Thursday 24 April 2014

Doa Ibu Untuk Imam Masjidil Haram


Masjidil Haram. Seorang anak kecil mungil sedang  asyik bermain-main tanah. Sementara si ibu sibuk menyiapkan jamuan makanan, kerana keluarga tersebut sebentar lagi akan didatangi oleh tetamu. Ketika hidangan telah hampir siap disajikan, belum sempat tetamu yang datang menyantap hidangan, anak kecil  yang  bermain tanah itu masuk ke ruang tamu dengan kondisi tangan yang masih menggenggam debu. Tiba-tiba ia menaburkan debu itu di atas makanan yang telah disajikan oleh ibunya.

Alangkah terkejutnya si ibu melihat apa yang dilakukan anak kecil itu tatkala masuk dan melihatnya. Serentak si ibu marah dan berkata, “Idzhab ja’alakallahu imaaman lilharamain,” (Pergi kamu! Biar kamu jadi seorang imam di Haramain!)

Kini anak kecil itu tumbuh dewasa dan menjadi seorang yang terkenal. Kemarahan si ibu puluhan tahun yang lalu sepertinya menjadi doa baginya, iaitu menjadi seorang imam Masjidil Haram di kota suci Makkah. Dan benar, Allah swt mengabulkannya sesuai dengan apa yang diucapkan oleh ibunya. Dia adalah Syeikhuna Abdurrahman As-Sudais, pemilik suara merdu dan bacaan tartil yang banyak disukai dan menjadi kegemaran kaum Muslimin di seluruh dunia. Subhanallah!

Kisah ini semoga menjadi inspirasi dan teladan bagi para ibu-ibu, calon ibu atau para wanita dan para ibubapa. Salah satu pelajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah ternyata doa seorang ibu itu mustajab. Sebagaimana disebutkan sendiri oleh Rasulullah saw bahawa salah satu doa yang tidak tertolak adalah doa orangtua kepada anak-anaknya. Maka, oleh itu hendaklah para ibubapa mendoakan kebaikan bagi anak-anaknya meski dalam keadaan marah sekalipun.

Rasulullah saw bersabda:

ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ لاَ تُرَدُّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ ، وَدَعْوَةُ الصَّائِمِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ

“Tidak doa yang tidak tertolak iaitu doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.” (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra. Syaikh Al-Albani mengatakan hadits ini shahih sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 1797).

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Dan orang-orang yang berdo’a: “Wahai Tuhan kami, jadikanlah isteri-isteri dan anak-anak kami orang-orang soleh. Jadikanlah anak keturunan kami suri tauladan bagi orang-orang soleh.” (QS. Al Furqan: 74)

*Kisah diambil dari berbagai sumber, khabar Biladi al-jazaair/ar-risalah ed.131



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...