Thursday, 6 October 2011

Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Dikala mata-mata sedang lesu beradu
Akan kuseru namamu
Dipenghujung waktu yang sunyi dan sayu.

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Sekalipun tanganku penuh debu
Sedang pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu
Tuhanku tidak pernah menghalau tamu
Yang datang bertemu dan menyeru
Sekalipon dosa memenuhi angkasa
Namun keampunannya meliputi segalanya.

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Tanpa jemu tanpa malu
Selagiku memanggilnya Dia Maha Tahu
Aku hanya seorang hamba
Ada dosa
Ada pahala
Namun Dia Yang Maha Mulia
Limpahan kemaafan tiada tepian
Kerana Dia Tuhan Ar-Rahman
Sedangkan aku insan penuh kedaifan.

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yg letih
Janganlah aku dikau sisih
Dalam kurniaan nikmat kasih

Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istighfar,
Terimalah tasbih..

-Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...