Wahai temanku.. Andai ku terasa bangga Ingatkan aku siapa PENCIPTAKU.. Andai aku terleka Ingatkan aku bahawa DIA memerhatikanku setiap saat.. Di saat aku jatuh cinta Ingatkan aku dimana cinta ALLAH yang ku cari.. Andai aku bersedih Ingatkan aku bahawa ALLAH bersama orang-orang yang bersabar..
-Pesanan Mawar-
Jadilah khazanah kerahsiaan.. Seperti mawar yang memagari dirinya dengan duri Tak mudah didekati Apatah lagi disentuh Menjadi idaman kumbang walaupun gentar dan sukar dimiliki Akhirnya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri Untuk terus mekar di Taman KeredhaanNya..
-Pesanan Muslimah-
Terasa ingin berbisik kepada semua wanita bukan islam di dunia ini, yang fobia dengan Islam atas dakwaan2 orientalis.. "Ketahuilah wanita-wanita yang kami sayangi, sungguh kami amat bahagia menjadi muslimah. Kalian semua bila lagi?"
-Pesanan Mujahidah-
Mujahidah melukis kekuatan melalui proses kehidupan Bersabar saat tertekan Tersenyum di saat hati menangis Diam saat terhina Mempesona kerana memaafkan Mujahidah bertambah kuat di dalam doa dan pengharapan.. Salam Mujahidah..
-Pesanan Kekasih-
Rasulullah saw bersabda: Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka.. (Hadis riwayat Bukhari Ibn Majah)
-Pesanan Solehah-
Sahabat yang baik.. Apabila dipandang wajahnya Membawa kita mengingati ALLAH.. Mendengar kata-katanya Menambahkan ilmu.. Terlihat gerak gerinya Meninggikan takut kepada Allah.. Berkawan dengannya Berjuang kerana Allah!!!
0 comments:
Post a Comment