Wednesday 22 June 2011

Gadis Manis Itu


Gadis manis itu
Masih mampu tersenyum ceria
Menyembunyikan luka di dada
Tanpa membuat sesiapa curiga

Gadis manis itu
Berikan bahagia pada semua
Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka
Baginya semua adalah keluarga

Gadis manis itu
Dalam hatinya seribu rahsia
Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa
Kerna baginya itu adalah haknya
Berkongsi dengan orang tertentu sahaja

Gadis manis itu
Hatinya selembut sutera
Gayanya indah bersahaja
Keikhlasan menemani setiap langkahnya

Dalam diam..
Hati gadis itu melakar derita
Namun tidak pernah dikhabar pada semua
Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta
Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Hikmah yang tersembunyi di alam nyata
Hanya diketahui pabila tiba masanya

Gadis manis itu
Mula berbicara
Wahai penghuni dunia
Jangan pernah rasa sangsi dan curiga
Yakinlah rahmat Allah ada dimana-mana
Menemani kita sepanjang masa
Tanpa mengira siapa kita

Pesannya pada semua
Melangkahlah selagi terdaya
Kenali la erti penat jerih yang ada
Tinggalkan rasa putus asa
Kerana kita hidup hanya sementara
Hargailah nikmat yang masih ada
Teruskan perjuangan di dunia
Demi kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya..

Sunday 19 June 2011

Sahabat Seperjuangan


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Sunday 12 June 2011

Perempuan Itu Mengumpulkan Nanah Kemaluannya Yang Diberikan Kepada Lelaki


Kisah di neraka..naudzubillah…

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..

Saturday 11 June 2011

Syarat Buat Bakal Menantuku


Bakal Menantuku,
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.

Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.

Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.

Bakal Menantuku,              
Kuingin  menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela puterinya dimadukan,
Baginda telah lalui kepayahannya,
Tak mahu menantunya turut kelelahan,
Kerana ia bukan keistimewaan,
Tapi tanggung jawab yang membeban.

Bakal Menantuku,
Berjanjilah padaku  dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,   
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela,
Izinkan cintanya berlabuh,
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tak rela bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,           
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.

Bakal Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,
Sudikah syaratku kau terima?

Bila Mata Menyihir


Kisah Lirikan Mata Al-Fadhl..

Dikisahkan dalm al-Sahih, al-Fadhl b Abbas prnh dlm satu perjalann dari Muzdalifah ke Mina, menumpang unta Rasulullah s.a.w utk melaksanakn korban di sana,Dalm perjalanan itu, tiba2 ada beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh kaum wanita lalu berdekatan mereka.Al-Fadhl teruja melihatnya dan terus memandangnya. Rasulullah peka dgn mata anak muda, Baginda lantas memalingkan kepala al-Fadhl ke arah lain.Jelas pada kita,jika pandangan sebegitu dibolehkan dalm Islam, sdh tentu Rasulullah membiarkan sahaja al-Fadhl menikmati pandangannya.

Rasulullah s.a.w pernah persabda dlm MUSNAD AHMAD BIN HAMBAL yg bermaksud : "pandangan mata itu laksana anak panah beracun drpd pelbagai mcm anak panah iblis. Sesiapa yg menahan pndgnnya dari melihat keindahan2 wanita, maka Allah akan mewariskan kelazatan beribadat di dlm hatinya yg akan dimilikinya sehingga ia bertemu dgnNya"

Surah an-Nur ayat 30-31 ada menyebut:

"katakan kpd lelaki2 beriman,'hendaklah kamu menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka lakukan'.Katakan kpd wanita yg beriman 'hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya' "

Keindahan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)

1)Mudah menerima Ilmu:
Berkata Waqi', guru kpd Imam Syafie "ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tidak menembusi hati yg membuat maksiat".Pandangan mata yg tidak dijaga memberi kesan kpd hati.Jika hati hitam. maka sukarlah cahaya ilmu memasukinya.

2)Menguatkan firasat yg benar
org yg beriman yg bersih hatinya lantaran menjaga pandangan mata akan mampu mempunyai kekuatan firasat.Firasat itu buah cahaya.Jika hati bersih bercahaya, firasat sukar meleset

3)Bebas drpd penyesalan
Sekali sengaja memandang,ingatannya sukar dibuang. Tika itu hati sukar bersabar, dosa mudah menyambar.Apabila sudah terjebak, air mata penyesaln tidak mampu lagi mengundur masa.

Dipetik dari: Majalah Solusi isu 18

Tuesday 7 June 2011

Tinggalkan Cinta Kerana Allah


Ada seorang pemuda yang telah tertarik hati dengan seorang gadis. Rasa keinginan ingin memiliki terlalu dalam saat telah menatap wajah si gadis yang tanpa ada celaan yang tercalit. Sejuk tiap mata yang memandang hingga terusik hati di dalam. Kelembutan serta sopan dalam setiap tuturkata dan gerak langkah memikat kesuma hati pemuda itu hingga terbawa-terbawa dalam mimpi. Hari demi hari yang dilalui bagaikan tidak keruan lagi, ingin sahaja bertemu dan menyapa tapi si pemuda ini takut –takut jiwanya terluka. Sungguh hairan sekali mana mungkin dirinya terluka hanya semata ingin mencintai seorang gadis yang mempersona. Melarikan diri dari fitrah kehidupan yang semua makhluk Tuhan punyai rasa cinta dan kasih sayang. Apa si pemuda ini tidak bernafsu! Atau takut nafsunya tidak mampu dikawal?. Si gadis tahu seakan isyarat dari renungan mata si pemuda itu menunjukkan dirinya telah menjadi perhatian. Seringkali pula si gadis mengail jiwa si pemuda itu agar tertarik padanya. Senyuman yang melirih, mata yang melirik mengekori setiap langkah dan bayangan si pemuda hingga si pemuda itu sedar bahawa dirinya turut dipuja. Malam hari yang kian pekat, puncak segala malam tidak dibiarkan berlalu oleh si pemuda itu. Dia bertahjud dan bermunajat kepada Pemilik segala cinta dan kasih sayang. Mengadu dan merayu bukan minta disatukan dengan si gadis itu tetapi mohon dijauhkan dari pandangan mata dan jiwanya. Aduhai...jenis manusia apa ini. Sanggup meninggalkan sebuah cinta pada diri si gadis yang cantik jelita. Apa yang kurang pada si gadis, setiap apa yang ada pada dirinya, semuanya menjadi dambaan idaman setiap lelaki. Malam semakin larut dan hawa digin semakin mengigit, si pemuda masih lagi berteleku pada hamparan sejadah.

