Wednesday, 22 October 2014

Rumah Tuhan


Ku masuki rumah Tuhan, ku lihat ukiran dan binaan
Ada hiasan dan warna-warna kecantikan

Ku masuki lagi rumah Tuhan
Ku lihat insan dan segala pergerakan
Wajah-wajah yang ada senyuman dan kesedihan

Terus ku jejaki rumah Tuhan
Tiada apa lagi yang kelihatan melainkan hanya Tuhan
Kebesaran, kedamaian, kecintaan, kerahmatan, kemakbulan,
Dan aku yang terus tenggelam
Karam dalam keindahan Tuhan
Tiada lagi yang tersergam melainkan cinta yang dalam
Lalu kembali ku lihat semula kepada alam
Maka cuba ku fahami rahsia segala kejadian semesta
Betapa keagungan dan hikmah-Nya menjelma
Dalam segala warna dan rupa di sebalik kehidupan manusia.

-Dr.Maza-



Monday, 6 October 2014

Yang Terpelihara


Bismillahirrahmanirrahim..

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Menjaga matanya
Seperti bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya
Menjaga lisannya
Yang bibirnya basah dengan alunan zikir kepada-Mu
Sentiasa mengulang ayat-ayat cinta dari-Mu

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Yang hati dan jasadnya tidak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya
Seperti bidadari-bidadari yang setia menunggu kepulangan suaminya
Memelihara maruah diri, keluarga dan agamanya
Seakan-akan dia seperti permata yakut dan marjan

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Menutup aurat dengan penuh sempurna
Seperti tudung dan pakaian-pakaian hijau yang disarung oleh bidadari-bidadari syurga
Biarlah kami berpanas seketika di dunia
Kerna itu yang membuatkan kami menjadi wanita-wanita yang terpelihara

Tuhan,
Jadikanlah kami gadis yang terpelihara
Sopan menjaga tingkahlaku dan akhlaknya
Seperti bidadari-bidadari syurga yang baik-baik lagi jelita
Yang tidak pernah tua dan kekal selamanya
Dekat dengan-Mu itulah dambaannya sentiasa

Maha Suci Tuhan sebaik-baik penjaga
Maka jadikanlah kami gadis yang terpelihara


Sunday, 28 September 2014

Aku Telah Direzekikan Cintanya


Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai.

Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.

Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertentu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.

Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).

Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.

Uhibbukumfillah.. :')


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...