Risalah Kasih Sayang
sebarkanlah kasih sayang di atara kalian
ketahuilah bahawa Allah sangat dekat denganmu
ketahuilah kasih sayang
pembuka pintu mahmudah
adalah sangat rugi jika insan bermusuhan
adalah sangat rugi jika insan tidak bertegur sapa
Risalah kasih sayang
sampaikanlah, bawalah semampumu
kerana bukan semua manusia itu sama
ada perkara baik dianggap mengambil kesempatan
ada perkara jelik di anggap itulah kemahuan
pelbagai persepsi jua tindakan
namun fasakkan hatimu kepada Rabbuljalil
Allah maha tahu dalam hatimu
beruntunglah siapa yang berkasih sayang
semasa didunia untung
semasa di akhirat menuai hasil
janganlah kalian bimbang apabila di salah erti
bukanlah mata manusia itu yang buta
akan tetapi mata hati mereka yang buta
teruslah ,menyebarkan risalah kasih sayang
di dunia kalian di hina
di langit pula kalian di doakan
janganlah berputus asa dengan rahmat Tuhanmu
kerana Allah maha tahu apa yang kau perlaku
tabahlah wahai hati
di saat manusia leka dengan hidupnya
datanglah di tengah – tengah mereka
memberitahu….
yang Rasulullah sangat kasih padamu
duduk, kasih, ikutlah…
dengan demikian nantilah keberuntungan
di atas segala keberuntungan..
iaitu semasa di dunia
berpanjangan semasa di akhirat…….
Dari Hasan dari Rasulullah saw, baginda bersabda :
” umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat & puasa akan tetapi di sebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim “
0 comments:
Post a Comment