Matanya berkaca-kaca;
‘ Wahai Allah, sesungguhnya aku adalah lemah dan tidak ada keupayaan bagiku ini untuk menolak cinta ini. Namun setiap kali aku mengenangkan dirinya rasa suka rinduku mencengkam sanubariku, namun hancur taktala rasa ketakutanku terhadap-Mu tersulam dalam diriku. Ya Allah, kekuatiran hidup ku sentiasa merasa ragu kerana semakin rasa kuat hatiku terhadapnya semakin aku gagal mengendali diriku. Hingga rasa manis dalam saat berhubung denganmu seakan pudar. Aku takut ya Allah, hembusan-hembusan nafsu berbisik kencang berombak jiwaku menahannya. Wahai Allah, kasihilah diriku ini kerana aku merasi diriku ini telah cukup kasihan. Aku telah menambah luka-luka didalam yang terlalu pahit untuk ku telan. Titiskan nur kasih-Mu pada relung hatiku, agar aku dapat menikmati kedinginan salju kasih-Mu. Biar tersisih rasa cintaku pada makhlukmu ini. Ya Allah engkau lebih tahu dan arif tentang diriku bahkan lebih dari diriku. Mana mungkin manusia menolak cinta! Kerana cinta itu tetap datang dari-Mu.. Ya Allah pimpinlah daku pada garisan qada dan qadarmu yang paling Engkau Redhai. Seandainya dia yang terbaik bagi diriku dan agamaku maka dekatlah ia padaku dan satukan kami dalam kemuliaan-Mu. Namun seandainya dia mendatangkan kemudaratan bagi diriku dan agamaku maka pisahkan kami dan jauhilah kami serta tutuplah pintu pengharapan dan rasa ingin memiliki dalam diriku.

Air mata si pemuda itu tidak mampu ditampung lagi. Pipinya basah tercurah segala derita rasa dijiwa. Betapa dia akur dengan kelemahan diri dan ketidakmampuanya menentukan nasib dirinya melainkan kepada Allah tempat ia bergantung dan kepada Allah ia meminta pandangan tentang kehidupannya. Dinihari terasa hampir, si pemuda melanjutkan bicaranya yang terakhir dalam linangan air mata yang mengalir ia menyebut;

‘Aku tinggalkan cinta ini kerana Allah dan ku yakini atas janji-Nya. Yakin bahawa jodohku berada dalam tangan-Nya dan ku yakini sejauh mana kakiku melangkah dan sedalam mana diriku selam. Seandainya jodoh itu telah ditentukan buatku pasti akan ditemukan oleh-Nya. Biarlah kita berpisah demi untuk kebaikan kita bersama”.

Melewati kehidupan ini tidak sesekali manusia dapat memisahkan hidup tanpa cinta. Cinta yang melahirkan kasih sayang, ingatan dan rindu, tanpa cinta alam ini tidak akan dipenuhi kasih sayang. Kelopak mawar yang wangi tidak mungkin akan dipuja. Haiwan yang jinak dan manja tidak mungkin dapat dibela. Lelaki dan wanita tidak mungkin dapat dinikahi seandainya tidak ada secebis cinta. Begitu juga ayah dan ibu tidak mungkin berkorban dan berjuang demi anak-anak sekiranya rasa cinta tidak bersemi dijiwa Sayangnya anugerah yang amat bernilai ini seringkali dikhianati oleh manusia. Ramai antara kita tidak dapat membezakan cinta yang suci melainkan tertipu dengan nafsu semata. Lantaran itu kita terjebak dalam kepalsuan cinta yang sama sekali tidak bertunjangkan dari fitrah ilahi. Kita hanyut dalam sandiwara nista, kata-kata indah yang menghiasi pena dan tinta apa lagi bicara. Semuanya seakan manis hinggakan yang pahit sekalipun ada yang sanggup telan hidup-hidup bila pandangan dalam telah tertutup. Berapa ramai yang kecundang dalam cinta?

Saya tidak pandai berbicara tentang cinta kerana ia terlalu kompleks dan sejujurnya cinta yang ikhlas tidak perlu dibicarakan, dirasa dan dinukilkan. Namun sebagai makhluk tuhan yang lemah sudah pasti tidak mampu memadamkan rasa cinta sesama makhluk. Maka berhati-hatilah dalam menikmati anugerah cinta ini supaya ia tidak menjadi dusta. Serta jangan terlalu mengabdikan diri kepada cinta sesama manusia hingga menjadi derita. Kerana cinta itu bukan penderitaan tetapi keindahan dan kebahagian. Cinta kepada Allah tidak perlu dizahirkan dalam apa jua bentuk kerana ia tidak pernah surut maka jangan terhijab dengan cinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...