah, Az-Zubair, Abdurrahman bin Auf, dan Amr bin Ash yang menjadi suami terakhir sampai
wafatnya Ummu Kultsum.
0 comments:
Post a Comment