Pada suatu
ketika Imam al-Ghazali sedang menulis kitab. Pada zaman itu, orang menulis
menggunakan cecair dakwat dan sebatang pena. Pena itu harus dicelupkan dulu
kedalam dakwat baru kemudian dipakai untuk menulis, jika habis, dicelup lagi
dan menulis lagi. Begitulah seterusnya.
Ditengah
kesibukan menulis itu, tiba-tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap di mangkuk
dakwat Imam al- Ghazali. Lalat itu nampaknya sedang kehausan. Ia meminum cecair
dakwat di mangkuk itu.
Melihat
lalat yang kehausan, Imam al-Ghazali membiarkan saja lalat itu meminum
dakwatnya tanpa menghalaunya. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan
kasih sayang, fikir Al-Ghazali.
Setelah Imam
Ghazali wafat, selang beberapa hari kemudian,seorang Ulama yang merupakan
sahabat dekat beliau bermimpi. Dalam mimpi itu terjadilah dialog. Sahabatnya
bertanya, ” Wahai Hujattul Islam, Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu? “.
Al-Ghazali
menjawab, "Allah telah menempatkanku di tempat yang paling baik".
“Gerangan
apakah sampai engkau ditempatkan Allah ditempat yang paling baik itu? Apakah
itu karena kealimanmu dan banyaknya kitab-kitab bermanfaat yang telah kau
tulis?” tanya sahabatnya.
Al-Ghazali
menjawab, ”Tidak, Allah memberiku tempat yg terbaik, hanya kerana pada saat aku
menulis aku memberikan kesempatan kepada seekor lalat untuk meminum dakwatku
kerana kehausan. Aku lakukan itu kerana aku sayang pada makhluk Allah. “
Dari kisah
sufi tersebut memberi kita pengajaran bahwa seseorang itu masuk kedalam syurga
adalah semata-mata kerana rahmat Allah. Kisah ini juga membawa hikmah bahawa
tidak ada salahnya jika kita menolong makhluk Allah. Bayangkan hanya sekadar
membiarkan lalat yang kehausan untuk minum saja menjadikan sebab seseorang
masuk syurga, apalagi memberi makan kepada sesama manusia bersedekah bagi
sesama yang benar-benar memerlukan.
Kisah di
atas juga mengajar kita untuk tidak atau jangan pernah meremehkan amalan kebaikan
sekecil apapun, kerana sesungguhnya kita tidak pernah tahu, boleh jadi amalan
yang kita anggap kecil tersebut berarti besar di hadapan Allah Swt, dan justru
amalan tersebutlah yang akan menghantar kita ke Syurga. Sebaliknya kita juga
tidak tahu bahawa mungkin dosa yang dianggap kecil yang boleh menjerumuskan
kita ke lembah kehinaan, Neraka Jahanam. Na’udzubillahi min zalik.
0 comments:
Post a Comment