Sunday 28 July 2013

Semuanya Dalam Keadaan Baik


Sedikitpun aku tidak terkilan atas khabar kesyahidan suamiku yang aku sayangi.

Sebelum kesyahidannya kami sempat berbual melalui telefon di mana aku bertanya kepadanya, “Tenangkanlah diriku yang risau akan keadaan kalian di sana’’.

Dia menjawab dengan tenang, “Semuanya dalam keadaan baik”.

Tanyaku lagi kepadanya, “Aku terdengar bahawa di sana berlakunya pertempuran tembak-menembak”.

Balasnya dengan tenang, “Semuanya dalam keadaan baik”.

Tambahku lagi, “Tersebar berita bahawa di sana, dua orang telah gugur syahid”.

Jawabnya, “Mereka berdua juga dalam keadaan baik”. Air mata membasahi pipiku.

Demi untuk menenangkan diriku dia pun berkata, “Teguhlah, walau apa jua yang tejadi, kamu akan sentiasa dalam keadaan baik. Negara kita ini akan sentiasa dalam keadaan baik. Anakanda kita juga akan sentiasa dalam keadaan baik dan katakan kepadanya setiap malam yang ayahnya ucapkan selamat malam”.

“Baiklah, ini dia anak kita, dia mahu mendengar suara kau”, balasku sambil memberikan telefon kepada anak perempuan kami. Namun anakku mengembalikannya kepadaku dengan berkata, “Ayah sedang sembahyang, aku dengar dia berkata لا إله إلا الله ’’.

Tiba- tiba aku terdengar suara asing berkata kepadaku, “Tabahlah wahai saudari, suami saudari sudah syahid.”

Lantas kudakap anak perempuanku dan berbisik kepadanya, “Ayah dalam keadaan baik, wahai sayangku”.

Namun apa yang membuatku sedih ialah apabila setiap kali bertambahnya bilangan nama para syuhada’, mereka (pihak kudeta) akan berkata , “Kamu ini adalah musuh negara”.

Akan tetapi tetap kuulangi kata- katamu wahai suamiku dalam lubuk hatiku ini, “Negara kita akan sentiasa dalam keadaan baik”.

-PrayForEgypt-


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...