Islam mengharamkan apa saja yang dapat menimbulkan fitnah sehingga
islam mengharamkan perempuan yang menghentak kakinya ke tanah dgn tujuan supaya
gelang kakinya didengar orang untuk membangkitkan syahwat lelaki.
Allah berfirman : “Dan janganlah mereka menyentakkan kakinya ke
tanah agar supaya diketahui apa yang mereka sembunyikan dari perhiasan mereka”
(an-Nur:31).
1 – Mazhab hanafi menjadikan larangan dlm ayat ini sebagai dalil
bahawa : Suara perempuan adalah aurat sebab kalau suara gelang kaki saja
dilarang maka lebih2 lagi suara perempuan itu sendiri.
Abu Bakar al-Jashash berkata : “ayat di atas menunjukkan bahawa wanita
dilarang mengeraskan suara yg sekiranya didengar orang lain. sebab suaranya itu
lebih membangkitkan fitnah daripada bunyi gelang kakinya, oleh itu ashab kami
(mazhab hanafi) memakhruhkan azan wanita sebab dalam azan diperlukan suara yang
keras”.(tafsir al-jashash 3/393)
Sebahagian fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa : nyanyian wanita adalah
aurat mereka. Mereka berdalilkan dengan sepotong hadith seperti berikut : suara
takbir bagi lelaki dan tepuk bagi perempuan.
2 – mazhab syafie dan lain-lain berpedapat bahawa : suara perempuan
bukan aurat. Sebab perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai
saksi di hadapan hakim.
Al-Alusi berkata : “yang tersebut di dalam kitab2 fiqh syafie, dimana
aku sendiri cenderung kepada pendapat ini (suara bukan aurat) kecuali kalau
dikhuatiri timbulnya fitnah”. (ruh al-ma’ani 18/146)
melihat zahirnya pendapat kedua ini bahawa : apabila tidak menimbulkan
fitnah maka suara perempuan bukanlah aurat. Sebab isteri2 nabi saw ada yang
meriwayat hadith dan mereka juga bercakap2 dengan lelaki sedangkan diantara
mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.
Ibnu Kasir berpendapat : perempuan dilarang melakukan tindakan apa
saja yang dapat mempengaruhi dan membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana
itu perempuan dilarang memakai wangi-wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini
nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah zina dan perempuan apabila
memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis (lelaki) maka ia
demikian dan demikian (berzina)”.
syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah
perempuan2 dari melakukan perkara yang membangkitkan fitnah dan tipu daya
seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian.
Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan
suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam
hatinya” (al-ahzab:32).
Rujukan : Tafsir Ayat Al-Ahkam As-Shobuni, Mu’jam Asasi
0 comments:
Post a Comment