Pada zaman Rasulullah SAW adalah perkara biasa jika
terdapat seorang ayah di pihak tentera Islam dan anaknya pula dipihak musuh
Islam. Di peperangan Badar misalnya, Saidina Abu Bakar r.a berada di pihak
tentera Islam tetapi anaknya yang belum Islam berada di pihak musuh. Sewaktu
perang berkecamuk, anaknya selalu mengelakkan diri daripada bertembung dengan
bapanya . Tidak tega hati si anak sekiranya terjadi pertaruhan satu sama satu
antara anak dengan bapa.
Setelah bertahun-tahun lamanya perang Badar berlalu. Anak Abu Bakar telah memeluk Islam dan meluahkan rasa hatinya, “Ayah, dalam peperangan Badar dahulu anakanda selalu megelakkan diri dari bertarung dengan ayah. Anakanda sangat sayangkan ayah walaupun kita berbeza keyakinan.”
Sebaliknya apa jawab Abu bakar? Beliau berkata, “Demi Allah sekiranya ayah bertemu dengan kamu nescaya ayah tidak akan teragak-agak lagi untuk memancung kepalamu!” itulah jiwa Abu Bakar. Cintanya kepada Allah mengatasi cintanya kepada anaknya sendiri.
Sepertimana Allah berfirman dalam Al Mujadalah,22,
“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.”

0 comments:
Post a Comment