Thursday, 11 September 2014

Sebatang Pensil


Alkisah pensil nenek yang menulis surat

Seorang cucu sedang melihat neneknya menulis surat.
“Nek tulis apa? Nek tulis pasal apa yang kita buat bersama? Atau nek tulis pasal Him?” tanya cucu yang bernama Ibrahim.

Nenek berhenti menulis sekejap dan memandang ke arah cucunya yang comel sambil mencubit lesung pipitnya yang manis.

“Nek tulis pasal Him… tapi yang lebih penting ialah pensil yang nek guna ini. Nek harap Him akan menjadi seperti pensil apabila besar nanti.”

Cucunya termenung tidak faham apa yang dikatakan nenek. Pensil yang dipegang cumalah pensil kulitnya merah yang biasa. Ramai rakannya di sekolah pun menggunakan pensil yang sama.

“Ini cuma pensil biasa, nek,” kata cucunya.

“Tak. Ia bergantung dari sudut mana Him pandang. Pensil ini ada lima keistimewaan, dan jika Him boleh berpegang padanya, Him akan mendapat manfaat daripada nya…

“Pertama: Him boleh menjadi seorang yang hebat tapi mesti ada tangan yang memandu Him seperti pensil ini. Siapa dia pemandu itu? Dia ialah Allah, Dia akan sentiasa memandu Him mengikut ketentuannya.

Kedua: dari semasa ke semasa, nek terpaksa henti menulis dan menggunakan pengasah. Pensil akan sakit sedikit dan berkorban sedikit, tapi ia akan menjadi lebih tajam. Begitu juga dengan Him. Him mesti belajar untuk mengharungi sedikit derita dan sakit, cabaran ini akan mematangkan Him.

Ketiga: Pensil selalu membolehkan kita menggunakan pemadam untuk memadam kesilapan kita. Ini bermakna membetulkan sesuatu kesilapan yang dilakukan kita bukanlah satu perkara yang buruk, sebaliknya ia membantu kita kembali ke jalan yang benar dan adil.

Keempat: Apa yang penting pada pensil ialah isinya dan bukan kulit kayunya. Him kena tumpukan lebih banyak perhatian pada apa yang berlaku dalam diri.

Akhir sekali, pensil sentiasa meninggalkan tanda. Begitu juga Him, ingatlah semua perkara yang Him lakukan ada kesannya, jadi sedar dan fikir dalam segala tindakan Him.”

Cucunya terpegun dengan cerita neknya.

Kini cucunya sudah mendapat cucu, cerita ini pula disampaikan kepada anak dan cucunya.

Wahai anakku,
Jika kamu ingin belajar, pensil pun boleh memberi banyak pengajaran. Jika kamu tidak ingin belajar, beribu buku di depan kamu pun tiada guna.


Senyum


Monday, 25 August 2014

Dan Akupun Mengerti


Syaikh Ali Mustafa Tanthawi menuturkan:

"Di awal usiaku, aku hidup bersama kedua orang tuaku, saat itu aku mengira bahawa aku takkan sanggup berpisah dan menjalani hidup tanpa mereka. Lalu keduanya pun meninggal dunia.

Kemudian aku hidup bersama saudara-saudaraku, aku kembali mengira bahawa aku takkan sanggup berpisah dengan mereka. Merekapun menikah, semua membentuk keluarga dan menjalani hidup masing-masing.

Begitu juga aku.

Akupun menikah dan dikurnia putra dan putri. (Kembali) aku menyangka bahwa aku takkan sanggup berpisah dengan mereka. Lalu semuanya menikah, membentuk keluarga dan menjalani hidup masing-masing.

Maka akupun mengerti bahwa takkan ada yang tersisa bagi seseorang kecuali Tuhannya.

Maka seluruh hubungan akan terputus kecuali hubungan dengan Tuhan semesta alam, seluruh hubungan akan terputus kecuali hubungan dengan Tuhan semesta alam, semua hubungan akan terputus kecuali hubungan dengan Tuhan semesta alam."


Friday, 8 August 2014

Pengemis Cinta Illahi


Kadang-kadang terasa jauh
Mungkin maut datang bila-bila masa sahaja..

Ya Allah hanya Kau yang boleh menyelamatkan pengemis ini
Pengemis yang tidak bawa apa pun melainkan
hanya kedua tangan yang kosong sedang ditadahkan di depanMu
Dan air mata kerana dosa-dosaku..

Pengemis ini dengan pakaian dosa dan kekotoran
Pengemis yang telah hancur kerana kerakusan cinta dunia
telah membiarkan agama ini mati
Pengemis yang khianat dan berdosa..

Benar Ya Allah, diriku ini bodoh dan tidak sedar diri
memusnahkan kekayaan hati yang mengenalMu
dengan permusuhan dan kebencian..

Ya Allah, Tuhan yang terlalu menyayangi kami 
Jika Kau terima diriku ini
Tiadalah yang lebih bertuah dan beruntung
Jika Kau ampun dan beri keredhaanMu kepada diriku.

Amanah agama ini masih belum kusempurnakan
Ya Allah pengemis ini benar-benar lebih hina dina dari pengemis lain
Tiada orang lebih hina dariku yang tidak menghargai peluang besar ini..
Hanya keampunanMu dan keredhaanMu tujuan hidupku..


-Ebit Lew-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...